Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 6, 2014

Nak Percaya Atau Tidak Terpulang Pada Penilaian Koranglah.....

PKR dan DAP yang minta PAS pujuk Ku Li, kata Hadi
Published: 6 September 2014 - TMI
Bukan PAS yang jumpa dan ajak Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai Pakatan Rakyat, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Gambar fail The Malaysian Insider.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata PKR dan DAP terlebih dulu memujuk Ahli Parlimen Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyertai parti mereka, namun ditolak ahli Parlimen Umno itu.
“Yang mula-mula berjumpa Tengku Razaleigh, PKR. Bukan kita. PKR jumpa dulu, ajak Tengku Razaleigh masuk PKR. Lepas itu, DAP berjumpa Tengku Razaleigh, ajak Tengku Razaleigh masuk DAP. Tengku Razaleigh 'dok terliur' (tidak berminat) belaka nak masuk dua-dua parti ini," kata Hadi dalam sesi dialog beliau dengan pemimpin dan ahli PAS di Terengganu pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan orang ramai tentang dakwaan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang mengatakan PAS menawarkan jawatan perdana menteri kepada Tengku Razaleigh sekiranya Pakatan Rakyat (PR) menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Ia adalah kali pertama Hadi menjawab dakwaan pemimpin PKR itu.
Klip video dialog yang dikhaskannya untuk ahli dan pemimpin PAS di Terengganu tersebut kini disebarluaskan melalui laman sosial termasuk Facebook.
Hadi berkata, selepas rakan dalam PR bertemu dengan Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, dan mereka gagal, mereka meminta pemimpin PAS pula memujuk Ku Li supaya masuk PAS.
"Kita pun pujuklah dia masuk PAS. Dia tak nak masuk PAS juga, dia nak duduk dalam Barisan Nasional. Itulah ceritanya, yang berlakunya. Jadi, yang bising-bising tu, kita kena fahamlah. Itu hakikat yang sebenarnya," cerita Hadi dalam taklimat di dalam dewan terbuka bersebelahan Masjid Rusila.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali sebelum ini memberitahu The Malaysian Insider Rafizi membuat kenyataan bodoh apabila mendedahkan cadangan PAS mahu Ku Li dilantik sebagai perdana menteri itu.
Rafizi mendedahkan perkara itu pada forum berkenaan krisis menteri besar Selangor di Kuala Lumpur awal Jun lalu. – 6 September, 2014.

27 comments:

  1. aku tak percaya dah hadi awang skrg
    tak pernah jumpa presiden pas diktator mcm ni dia ingat pas ni dia punya ke
    arwah fadzil noor is the best

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam bodoh bagi kat PAS PRU13

      Delete
    2. Aku percaya PKR dan DAP ada ajak KuLi masuk PKR tp aku yakin ta offer kerusi PM.

      Aku yakin Hadi ajak KuLi masuk PAS dan offer kerusi PM

      Delete
  2. Tahniah Tn Gr krn cerita sebenar. Takkan nak percaya Tn Guru Najib yg bermenantukan warga asing.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Itu cerita TGHH untuk menjustifikasikan tindakan2 pelik dia yang kita tahu bertentangan dengan perlembagaan PAS. Itu fakta yang semua kita lihat. Motif juga sekarang juga jelas. Kita cerita kemudian. Kita cuba fikir dakwaan TGHH yang DAP & PKR yang jumpa Kuli. Lepas tu baru suruh PAS pujuk. Kemudian kita cuba kaitkan dgn maklumat Rafizi.Sebab DAP,PKR dan PAS tak ajak kita bersama2 jumpa Kuli, kita kena fikir sikit.

    DAP & PKR tahu Kuli sudah tidak mempunyai sokongan grassroot yang besar seperti semasa beliau memimpin S46 dulu; satu, apa nilai Kuli kepada DAP & PKR sehingga DAP & PKR sanggup menawar jawatan PM?.Bolehkah Kuli membawa sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen kepada PR? Ini persoalan untung/rugi yang menjadi perkiraan utama kerana jika PR menang PRU 13 lalu mereka kena meletak nyawa kerajaan persekutuan PR ditangan orang yang dari parti lawan. Sanggupkah PR berjudi begitu kerana DAP & PKR tahu Kuli tak mempunyai keupayaan seperti itu. Apatah lagi kita semua tahu Kuli sudah tiada nilai politik diarena politik hari ini. Kat bahagian sendiri pun Kuli dicabar, habis macamana logiknya. Kalau nak tawar jawatan menteri kewangan, munasabah.

    Dalam menilai suasana politik kita akui DAP & PKR lebih hebat berbanding dgn PAS. Amat untuk menerima alasan TGHH yang DAP & PKR suruh PAS pergi pujuk kuli dgn offer yang sama. Tak masuk akal jika DAP & PKR gagal maka dengan hantar tok lebai2 yang simple, Kuli boleh terima.

    Pada saya kenyataan Rafizi lagi munasabah kerana cerita berjumpa dalam gelap dengan pihak lawan ini sudah menjadi amalan biasa PAS grup UG. Kenyataan Rafizi ini disokong dengan berita bahawa satu rombongan PAS yang diketuai Dato Haron Din berjumpa Anwar sebelum PRU 13 untuk meminta Anwar menarikdiri dari menjadi calon PM Pakatan dan mencadangkan KULI sebagai penganti!

    Bab ni TGHH tak ceritapun. Kalau tak benar dakwaan ini, nafikan!Jangan takut.

    Apa yang kita nampak TGHH cuba menjustifikasikan tindakan2 beliau dan gengnya kerana DAP & PKR jahat. PKR yang paling jahat - kita terimalah. Tetapi s3bagai ulamak bertaraf dunia dan Presiden PAS, adakah ini alasan yang kukuh untuk buat apa yang dilakukan sekaligus membuang kelaut Perlembagaan PAS terutama rujuk utama PAS iaiitu : KITABULLAH,SUNNAH,IJMAK & QIAS?....ini soalan pertama kena tanya TGHH s3karang.

    Adalah melawan dengan cara membelakang Perlembagaan PAS hanya cara hendak melawan DAP & PKR yang jahat? Itu soalan kedua yang TGHH kena jawab.

    Tidakkah lebih waras jika PAS keluar dari Pakatan parti-parti jahat didalam PR dari terus menjadi mangsa kekejaman mereka? P3nghalang untuk PAS keluar dari PR memang ada - keputusan Muktamar 2008. Kalaulah TGHH mempunyai bukti-bukti yang kukuh kerana PAS sudah tidak tahan lagi bersongkol dengan parti-parti jahat didalam PR yang selalu membuat ainaya kepada PAS, adalah tanggungjawab TGHH s3bagai Presid3n untuk memanggil satu Muktamar Khas . Pertama, untuk membatalkan keputusan Muktamar 2008. Kedua untuk meluluskan dasar keluar dari Pakatan dan bekerjasama d3ngan UMNO.

    Peraturan ini amat senang - jika mempunyai bukti yang kukuh. T3tapi m3ngapa tak buat? Sebaliknya, Yang dibuat b3nda lain yang bertentangan d3ngan perl3mnagaan PAS.

    Itu cerita kejahatan DAP dan PKR terutamanya. BAGAIMANA DENGAN FAEDAH YANG DIPEROL3HI OLEH PAS DAN ISLAM HASIL TAHALUF SIYASI DENGAN PR? AGAK-AGAKNYA TAKDE LANGSUNG KOT DARI CARA TGHH H3NDAK MEMPERTAHANKAN TINDAKAN2NYA EK...

    I rest my case, Tuan Hakim.

    ReplyDelete
  4. Org lain ajak ku li tukar parti. Biasalah kempen ajak masuk pati masing2. Isunya ajak ku li nak jadikan PM. Pelek lari alighment sokmo.

    ReplyDelete
  5. maaflah...sekarang aku lebih percaya cakap cina DAP yang ada Prinsip daripada percaya cakap tuan guru presideng Pas ini.

    ReplyDelete
  6. Bhai MountDweller...

    Citer Pil Kuda pon dier masih tak kasi bukti... lagi mau sembang pasai isu Ku Li....

    Macam la gua tak rapat ngan Ku Li... Hahahaha

    ReplyDelete
  7. Mangkin sombong dan bongkak hadi awang & geng2 UG dlm Pas.

    ReplyDelete
  8. TGHH ..... dah mula kalut . Beliau tau rakyat dah ramai yang tak sokong PAS diatas tindakkannya di Selangor . Apa pon percakapannya lepas ni jangan kita percaya lagi atau sampai bila-bila . Mari kita join PasMa .

    ReplyDelete
  9. Kau ni. siapa bercakap mcm org gila he he he

    ReplyDelete
  10. betul tu..mcm mana nak percaya cakap ulama ni..sebelum PRU 13..dah janji satu lawan satu..tiba2 hari penamaan calon pas pun masuk calun sama..pas tu tuduh2 calun edar pil kuda lah..parti sosialis lah..skrg dap setuju calun MB selangor pada mesyuarat 17 ogos ..azizah & azmin...tukar pulak calun lain..conpius lah aku dgn TGHH ni..susah dah nak percaya ckp dia..

    ReplyDelete
  11. Mountdweller umnoriun kamu making terserlah

    ReplyDelete
  12. bat8

    aku setuju sgt2 ulasan kamu..ckp2 tuang presideng pas..sukar untuk dipercayai..setelah apa yg berlaku..cerita edar pil kuda..calun parti sosialis..jgn menuduh tanpa bukti..org berilmu patut lebih tahu..betul tak

    ReplyDelete
  13. bat8

    Ha..haa...abe setuju sangat dengan pandangan bat8!

    ReplyDelete
  14. C++

    Memang sehingga ini tak ada pun diberikan bukti atau dibuktikan!

    ReplyDelete
  15. Anon 10:44PM

    Saya tak kisah anda nak gelarkan apa pun. Saya menilai menggunakan akal yang ada pada otak bukan kepala lutut serta perhatian yang seimbang dan itulah menjadi asas pertimbangan saya.

    Saya tidak terikat dengan ketaksuban atau wala' melulu!

    Itulah sebabnya pernah saya kata dulu kalau DAP tidak menolak Hudud/Hukum saya dah lama masuk DAP!

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasale klu ajak2 org lain masuk parti mcm dsai dulu,pas,umno pung masing2ajak masuk parti mereka tp tak pulak janji nak bg pm. .
      pemerhati aja.

      Delete
  16. PKR & DAP ajak ku li masuk parti dia tapi ku li tak mahu. Tetapi PAS bukan takat ajak masuk parti malah nak lantik ku li jadi PM walaupun ku li masih umno, tak ke mengarut TGHH ni.

    Siap jumpa Anwar jika PR menang PRU13, PAS nak lantik ku li jadi PM, agak2 Anwar tu berjuang bersama PR utk lantik pemimpin umno jadi PM ke? Kalau Anwar terima mungkin rakyat akan kata Anwar org paling gila dlm dunia agaknya. Kenapa PAS tak lantik adun umno jadi MB kat Kelantan atau khalid ibrahim?

    Macam ni punya pemimpin politik pun ada, dah menang lantik org parti lain jadi ketua.

    ReplyDelete
  17. Amat setuju juga dengan pendapat bat8, bukankah Anwar yang paling layak sebagai PM sekiranya PR menang PRU13? Ini tidak, belum bertanding dah pi jumpa Anwar suruh lantik Ku Li sebagai PM. Orang lain yang diinayai dan dizalimi serta penat berceramah dan berjuang demi mendapat kuasa (Anwar). tiba-tiba nak lantik Ku Li sebagai PM? Hadi Awe ini tak ubah watak yang dipegang oleh Rowan Atkinson (Mr Bean) dalam filem Johny English yang hanya tahu mengenakan kawan atau sahabat sahaja manakala musuh dilepaskan......

    ReplyDelete
  18. Haaa????? Tuan Guru Hj Najib sangat terbaik bawa Islam ke dunia akhirat. Eh silap... Dunia je! Politik akhiratnya hancur lebur.....Cermin hatinya adalah cermin yg kabur dan suram. Lantaran yang baik pun jadi suram dlm tafsirannya. Demikian juga macai pembenci ulamak. Suram dan kotor sja yg ada dlm perspektifnya.

    ReplyDelete
  19. Tok Guru Penipu cakap boleh percaya ke ?

    Sudah biasa menipu bila cakap dan menipu pun tunjuk muka confident.

    PKR dan DAP saja ada pemimpin pemimpin yang Kredibiliti , Bijak , dan Professional hidup untuk rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa