Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 4, 2014

Istana Selangor tetap mahu lebih dua nama, tak tolak Azizah

Oleh Radzuan Hassan diKuala Lumpur- 03 Sep 2014 (46 min ago)

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail malam ini mengesahkan pihaknya telah menerima surat jawapan dari pihak Istana Selangor.
Dalam kenyataan media, Saifuddin berkata, surat berkenaan memperingatkan supaya PKR memberi lebih daripada dua nama calon Menteri Besar Selangor yang baharu
Surat berkenaan mengesahkan istana menerima surat Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah Adun Selangor yang menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar baharu.
PKR sebelum ini hanya menghantar nama Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.
Hanya Pas dikatakan menghantar nama Wan Azizah dan Mohamad Azmin Ali.
Berikut kenyataan media dikeluarkan PKR sebentar tadi.
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) petang ini telah menerima surat jawapan dari pihak Istana berhubung isu perlantikan Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Istana kerana telah mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bertarikh 14 Ogos 2014 yang dihantar bersama-sama 30 akuan bersumpah dari Ahli-Ahli Dewan Negeri Selangor yang menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
KEADILAN juga merakamkan penghargaan buat pihak Istana kerana mengesahkan penerimaan surat dari Presiden KEADILAN bertarikh 1 September 2014 yang telah menamakan Datuk Seri Dr Wan zizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.
Memahami dari isi maksud kandungan surat pihak Istana, KEADILAN ingin memaklumkan bahawa tidak ada penolakan terhadap nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. KEADILAN juga mengambil maklum bahwa surat pihak Istana turut memperingatkan agar lebih daripada dua nama dikemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

5 comments:

  1. Abe

    Keputusan terbaru Istana Selangor ialah meminta PKR mengemukakan 2 lagi nama ADUN PKR disamping nama DSWA.

    Saifuddin juga mengatakan bahawa pihak Istana tidak menolak DSWA setakat ini, hanya meminta 2 nama tambahan. Ni agak merisaukan . Nama DSWA tidak ditolakkah atau memang ditolak tetapi cuma tak mahu maklum sekarang? Logiknya senang je. Kalau memang tak nak tolak buat apa meminta nama 2 lagi nama calon MB dari PKR.

    Ini akan membangkitkan isu bagaimana nak buktikan kedua-dua nama ini juga m3ndapat majoriti di DUN Selangor. Dalam hal ini perlembagaan Selangor telah menetapkan dengan jelas bahawa Sultan be4hak melantik s3orang MB dari kalangan ADUN yang baginda fikir mendapat sokongan majoriti ADUN-ADUN di DUN Selangor?

    Dalam kes jika 3 nama ADUN PKR termasuk DSWA dikemukan kepada Tuanku Sultan. Yang pasti nama DSWA disertakan dengan 30 SD ADUN-ADUN yang menyokong beliau. Jelas. Kalau Tuanku minta 30 ADUN2 ini hadir dan bertanya sokongan mereka, sudah pasti mereka akan menjawab menyokong DSWA. Jadi macamana Tuanku Sultan nak dapat kepastian yang 2 nama lagi mendapat sokongan sama atau lebih dari DSWA sebagaimana keh3ndak perlembagaan?

    Tak ke pelik permintaan 2 nama tambahan ini?

    Perkara sama juga dihadapi oleh PAS jika mereka mengemukakan nama DSWA dan Azmin Ali. Bagi DSWA, PAS bol3h sandarkan kepada 30 SD yang dik3mukakan ol3h PKR. Bagaimana PAS nak membuktikan kepada Tuanku Sultan bahawa Azmin Ali m3mpunyai sokongan majoriti ADUN di DUN Selangor.

    P3milihan MB berdasarkan kepada sokongan majoriti yang diperolehi oleh batang tubuh Adun yang dinamakan s3bagai calon MB di DUN BUKAN PARTI YANG MEMPUNYAI MAJORITI DI DUN!

    Jadi Saifuddin jangan sedap hati yang nama DSW A masih belum ditolak oleh pihak Istana. Pikir masak-masak. Jangan terjebak dengan perangkap yang mungkin orang dah pasang!

    ReplyDelete
  2. Bagi aje lah nama lebih 1 nama. Jangan degil. Nanti sultan buat keputusan bubar dun, susah rakyat. Bertambah susah bg rakyat kalo bn menang walaupun bkn 2/3.

    ReplyDelete
  3. Abe..
    X rasa lawak n pelik ke?dulu prk kajang saje2 dilambatkan.lps tuh bicara diawalkan.lps tuh pas lmbatkan mesyuarat campur kluk klak pling plung x sudah2.lps tu istana plak main lambat2.makin hari makin lawak.lps neh apa plak...hehehehe.satu patern je aku tgok.

    ReplyDelete
  4. bat8

    Pelik tu memang pelik tapi nak wat macam mana?

    Memang pada dasarnya Wan Azizah nampaknya ditolak Istana

    ReplyDelete
  5. air gunung

    Bukan setakat pelik dan lawak tapi dah jadi kartun!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa