Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 2, 2014

Menteri Agama Indon Pulak Sekolahkan Kerajaan Malaysia.....

mk - 3:54PM - 2 Sep 2014
'Larang guna kalimah Allah agak berlebihan'

Melarang penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam agak berlebih-lebihan, kata menteri baru hal ehwal agama Indonesia Lukman Hakim Saifuddin.

Katanya, penggunaan kalimah Allah tidak patut menjadi eksklusif kepada satu-satu agama.

“Kementerian merasakan perkara ini (larangan sebegitu) agak berlebih-lebihan. Pada saya, sesiapa sahaja boleh gunakan kalimah (Allah) itu.

“Orang Islam sendiri berbeza-beza (di Indonesia), dengan longhat mereka, bagaimana mereka mengucap selamat antara satu sama lain dan bagaimana mereka menyebut Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan larangan penggunaan kalimah Allah yang dibuat Kementerian Dalam Negeri terhadap mingguan Katholik Herald.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa