Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 10, 2014

Cubit Dalam Belai: Hang Dah Balik Ka?

Pandai Hang cubit dalam belai!

Anwar: Mohon ampun jika sultan terguris
mk - 6:15PM - 9 Sep 2014
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon ampun seandainya tindakan mereka mematuhi undang-undang tubuh dan konvensyen Selangor mengguris perasaan sultan Selangor.

"Merujuk kepada kenyataan media istana Selangor yang ditandatangani oleh setiausaha sulit kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan semalam, pihak kami akan terus merafak sembah dan memohon keampunan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan seandainya keputusan kami mematuhi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan amalan ('convention') sejak 1957 menyebabkan terguris perasaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan," kata beliau.

Semalam, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kecewa dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pada masa sama, baginda tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan nama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lain daripada parti Pakatan Rakyat (PR) yang berkelayakan untuk dilantik memimpin negeri terkaya itu.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng semalam memohon ampun kepada sultan Selangor atas tindakan parti itu yang hanya mengemukakan nama presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai satu-satunya calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.

Sementara itu Anwar menegaskan PKR dan Pakatan Rakyat tetap berdiri tegak atas prinsip keluhuran perlembagaan serta menjunjung sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen.

Ini berbeza dengan dakwaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Sabtu lalu yang mengatakan PKR gagal memahami Undang-undang Tubuh Negeri Selangor apabila mempertikaikan kuasa Sultan dalam soal pelantikan menteri besar.

"Datuk Seri Najib telah bersama dengan pimpinan UMNO sejak 1983 dan 1993 tatkala menyokong pindaan perlembagaan bagi menjelaskan bidang kuasa Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong selaras dengan prinsip raja berperlembagaan.

"Kenyataan Datuk Seri Najib semalam adalah keterlaluan kerana menafikan pendirian PKR yang tuntas menjunjung kedaulatan undang-undang dan sistem raja berperlembagaan," katanya.

9 comments:

  1. Ikut suka hang la Nuar......
    Tapi kalu tetap nak hantar 1 nama, kemdian tak dapek, jangan nak salahkan orang lain pulak yer... Dap pun nak hantar nama lebih jugak macam Pas. Hang aje yang ikut kepala hang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tindakan PKR hantar satu nama adalah betul dan amanah. Buat apa hantar lebih dari satu kalau hanya satu yg layak? Kita ikut apa yg rakyat hendak bukan ikut apa yg sultan mahu sbb rakyat ramai sedangkan sultan seorang saja. Lagi pun tindakan yg dibuat adalah mengikut perlembagaan.

      Delete
  2. Negeri yang terkaya di negara ???

    Kalau sudah ter kaya , pasti banyak hantu hantu nak jadi MB walau bahalol tanpa support majoriti.

    Kalau ikut buku betul betul , Wan Azizah sudah jadi MB....

    Tapi sebab yang macam macam nak jadi MB , isu jafi besar sampai Amanat dulu nya Amanat sekarang hanya jadi Toilet Paper aje.

    Sedih lah , melayu masih lagi papa.

    ReplyDelete
  3. Langgar je undang tubuh negeri tu..cari je calon lain yang tak majoriti..bagi je nama calon yang tak dapat sokongan ADUN lain..menghasutkah aku? Hohoho...

    ReplyDelete
  4. Cubit dalam belai??? Kalau aku sultan, aku lempang orang yang perli aku macam tu...
    Contoh.... Seorang pemuda yang memans
    Du kereta dengan mengikut segala peraturan dan syarat2 tiba2 berhenti berhampiran seorang anggota polis lalu memberi salam dengan penuh hormat dan memohon maaf kepada polis itu kerana dia mematuhi segala undang2 jalanraya.... Gila kah apa???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu kau tak jadi sultan...asyik nak melempang orang saja.

      Kau ingat ini zaman feudal ja woit....

      Delete
  5. korang berentila jadi pentaksub..setiap parti politik demokrasi semua perangainya sama,aku x buat lawak,serius semuanya sama...tapi yg kesiannya bukan parti2 tu tapi penyokong2 taksub mereka iaitu rakyat marhaen yg seolah2 mcm dh letak pergantungan harap kat mereka,mcm la mereka ni tuhan hehe..(sampai ada tahap yg melayan parti demokrasi ni dah mcm layan agama hehe)..tak kira umno ke sapa ke sama je..korang pernah tengok national geografi tak?kerbau pun x lantik bini dia jadi ketua di kubang lumpur,sebab kerbau2 jantan lain mesti mengamok terhadap lawak bodoh yg dihidangkan padanya tu,kalo mereka ikut je nanti kumbang taik pun gelakkan mereka kan?hehe..tapi pentaksub parti demokrasi ni lain sikit, dia punya main sondol mengikut je..mengalahkan kerbau national geografi tu...kalo korang x caya korang tengok la pandangan2/komen2 pentaksub2 mereka x kira apa parti di blog2 politik..aku nak bgtau korang,ini sistem yg mana2 negara muslim terpaksa pakai x pernah buat muslim senang selain bergaduh..kalo korang perasan bila seseorg muslim tu keluar berhijrah dan secara x sengaja dia akan bergantung harap pada tuhan bukan lagi bergantung pada parti2 demokrasi selalunya dia berjaya sedangkan kawan2 dia yg lain masih bergaduh sama sendiri..ko x caya?ko tengok pakngah,paklong ko yg duk kat lua dan x bergantung pada parti demokrasi..kalo payah sangat ko nak nampak ko tengok mamak2 yg dtg sini,dari restoran tepi longkang dah jadi canggih2,bangla2 dan pakistan2 pun dh start banyak yg jadi bos kat sini hehe..sapa yg x melibatkan diri@berlepas diri dari bergantung pada parti2 demokrasi ni seolah2 mcm mereka ni tuhan, in sha Allah dia akan berjaya dulu dari kawan dia yg masih terlibat..(in sha Allah meningkat lebih baik dlm hal dunia dan agama)..x caya?cuba la..korang jgn takut,kuasa tuhan ni x bleh kira2 mcm matematik..1+1=2..2+2=4..kalo kira mcm matematik dia jadi mcm ni..banyak sedekah=miskin..rajin solat=sakit lutut..berlepas diri dari demokrasi=negara hancur..tuhan punya kuasa x mcm matematik..rajin sedekah=kaya..rajin solat=bahagia..berlepas diri dari sistem yg merendahkan tuhan@kembali pada quran dan sunnah iaitu agama dan segala kebaikan bermula dgn diri sendiri bukan dgn org lain/kerajaan/kekuasaan =berjaya...cuba la..in sha Allah x rugi satu sen pun...

    ReplyDelete
  6. Yaa kalau.ikut kehendak sultan baik tak payah tubuh parti politik...sultan lantik saja siapa2 yang dia suka untuk jadi menteri...macam Brunei laa..hehehe

    ReplyDelete
  7. I really got into this article. I found it to be interesting as well as loaded with
    special points of view. I love to read material that makes me
    think. Many thanks for writing this great content.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa