Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 11, 2014

Tubuh parti baru atau ikut parti 'haru biru'?

Dilema Islamis, tubuh parti baru atau ikut parti haru biru? – Ata Al Fikri


Kemelut politik di Selangor ini merupakan suatu peristiwa yang disesali ramai pihak, terutamanya rakyat di Selangor.
Ramai yang mempunyai persepsi bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik, jika diukur dari sudut kejayaannya meningkatkan rizab negeri berganda-ganda kepada RM2.72 billion (sehingga Oktober 2013). Ini termasuk juga komponen Pakatan Rakyat (PR), iaitu PAS. Ini terbukti apabila PAS mengambil masa yang begitu lama untuk membuat sesuatu keputusan.
Krisis ini secara langsung memberikan kesan yang buruk kepada PAS selaku salah sebuah parti komponen PR. PAS ditegur beberapa pimpinan parti komponen lain dalam PR, dan pada masa yang sama ia juga menimbulkan konflik dalaman di antara golongan ulama dan professional.
Pada awalnya PAS melalui Majlis Syura Ulama (MSU) membuat keputusan untuk menyokong Khalid dan menolak penukaran menteri besar Selangor. Namun keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pusat PAS pada 17 Ogos mengambil keputusan yang berbeza, sehinggakan PAS dikatakan mengambil “u-turn”.
Tidak lama selepas itu, diumumkan pula PAS tidak akan menyokong pencalonan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail walaupun mereka sendiri bersetuju melalui mesyuarat Majlis Presiden PR yang dilakukan untuk memilih Dr. Wan Azizah sebagai calon tunggal MB.
Polarisasi kelompok dalam PAS
Di dalam kemelut ini, satu golongan di dalam PAS menunjukkan kuasanya, i.e. golongan ulama. Ia juga menunjukkan kepada rakyat akhlak sebenar beberapa pimimpin PAS.
Ketika dua Adun PAS membuat keputusan yang cepat untuk menyelamatkan kerajaan PR Selangor, mereka dicerca dan dihina di khalayak umum. Bahkan dilabel sebagai pengkhianat. Bahkan golongan ulama juga mengambil satu langkah lebih tinggi, dengan dibangkitkan dan diluluskan usul “pengutukan tindakan dua Adun PAS menyokong Dr. Wan Azizah sebagai calon menteri besar”. Usul ini dibentangkan dan diluluskan di dalam Muktamar Tahunan Ulama Selangor PAS. Ini tetap terjadi walaupun keputusan yang diambil mereka selari dengan keputusan yang diambil JKP PAS pada 17 Ogos 2014.
Mungkinkah sebahagian golongan ulama ini lupa bahawa PAS merupakan sebuah parti milik umat Islam Malaysia? Yakni, sesiapa sahaja umat Islam Malaysia yang ingin menyumbang kepada politik Islam di Malaysia, mereka boleh melakukannya di dalam PAS.
Hakikat ini lebih jelas apabila di dalam muktamar-muktamar tahunannya yang lalu, “PAS for All” dan “Negara Berkebajikan” menjadi arus utama dan resolusi PAS. Bahkan PAS melangkah jauh kehadapan apabila mereka mewujudkan sayap penyokong bukan Islamnya.
Namun terdapat mereka yang suka mempolarisasikan kelompok di dalam PAS. Siapa yang menentang idea-idea ulama adalah pengkhianat dan parasit. Disebabkan golongan yang seperti ini, rakyat melihat PAS mempunyai masalah konflik identiti yang serius. Dalam satu keadaan, mereka menyebut “PAS for All”, tetapi dalam keadaan yang lain ulamanya mengutuk (bahkan secara terang-terangan) mereka yang tidak sealiran dengannya.
Sistem dua parti yang kukuh
Sudah dua pilihanraya rakyat menunjukkan bahawa mereka ingin mempunyai alternatif yang lain selain Barisan Nasional. Kebobrakan BN menyebabkan 52% pengundi Malaysia menginginkan perubahan. Tetapi perubahan yang macamana?
Rakyat mahukan sebuah kerajaan yang mampu memberikan manfaat yang menyeluruh kepada mereka. Mereka mahu melihat Malaysia semakin maju dan tidak terus menerus berada dalam deficit fiskal. Mereka mahu Malaysia yang harmoni dan tidak berasaskan perkauman. Mereka mahukan sebuah negara yang rakyatnya menentukan siapa kerajaannya. Jika satu pihak tidak cemerlang, bahkan korup, maka bersedialah mereka untuk ditukar. Ini dinamakan sistem dua parti (kerajaan dan pembangkang).
Sistem dua parti yang kuat hanya akan menguntungkan rakyat, kerana akhirnya tiada pihak yang merasakan mereka kebal dan tidak boleh dijatuhkan. Cara ini akan memaksa sesiapa yang menjadi kerajaan untuk melakukan yang terbaik berbanding kerajaan yang sebelumnya (jika parti lawannya memerintah).
Justeru, bagi mencapai sistem dua parti yang kuat – tidak ada cara lain melainkan dengan menyokong PR dalam tempoh terdekat ini. Jika BN kalah, ia akan benar-benar memuhasabahkan BN dan mereka yang cuba buktikan mereka pihak yang lebih baik untuk memenangi semula undi rakyat Malaysia.
Keadaan sistem dua parti ini tidak mungkin tercapai jika PR tidak kukuh, dan kebelakangan ini PAS seperti mencari sebab untuk diceraikan dari PR. Susulan kedudukan PAS yang tidak menentu sekarang ini, terdapat dua kemungkinan yang akan berlaku;
Kemungkinan Pertama
Golongan Islamis progresif yang bukan ulama sudah muak dimaki dan dihamun kepimpinan ulama yang tidak menjaga akhlaknya. Lalu mereka membuat keputusan untuk memelihara iman mereka dan keluar dari kelompok retorik “PAS for All” tetapi menolak segala orang lain selain ulama (dan mereka yang ikut sahaja ulama). Mereka membuat sebuah parti politik berkonsepkan Islam progresif dan praktikal, yang didokong golongan yang bukan berlatar belakang agama tetapi tetap kuat berpegang dengan Islam.
Sebuah parti yang menekankan konsep sebenar maqasid syari’ah – keadilan, tatakelola yang baik (good governance), dari rakyat ke rakyat, dan menyelesaikan masalah-masalah sebenar rakyat. Sebuah parti yang dasarnya untuk meningkatkan kebolehmampuan rakyat, dalam segenap aspek. Kepimpinannya pula sesiapa sahaja yang mendapat sokongan akar umbinya dan memang mempunyai merit kepimpinan, tidak kira dari ulama atau professional atau juga petani dan lain-lain. Asasnya, kepimpinan terserlah. Dan asasnya, tiada pengkastaan ulama.
Peluang ini terbuka apabila sebahagian dari kepimpinan golongan ulama yang terus menerus cuba untuk memacu PAS ke arah penceraian dari koalisi PR. Dasarnya kerana, PAS hanya seperti pak turut di dalam PR yang mengikut sahaja ke mana PKR dan DAP membawanya. Inilah juga yang dicanangkan Arus Baru yang haru. Seperti pepatah, biarkan luncai bersama labunya. Mulakan hidup yang baru dengan rumah yang baru, dengan peluang baru, mungkin selepas itu baru golongan Islamis progresif ini akan benar-benar mencapai progres dan maju!
Parti Islam Progresif (PIP) ini boleh menggantikan tempat PAS yang seperti sudah mahukan cerai dari PR. PKR dan DAP sudah tentu mahukan rakan yang lebih boleh dipercayai. Lagipun, seandainya PIP berada di dalam PR, PR tetap boleh mendapat sokongan orang Islam yang masih ada memegang kepada sentimen agama ketika mengundi.
Namun langkah ini ada cabarannya. PIP akan dimusuhi PAS. Jika PAS ingin bersaing secara sihat, ia tidak menjadi masalah yang besar. Tetapi masalah akan berlaku jika PAS menjadi gila talak – ketika bersama, dikeji-keji dan digaduh-gaduh, ketika berpisah, diungkit-ungkit dan dihina-hina. PR juga mungkin akan hilang sokongannya di pantai timur di tempat yang akar umbinya memberikan sokongan yang kuat kepada PAS.
Prestasi PR pula dalam tempoh sepenggal akan menurun kerana PAS terpisah darinya. PR harus perlu bekerja lebih keras untuk memenangi negeri-negeri yang dikuasai PAS dan BN. Negeri-negeri yang dipimpin PAS pula semakin dibawa ke arah kepimpinan ulama walaupun kadangkala ulama tersebut tidak reti mengurus. Keadaan yang bercerai berai ini hanya akan menguntungkan BN dalam pilihanraya yang terdekat, bahkan mungkin juga sepenggal lagi selepas itu. Akhirnya, keinginan rakyat untuk merasai sistem dua parti yang kuat tertangguh satu atau dua penggal.
Kemungkinan Kedua
Kemungkinan kedua mungkin agak sukar untuk dilalui tetapi kejayaan yang sebenar hanya akan terasa manisnya apabila melalui rintangan yang cukup hebat. Golongan arus perdana PAS yang menyokong resolusi muktamar PAS – “PAS for All” dan konsep “Negara Berkebajikan” boleh memainkan peranan yang lebih besar untuk memacu PAS keluar dari krisis identiti yang menimpa sebahagian ahlinya, bahkan juga sebahagian kepimpinannya.
Mereka yang tidak mahu menerima hakikat PAS sudah berubah dari sebuah parti jumud kepeada parti Islam Syumul, boleh diambil tindakan dan didisiplinkan jika mereka nakal. Mereka inilah sebenarnya parasit-parasit PAS yang cuba menghancurkan PAS dari dalam. Merekalah yang cuba menguasai PAS dengan idea pelik mereka – “Unity Government” dengan Umno, bahkan dengan konsep “Ketuanan Melayu”.
Krisis di Selangor mengeluarkan watak buruk mereka yang ada penyakit hati di dalam PAS, walaupun mereka memakai label ulama. Manusia yang menilai akan memilih mereka yang terbaik untuk memimpin PAS sebagai sebuah parti milik umat Islam, dan bukan parti milik ulama secara khasnya. Langkah ini dapat menyelamatkan 30% pengundi tegar PAS yang akan tetap mengundi PR jika PAS tetap bersama PR, lagi-lagi di kawasan yang mempunyai akar umbi PAS yang kuat.
Kesannya pula, PR akan terus dilihat sebagai sebuah koalisi yang matang – mereka boleh tidak bersetuju atas beberapa prinsip tetapi pada masa yang sama mereka tetap boleh menyelesaikan sesuatu masalah secara bersama. Ini sangat berlainan dengan BN, di mana Umno memimpin dan parti komponen lain menurut sahaja.
Cabarannya pula bermacam-macam. Pihak-pihak yang nakal tetap akan berada dalam PAS dan akan tetap mengeluarkan suara-suara sumbang dari dalam – seperti parasit yang hanya mengambil manfaat dari mangsanya. Jika kepimpinan PAS kuat, golongan ini boleh didisiplinkan dengan cara yang betul mengikut undang-undang tatatertib parti.
PAS pula perlu mengambil langkah yang lebih drastik untuk memastikan bahawa “PAS for All” bukan hanya retorik tetapi benar-benar mengakar dalam bentuk praktikal. Strukturnya perlu diubah, MSU perlu dibuka keanggotaannya kepada mereka yang layak memimpin, dan namanya perlu ditukar – Majlis Syura Dasar PAS.
Keanggotaan di dalam majlis syura ini tidak hanya eksklusif kepada golongan latar belakang agama sahaja, tetapi kepada keseluruhan umat yang layak dan dipilih. Idea kepimpinan ulama juga perlu dibuang, kerana slogan retorik berkasta ini tidak akan selama-lamanya dipilih rakyat Malaysia. Rakyat bukan mahu negara seperti Iran, tetapi mahukan sebuah negara seperti Turki.
Kesimpulan
Akhirnya jawapannya terletak kepada rakyat, dan PAS harus akur dengan kehendak rakyat. Rakyat mahukan sebuah parti atau koalisi yang dapat memberikan pengajaran kepada BN. Rakyat sudah terlalu lama merasai kebobrokan dan ketirisan pengurusan BN. Kini mereka mahu satu kerajaan yang dapat memperbaiki apa yang dirosakkan BN.
Mereka mahukan PR menjadi sebuah koalisi yang kukuh. Sebuah koalisi yang memberikan harapan baru buat rakyat. Mahukah harapan ini dikhianati? – 10 September, 2014
Penulis ialah seorang pengkaji dan penganalisa dengan STRATA Consulting, sebuah badan pemikir dan advokasi dalam bidang Kajian Strategik dan Analisa Unjuran.

11 comments:

  1. Cer cermin diri sket..parti pkr ko tue mcm bgs sgtt..byk smpah je dlm pkr tue...smua gila jawatan..rmai yg dtgnya dari bakui sampah umno...prasan mcm parti pkr bgs sgtt..kah kah kah..len kali cermin diri dlu ye dari nk menyebuk dgn parti org bai..

    ReplyDelete
  2. Artikel yang baik,pengisian yang penuh bermakna.Semua parti di malaysia menghadapi masaalah yang sama,berkaitan Ketokohan kepimpinan dan kebijaksaan utk memahami isi kandung artikel di atas, bagi merialisasikannya di dlm kerajaan demi menjamin kesejahteraan rakyat.Kerja2 yang susah sebegini, memerlukan pelbagai kepakaran dan kepintaran golongan2 profesional dari pelbagai bidang ilmu yang pengalaman utk memenuhi atau di sesuaikan mengikut kehendak dan keperluan instrumen dunia masa kini.Masaalah paling besar,dunia ketika ini, masih mengamalkan sistem kapitalis dan wang fiat.Apa guna menyimpan wang setinggi gunung,apabila nilainya boleh naik dan turun serta boleh di perdagangkan.Kejayaan dan kegagalan dari rumusan di atas, mesti di pertangungjawabkan kpd pencatur utama.Ianya melibatkan kos dan risiko yang tinggi.Secara teori,maaf cakap,keupayaan Pas,dengan usia yang utuh,masih tidak mampu melakukannya. Artikel yang baik,tidak perlu mengecam atau menyalahkan parti pemerintah

    ReplyDelete
  3. Artikel yang merapu tetapi kena buat olahan sendiri utk memahami matlamat kandunganya.

    ReplyDelete
  4. Satu idea yg baik dan bernas oleh penulis tetapi dikatakan merapu oleh para tok lebai senget @ UG of PAS dlm blog ini..'PAs For All' sepatutnya digantikan kpd 'PAS For Pak Lebai only'..

    ReplyDelete
  5. Org bg pandangan pn ko x nk dgr..ego sgguh ahli pas ni..bkn semua hal ulama2 korg tu pandai..cuba belajar dgr pendapat org,x kira la ko ulamak ke tok guru ke,sape2 ke..

    ReplyDelete
  6. Nyahkan UG dari persada politik Malaysia

    ReplyDelete
  7. Anonymous 1:59 AM.

    Saya kongis bersetuju dengan fahaman dan pendapat tuan, ia dijelmakan awal pagi tetekala suasana disekeliling suni sepi tanpa pengaruh persekitaran. Memang banyak komen yang diturunkan tapi yang berkategory ilmiah hanya sedikit sahaja. Kebanyakan pengomen melahirkan perkataan kebencian dan cemuhan tanpa fakta jelas, jauh sekali menamakan bukit, kalau ini dijadikan cermin diri, nyata mereka ini umpama sampah dan sarap ditengah jalan

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn artikel yg ditulis dgn fakta dan kajian serta saranan. Bukan macam geng UG semua yg dibuat pemimpinnya saje yg betu & maksum. Suruh ahli semua wala tetapi pemimpin sibuk berpakat dgn umno dlm gelap- Ketuanan Melayu. PAS FOR ALL tu utk siapa? Rayu org bukan melayu sokong bila menang- Hidup Melayu. Jgn buat perangai munafik tu.

    Rakyat hanya mahu humbankan kerajaan umno/bn dan gantikan dgn PR. Pemimpin boleh dtg dan pergi tetapi rakyat tanggung kezaliman umno/bn.

    Slogan ABU mesti diteruskan......

    ReplyDelete
  9. I am sure this paragraph has touched all the internet visitors, its really really good
    paragraph on building up new webpage.

    Also visit my web site buy real soundcloud plays

    ReplyDelete
  10. Kupasan yang baik berdasarkan realiti yang sedang dipertontonkan oleh klik2 dalam PAS. Orang PAS pun jenis tidak boleh berfikir rasional dan kritikal lantaran taksub melampau kepada guru. Sikap taksub memang jadi sungguh kalau di terengganu. Taksub melulu memang tabiat semula jadi mungkin sebahagian bangsa terutama yang tak habis berguru....asyik2 takut derhaka... ini memang diindoktrinasi pada pengikutnya

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa