Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 4, 2015

Aiikk......baru sedar?

Azmin panggil KPN barua UMNO
 | May 4, 2015
Azmin mendakwa rakyat akan membenci jika Ketua Polis Negara tidak berprinsip dan rela membiarkan diri menjadi pencacai UMNO.
azmn-khalid
PETALING JAYA: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali, menyerang Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwanya menjadi barua UMNO berbanding menjaga keselamatan masyarakat.
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merujuk kepada tindakan polis menahan beberapa pemimpin politik dan peserta Bantah GST di ibu negara pada 1 Mei lalu.
“Tolong beritahu Ketua Polis Negara, mahu jadi Ketua Polis Negara yang menjaga keselamatan rakyat atau mahu jadi barua UMNO dan BN,” katanya di di Kubang Ulu pada Ahad, lapor bnbbc.com
Katanya, rakyat akan terus membenci jika Khalid tidak mempunyai prinsip dan rela membiarkan dirinya menjadi pencacai UMNO.
“Rakyat minta jadi Ketua Polis Negara yang ada maruah dan prinsip, baru kita hormat. Kalau tidak, rakyat akan benci pada kamu kerana kamu penjadi pencacai kepada UMNO dan BN,” katanya.
Azmin turut mencabar agar rakaman ucapannya itu diserahkan kepada Khalid.
Setiausaha Agung PSM, A Arutchlevan, bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga, Anthony Loke (DAP), Dr Hatta Ramli (Pas) dan Rafizi Ramli (PKR) ditahan selepas terlibat dalam perhimpunan itu.
Mereka dibebaskan selepas mahkamah menolak permohonan reman oleh polis dipercayai kerana tuduhan tidak munasabah.
Sehingga kini, lebih 20 peserta perhimpunan itu ditahn reman bagi membantu siasatan.

3 comments:

  1. Itu kan Mat Kampau

    Mat Kampau mana ada hati yang bersih

    Tunggu KIOK saja Mat Kampau tahu burok baik jadi BARUA aniaya rakyat

    Bagi chan 200 tahun pun KIOK jugak

    Ni rakyat bayar GST nak tanggung gaji pencen lah tu

    ReplyDelete
  2. Tabik dan tahniah Azmin kerana berani berkata benar walaupun ianya mungkin ada tindakbalas dari IGP

    ReplyDelete
  3. Bukan baru sedar, tetapi dia telah memiliki asas yg kukuh lagi ampuh untuk membuat kenyataan itu. Jika KPN nak saman, itu adalah peluang terbaik TP PKR membuat pendedahan terbuka di mahkamah. Apakah KPN ada keberanian untuk menyamannya dan memenangi tuntutan saman itu?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa