Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 7, 2016

Ya betul.....rakyat memerhati, melihat dan menilai

*Kalau Amanah tidak ada tokoh tu bohong!


Siapa ‘jaguh’ Amanah di Kelantan, PAS soal Mat Sabu

  | October 6, 2016
Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata presiden Amanah juga sepatutnya tahu kekuatan PAS di Kelantan kerana pernah 2 kali bertanding dalam pilihan raya umum di negeri itu.
PETALING JAYA: Amanah tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan layak untuk mengambil alih pentadbiran di Kelantan, kata exco negeri.
Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata Presiden Amanah Mohamad Sabu sepatutnya tahu kekuatan PAS di Kelantan kerana pernah 2 kali bertanding dalam pilihan raya umum di negeri itu.
“Dia (Mohamad) cakap macam itu, siapa dia hendak letak di Kelantan? Dia sepatutnya tahu kekuatan PAS berbanding Amanah yang ada sekarang ini.
“Semua orang boleh kata, tetapi bagi PAS kita akan tunaikan janji kita dan selesaikan manifesto (janji) kita,” katanya kepada FMT.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamad atau popular digelar Mat Sabu yang yakin partinya boleh menawan kembali Kelantan, ketika ceramah pada program ulang tahun penubuhan Amanah di Kelab Sultan Sulaiman Kampung Baru, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dalam ucapannya, Mat Sabu berkata perkara itu boleh tercapai dengan sokongan Pakatan Harapan dianggotai DAP dan PKR yang menjalinkan kerjasama politik dengan PAS.
“Di Malaysia, kalau kamu nak politik berseorangan, eloklah duduk bersendirian, jadi kera sumbang,” katanya.
PAS memerintah Kelantan selama 26 tahun sejak 1990 manakala Amanah dibentuk oleh pimpinan PAS yang dikecewakan dalam pemilihan parti itu tahun lepas.
Amanah bersama DAP dan PKR membentuk Pakatan Harapan (PH) selepas Pakatan Rakyat dibubarkan angkara pergaduhan antara parti komponen.
PKR mengekalkan kerjasama dengan PAS, manakala PH dilaporkan sedia bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diasaskan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Fattah yang juga exco belia, sukan, perumahan dan kerajaan tempatan negeri berkata beliau percaya rakyat akan menilai kesungguhan dibawa PAS di Kelantan.
“Rakyat memerhati dan melihat kesungguhan dibawa kerajaan sekarang ini. Kita terus bekerja dan tidak akan berhenti,” katanya.

1 comment:

  1. Dikecewakan...salah tu hok hetulnya ..dikhianati pucuk pimpinan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa