Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 5, 2015

Isu perbelanjaan kahwin anak pula

Nak kata tak faham adat melayu pun tak boleh juga.......
Orang Kelantan pun Melayu juga tapi lain adatnya
Kalau orang Kelantan perbelanjaan kenduri dan sebagainya di sebelah pihak perempuan adalah tanggungan pihak perempuan.........duit hantaran walau puluhan ribu sekali pun akan menjadi hak mutlak pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya........semua perbelanjaan kenduri kendara di pihak lelaki pula pihak keluarga lelakilah yang akan menanggung perbelanjaannya

Kaya benarkah menantu Rosmah ni?


Rizal bidas Kadir 'kurang arif adat Melayu'
mk - 5:55PM - 4 May 2015

Seorang pegawai khas perdana menteri membidas bekas pengarang kumpulan NSTP, Datuk A Kadir Jasin yang dianggapnya "seorang Melayu yang kurang arif adat" Melayu.

Ia susulan isu penajaan menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak di Kazakhstan.
"Adalah menjadi adat apabila kita berkahwin, pengantin lelaki menanggung kos-kos perbelanjaan perkahwinan kedua-dua belah pihak.

"Sebagai contoh, dalam adat Melayu apabila wang hantaran diberikan, wang tersebut bertujuan untuk digunakan oleh keluarga pengantin perempuan untuk majlis kenduri.

"Tidak timbul soal PM menerima tajaan dari keluarga lelaki. Dalam hal ini, Nampaknya Kadir Jasin merupakan seorang Melayu yang kurang arif adat," kata Rizal Mansor dalam satu kenyataan.
 
Tambahan pula, kata Rizal lagi, tindakan keluarga Daniyar Kessibayev menanggung kos rombongan pengantin perempuan, menunjukkan mereka bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh meraikan keluarga perempuan.  

"Dan sudah tentu jika kenduri di sebelah lelaki, pihak lelakilah yang menanggungnya," kata Rizal yang juga pembantu peribadi Rosmah.

Beliau mengulas tulisan Kadir yang mempersoal adakah elok bagi Najib menerima tajaan pihak luar untuk mengadakan majlis mewah yang undangannya dikeluarkan oleh beliau sendiri dan boleh menjadi mangsa peras ugut oleh pihak yang menajanya.

'Kutip fakta tepi jalan'

Mengulas lanjut, Rizal - yang sudah enam tahun berkhidmat dengan Najib - berkata tidak timbul soal ugut mengugut berhubung isu itu memandang kedua-dua belah pihak telah menjadi besan dan keluarga.
Sebaliknya, Rizal mengingatkan Kadir supaya tidak membuat "spekulasi jahat" yang menurut beliau seolah-olah mahu melihat timbulnya syak wasangka antara kedua mempelai.

"Perbuatan ini merupakan satu perbuatan jahat dan busuk hati, ia amat dibenci dan dikutuk dalam masyarakat Melayu.

"Kadir Jasin perlu lebih memahami adat Melayu dan jangan buruk sangka," katanya.

Rizal turut menyindir Kadir supaya lebih teliti dalam menulis dan "tidak mengutip fakta tepi jalan" kerana majlis bertandang itu berlangsung di Almaty dan bukannya Astana seperti yang ditulis dalam blognya.

"Ini adalah sesuatu yang memalukan memandangkan beliau seorang bekas wartawan kanan dan orang yang pernah mengetuai organisasi media.

"Kalau ini cara dia menulis saya boleh simpulkan selama ini fakta beliau semuanya dikutip tanpa asas,” kata Rizal lagi.


Isu sebelumnyaKadir: PM terhutang budi tajaan kahwin anaknya?

4 comments:

  1. Jika ikut budaya di India pula (mungkin juga di Kazakhstan memandangkan mereka negara berjiran) pihak pengantin perempuan yg dikenakan membayar dowry kpd pihak pengantin lelaki. Entah2 kedua-dua majlis itu pihak pengantin perempuan yg telah menanggungnya, siapa tahu?

    ReplyDelete
  2. Berapa gaji yang boleh diperolehi untuk menjadi penyangak yang diburu interpol?

    ReplyDelete
  3. check harta Razif nie....kaya nak mampoos dlm masa yg singkat...bagaimana yer!!1

    ReplyDelete
  4. Budak BAHALOL dari keturunan Lahanat mana ada kaya pun

    Kalau laya pun mentedarah harta rakyat saja

    Yang menantu jantan pun tengok muka BAHALOL jugak dari bekas kominis


    Kalau ada kaya pun mentedarah haram duit rakyat jugak


    Muka muka BAHALOL ini tak boleh sorok sorok , sekali pandang sudah tahu bebudak lahanat


    Badan Besar Otsk Gred 3 tu kira standard lah bagi bebudak BAHALOL

    Kalau menantu cucu Getty ke , Rockefellar ke tak apa , ini budak papa kedana negara miskin masok KOLOMBIA pun cara tipu

    Mensntu Mentua dan Atok Yg KIOK pun sama lahanat nya


    Ini ajaran NABI SAW ke ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa