Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 4, 2014

UG: Sebelum Ni Kata TMI Fitnah Tapi Akhirnya Kantoi Juga!

Sendiri yang buka pekung.....

Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno
Published: 3 September 2014 - TMI
Tindakan dua Adun PAS membelakangkan Majlis Syura Ulama PAS menggagalkan usaha mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor, kata Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali. Gambar fail The Malaysian Insider.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.
"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.
"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.
"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.
Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.
Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.
Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.
Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.
Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.
"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.
"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.
Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.
"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.
Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.
"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.
Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.
"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.
Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.
"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.
Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.
"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.
"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.
Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.
Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.
Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin. – 3 September, 2014.

17 comments:

  1. Salam Pak Din.

    Saya tak paham le TGHH ni pesen (fashion) ape? Takkan nak UG, kerjasama dengan UmNo kut sedangkan kita dah berjanji dgn kawan PKR, DAP - albeits they are all non Moslems -

    Bukan ke ni pengkhianatan?

    UmNo tu 1 entiti yang budaya, sistem yang rosak. It's beyond repair !

    Tak salah nak pakat, kerjasama hal lain yang menguntungkan umat Islam...TAPI kerjasama politik after all these years? How ironic !

    I'd rather join DAP lagi daripada join UmNo untuk berkhidmat untuk rakyat!

    ReplyDelete
  2. Ulamak dh jd alamak!!!
    Tersasul plak..camne nk cover ni..

    ReplyDelete
  3. Samada tuan blogger ni lemah bm...atau mmg hati dh gelap...klu baca blk artikel asal tuan punye...xder pun sebut psl kjsama dgn umno...tp demi sedikit habuan dunia...tuan blogger ni nk cuba jgk kaitkan nama pas dan umno seolah2 ada ug disebalik batu....maki pd ulamak senang2...nauzubillahi min zaalik

    ReplyDelete
  4. A'kum tetamu semua

    Ada beberapa perenggan yang telah saya birukan itu adalah intipati article ini.

    Oleh kerana ada yang tak faham baca article atau apa yang article ini bicarakan dan dikatakan pula saya gelap hati serta tak faham BM.

    Bagi orang yang kurang faham tentang sesuatu article maka saya baritahu apa yang dibincangkan di sini hanyalah diruang lingkup isu yang terkandung di dalam article ini sahaja. Tidak membabitkan di mana-mana article atau tulisan yang lain. Harap maklum....

    Kalau sendiri 'baghal' jangan mengatakan orang lain pula

    ReplyDelete
  5. Jgn maki ulamak. Jgn maki ulamak tapi terima apa saje dari mulut ulamak hakta fitnah sekali pun. Sekian terima kasih. Gua x anti ulamak secara 'borong' tapi gua cukup meluat bila ulamak yg tidak menunjukkan ahklak yg sewajarnya sebagai ulamak.

    ReplyDelete
  6. ada lagi kebulur nak bekerjasama ngan UMNO
    mampuih la geng2 ganu pro UG ni termasuk hadi awang

    ReplyDelete
  7. Memang sedih bila ulamak dan tok guru yang tunggu maghrib pun nak menongkat dunia ikut nafsu.

    Jaja sana jajs sini nak cari makan juga gaya nya...

    Ulamak ikut gaya khordhing ghell jugak yea....?

    Melayu lagi....

    ReplyDelete
  8. Abe

    Sekaranglah masa kita nak kenal siapa kepala-kepala UG dan jawatan apa dia pegang dalam PAS.Sorang dah timbul....tunggu le lagi apatah lagi makin ramai akan timbul selepas Tuanku menamakan MB Selangor nanti.

    Nak cam senang je. Perati arah mana dia komen. Komen diatas boleh dibuat panduan...hehehe.

    Dibawah adalah komen GB tuan blog Greenboc


    ULASAN GB

    Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan...

    Terdedah kebenaran dengan tulisan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali di atas dan apa yang dilaporkan oleh TMI & MK sebelum ini nampaknya BERNAR dan bukan fitnah sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak. 

    Dan ternyata juga tiada bukti portal-portal berkenaan BERNIAT JAHAT seperti yang dituduh oleh phak tertentu.

    Kebenaran apakah yang terdedah dengan tulisannya di atas?

    Pertama soal kerjasama PAS UMNO. Menurutnya

    "Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.


    Walaupun tidak dinyatakan berterus-terang kerjasama PAS-UMNO, namun perenggan di atas jelas. TSKI hanya mmempunya 26 sokongan, 13 PAS + 12 UMNO + 1 Bebas = 26. Yang tak sokong 15 DAP + 13 PKR + 2 PAS= 30.

    Meminjam istilahnya, SECARA TEKNIKALNYA, angka 26 diperolehi apabila PAS dan UMNO bekerjasama untuk menyokong Khalid.

    Kedua, beliau semacam melepaskan geram kerana rahsia mesyuarat bocor.

    Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media.


    Membuktikan bahawa beliau mengakui apa yang dilaporkan oleh portal-portal berkenaan. Laporan yang dianggapnya sebagai rahsia mesyuarat. 

    Tak perlulah beliau mengutuk dan menghina siapa AJK yang membocorkan rahsia. Beliau menuduh AJK yang membocorkan rahsia itu tidak ada adab jemaah, khianat dan tidak amanah. Hakikatnya, yang tidak ada adab jemaah, yang khianat dan yang tidak amanah ialah mereka yang bersekongkol untuk bekerjsama dengan UMNO! Mereka itulah yang tidak ada adab jemaah, yang khianat dan yang tidak amanah kepada ahli-ahli PAS yang telah memutuskan di dalam Muktamar bahawa PAS hendaklah memperkukohkan Pakatan Rakyat, bukan bekerjasama dengan UMNO.

    Allah Yang Maha Berkuasa dengan hukum kebenaranNya tidak mengizinkan rahsia pengkhianatan dan tidak amanah pemimpin tertinggi PAS itu tersimpan, maka terbocorlah ia melalui seorang (atau beberapa orang) AJK yang dipilih Tuhan untuk membocorkannya. Maka terselamat PAS daripada menerima hukuman Allah.

    Syariatnya, yang membocorkan itu ialah AJK PAS, tetapi hakikatnya ialah Allah jua. 

    Ketiga persoalan wala kepada Majlis Syura Ulama. GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

    Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya: 

    ( Nak baca sampai habis pi kat link di bawah)

    http://greenboc.blogspot.com/2014/09/jadi-kerjasama-pas-umno-bukanlah-fitnah.html?m=1

    ReplyDelete
  9. Abe

    Ambo paste artikel dari blog malaysia wave. Sensasi jugak. Tolong jangan ambil berita ini sebagai kebenaran mutlak. Ia sekadar maklumat yang belum disahkan oleh pihak PAS. Tunggu perkembangan lanjut terutama keputusan Tuanku Sultan. TOLONG JANGAN TERIMA BULAT2 LAGI!
    ............................

    Maklumat Surat PAS ke Istana

    Pembetulan kepada maklumat yang Tulang Besi dapat tadi. TIdak pasti maklumat ni benar atau tidak. Sekadar khabar sahaja:


    1) Surat kepada Istana terus datang dari Presiden PAS. Malahan, Cikgu Pa sebagai SU Agung pun tidak tahu menahu pasal surat ini.


    2) Surat diserah kepada Istana melalui seorang “Raja” yang konon baik dgn Istana Selangor.


    3) Surat menamakan tiga calon – dua dari PAS dan seorang lagi adalah Khalid Ibrahim.


    4) Hujjah mengekalkan Khalid Ibrahim adalah diberitahu kepada Tuanku, Khalid mendapat semula kepercayaan Dewan Undangan Negeri.


    5) Formula yg dipakai adalah: PAS (15) + UMNO (12) + Khalid Ibrahim = 28 kerusi. Oleh kerana Speaker tidak boleh mengundi maka mereka mempunyai majority 1 undi. Khalid Ibrahim akan kekal memimpin kerajaan perpaduang PAS+UMNO+Khalid Ibrahim

    6) Minta Hasnul dan Saari dilindungi sebab mereka mungkin diculik. Tak salah ambil langkah berjaga.

    Presiden masih mahu mempertahankan kepimpinan Khalid Ibrahim dan masih mahu menubuhkan kerajaang perpaduang dgn UMNO dan BN.


    Semoga Allah SWT mengagalkan konspirasi perpaduang tajaan Presiden dan puak2 UG dalam PAS


    TULANG BESI

    ................. INI BUKAN MAKLUMAT SAHIH LAGI. MAKLUMAT YANG PERLU DISAHKAN . JANGAN GUNA UNTUK SEBAR FITNAH.BERDOSA.UNTUK INFO SAHAJA...........

    ReplyDelete
  10. Ulamak ker at-takiri ni...xkan ada phd dh nk pggl ulamak...necktie pun pakai...nk kerjasama dgn umno????maaf aku xkan terima...jika ini berlaku...aku bersumpah akn kempen kpd semua ahli pas yg lain utk pastikn pemimpin pas yg gila babi nk berkongsi dgn umno akn terhumban dlm tong taik yg mereka junjung....aku x peduli siapa pemimpin pas itu, apa statusnya...itu adalah pasti akn aku lakukn...aku sbg ahli biasa sudah bosan dgn karenah pemimpin pas yg gila nk kerjasama dgn umno....wahai pemimpin pas yg gila jwtn...kamu di undi bkn krna kerjasama dgn umno tetapi kerna kamu wakil pas yg sentiasa dijahati dan dizalimi umno...jgn kau jahati ahli bawah...kamu yg bawa pas bertahaluf siyasi dlm pakatan dan kamu juga yg nk khianatinya...aku x heran manusia mcm al-takiri wlupun kamu ada 10 gulung phd...phd kamu hanya utk caroakan jer....

    ReplyDelete
  11. Ulamak ker at-takiri ni...xkan ada phd dh nk pggl ulamak...necktie pun pakai...nk kerjasama dgn umno????maaf aku xkan terima...jika ini berlaku...aku bersumpah akn kempen kpd semua ahli pas yg lain utk pastikn pemimpin pas yg gila babi nk berkongsi dgn umno akn terhumban dlm tong taik yg mereka junjung....aku x peduli siapa pemimpin pas itu, apa statusnya...itu adalah pasti akn aku lakukn...aku sbg ahli biasa sudah bosan dgn karenah pemimpin pas yg gila nk kerjasama dgn umno....wahai pemimpin pas yg gila jwtn...kamu di undi bkn krna kerjasama dgn umno tetapi kerna kamu wakil pas yg sentiasa dijahati dan dizalimi umno...jgn kau jahati ahli bawah...kamu yg bawa pas bertahaluf siyasi dlm pakatan dan kamu juga yg nk khianatinya...aku x heran manusia mcm al-takiri wlupun kamu ada 10 gulung phd...phd kamu hanya utk caroakan jer....

    ReplyDelete
  12. komen asal al takiri tidak sejauh seperti saudara huraikan...busuk benar cara saudara. pembaca sekelian tolong baca komen al takiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 12:50

      Pertama kita sesama Islam tidak patut bergaduh kerana perbezaan pendapat atau pandangan. Kita patut meraikan kepelbagaian pendapat. 10 orang melihat satu benda dari 10 perspektif.

      M3nuduh orang berhati busuk tanpa memberi alasan adalah sesuatu yang tidak bersesuaian dengan Islam itu sendiri. Tunjukkan dimana yang sdra berpendapat berhati busuk dan apa hujah sdra bagi membetulkan apa yang sdra kata berniat busuk.

      Tidakkah begitu sepatutnya kita orang Islam apatah lagi jika sdra orang PAS. Kalau orang UMNO kita dah tahu perangai depa.

      Delete
  13. Betul saranan bat8 tu... Kalau kita tak pandai berhujah dan mencari maklumat atau fakta maka jangan sekali-kali kita merendahkan peribadi orang lain dengan mengatakan busuk hati, kaki fitnah dan sebagainya. Kalau tak pandai menari dikatakan lantai jungkang jungkit atau seperti serigala yang tidak mampu mencapai anggur maka dikatakan anggur itu masam. Nasihat saya jangan terlalu taksub sangat dengan pemimpin terutama bertitle "Taliban" atau konsevertif kerana dari segi pengalaman dan sejarah mereka ini yang paling banyak mengkhianati perjuangan walaupun didirikan atas nama Islam dan kalimah Allah sekalipun. Bagi saya lebih mempercayai golongan liberal yang berfahaman sederhana dan melihat dunia mengikut politik sezaman tanpa menjarakkan keagamaan.

    ReplyDelete
  14. I loved as much as you will receive carried out right here.
    The sketch is attractive, your authored material stylish.
    nonetheless, you command get got an edginess
    over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come
    further formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this increase.


    Feel free to visit my website :: star wars battlefront hacking

    ReplyDelete
  15. For most recent news you have to go to see internet and on internet I found this website as a best site
    for most up-to-date updates.

    My web site - kontol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa