Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 4, 2014

Ape Kena Dengan Zahid Ni?

Macam nak cari gaduh dengan berbagai pihak ajer?
Outspoken atau memang perangai gedebe?

Zahid tak cakap bukan Melayu 'angkuh' tapi...
mk - 9:45AM - 4 Sep 2014

Selepas dikritik kerana didakwa menggelar orang bukan Melayu “angkuh”, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata ucapannya itu dipetik “di luar konteks”.

Malah, semakan Malaysiakini terhadap transkrip audio menunjukkan beliau tidak menyebut perkataan itu.

Beliau juga tidak jelas merujuk kepada mana-mana pihak apabila berkata “kita telah benarkan orang berhutang dengan kita tanpa perlu membayar” dalam ucapannya di perhimpunan agung tahunan Umno Segambut.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Ketua Umno Segambut Kamaruddin Embok dalam acara sama yang menyelar “bukan bumiputera” sebagai “biadap” terhadap orang Melayu dan Islam.

“Apa yang telah dilontarkan oleh saudara Kamarruddin tadi adalah sesuatu yang datang daripada hati akar umbi, ahli-ahli Umno di seluruh negara," katanya.

Katanya, apa yang disebut oleh Kamaruddin berdasarkan kepada hanya sebahagian kecil daripada banyak berita yang menghina bukan sahaja Umno, tetapi juga menghina orang Melayu dan Islam.

"Penghinaan ini berterusan. Atas nama demokrasi, atas nama dasar terkebukaan, atas nama liberasasi, atas nama globalisasi," kata Zahid dalam ucapannya, yang didakwanya telah disalahtafsir oleh The Sun.

3 comments:

  1. nak tutup malu kerana gagal rampas selangor dari pr ......kah..kah..kah..!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. Apabila kita menghormati orang, orang akan menghormati kita tapi bila kita tak pandai menghormati orang jangan harap orang akan menghormati kita. Siapa yg bersalah??? Kita angkuh dg kuasa yg ada pada kita....lantas kita sanggup dirasuah. Bila kita terima rasuah bermakna kita sudah tiada intergriti. Siapa nak hormat kpd orang yg tiada intergriti? Sehubungan dg itu kita kena muasabah diri sebelum menyalahkan orang lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa