Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 8, 2015

Alahai Timbalan Presiden PAS!

TAK SERAH KERUSI PADA GHB, SEDIA TANDINGI DAP
Oleh IZWAN ABDUL HALIM
izwan@harakah.net.my
KUALA KRAI: PAS tidak akan menyerahkan kerusinya kepada Gerakan Harapan Baru (GHB) dan percaya berpeluang untuk menang sekiranya bertanding di kerusi yang ramai pengundi bukan Islam menerusi calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Timbalan Presiden PAS, Dato’ Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan GHB sebagai ‘Geng Haru Biru’ yang tidak mempunyai nilai tambah dan tiada tempat untuk bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Mari pilihan raya akan datang ni nak tanding mana ni? Kalau dia bertanding kerusi DAP, DAP kata hari itu aku menang dah, beri pada kamu pun tak tentu lagi menang. Nak tanding kerusi PAS? PAS takkan bagi, kerusi ini kerusi PAS, takkan bagi. Kalau dia letak juga calon, maknanya menyambung hayat Umno.

“Tempat DAP bertanding hari tu PAS tak boleh bertanding sebab kita bincang satu sama satu. Tapi oleh kerana dia putus dengan kita, dia kerat kita, kata macam-macam ke Presiden. Kalau kita baca artikel yang dia kata ke Presiden, tak tergamak baca.

“Lalu kita buat keputusan, kita akan tanding tempat-tempat DAP bertanding, sebab kalau kita bertanding, peluang kita menang ada. Kadang-kadang tempat tu, pengundi bukan Islam mungkin dalam 45 peratus, atau 50 peratus, atau 60 peratus.

“Katakanlah, calon MCA lawan calon DAP, dua-dua Cina, pengundi Melayu nak pergi mana? Silap-silap perhitungan, bila kita letak calon, kita boleh menang. Ini kita akan analisa, kita akan buat kajian,” ujarnya pada majlis Ceramah Isu Semasa di Sungai Durian, di sini 4 Ogos lalu.

Menurutnya, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustapha Ali telahpun mengisytiharkan dan meminta seluruh ahli DHPP supaya bersedia, kerana PAS mungkin meletak mereka bertanding di kerusi-kerusi DAP sekarang.

Malah katanya, PAS juga sedang menyiapkan DHPP untuk turun sama ke Sarawak sebagai persediaan ke arah Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi.

Ujar beliau, penganalisa membuat kajian bahawa terdapat dua kesilapan besar GHB iaitu menubuh parti selepas kalah dalam muktamar yang memberi gambaran umum sebagai golongan kecewa.

“Yang kedua, kesilapan dia mari serang Kelantan berturut-turut di Kelantan. Buat apa serang Kelantan? Kelantan ni PAS menang dah. Inipun nak mari lagi ni, nak himpun tokoh-tokoh ulama pula. Saya ingatkan semua, bahawa kita bersama dengan perjuangan Islam ni, bukan perjuangan suka-suka.

“Hendaklah kamu ikat diri kamu dengan jamaah Islam, siapa-siapa yang keluar daripada jamaah Islam walaupun sejengkal, sama buat ikatan Islam pada tengkuk dia. Na'uzubillah.Kita latih kita ajar kena terima keputusan muktamar, ini keputusan satu negara, apa salahnya?

“Bukan makna bila kita tak dipilih sebagai pemimpin, kita hilang, tak. Berapa ramai ahli PAS, berpuluh ribu ni, yang tak ada apa jawatan, terus istiqamah dengan parti, beri sumbangan kepada Islam.

“Parti tak boleh tubuh kerana kecewa, dan parti tak boleh tubuh kerana semata-mata nak lepaskan geram, sebab tak ada nilai tambah, duduk dalam tu juga, tarik menarik, akhir orang bawah jadi haru-biru habis,” nasihatnya sambil membacakan ayat 216 surah al-Baqarah berkenaan peringatan Allah bahawa perkara yang tidak disukai manusia boleh jadi baik untuk diri mereka.

Ustaz Tuan Ibrahim turut menyangkal tanggapan bahawa PAS tidak akan menang sekiranya bersendirian, sebaliknya menegaskan bahawa apabila Allah hendak memberikan kemenangan, ianya tidak akan dapat dihalang.

Menurut beliau, sejarah menyaksikan apabila berlaku keadaan di mana kerajaan tidak dapat ditubuhkan kerana tidak cukup majoriti, ketika itu parti yang bersendirian menjadi sangat penting.

“Sebab itu, kita tengok perkembangan mutakhir ini menarik. Walaupun ada sikit-sikit gelombang riak, Allah Taala uji kita sikit. Orang politik Allah uji dengan kemenangan. Allah uji sikit saja, baru menang Pulau Pinang, menang sikit Selangor, dah terbayang Putrajaya, tidur pun mimpi Putrajaya, mengigau pun Putrajaya, pasal apa?

“Bayang terkapai-kapai ni menyebabkan setengah-setengah kita tak sabar dah, baru nampak bayang-bayang pulau, terjun dah, terjun kapal dah, tinggal dah kapal yang bawa dia selama ni. Kita ni tak ada apa-apa kalau tidak kerana PAS. PAS yang mengangkat kita. kita berhajat kepada PAS, PAS tak berhajat kepada kita.

“Jangan kita rasa kita hebat, tak. Hebat-hebat bekas Presiden PAS, bila keluar daripada PAS, tak ada apa-apa. Dalam sejarah PAS ini, Presiden pun pernah keluar, Timbalan pun pernah keluar, Naib ramai lagi, Ketua Ulama pun ada, Ketua Muslimat pun ada keluar PAS, jangan,” nasihatnya pada majlis Ceramah Isu Semasa di Sungai Durian, di sini 4 Ogos lalu.

Beliau turut mengingatkan agar menjaga diri dengan menyertai jamaah dalam semua perkara serta membiasakan diri bangun bermunajat di malam hari atau sekurang-kurangnya melafazkan istighfar kepada Allah.

# Dah tentunya mereka akan bertanding di mana saja. GHB bukannya komponen bersama PAS lagi. 

Adakah PAS ingat GHB masih bergayut dan bergantung kepada PAS yang mereput tu?
PR juga sudah tak wujud lagi dah diganti dengan gerakan baru (entah apa namanya tak tahulah lagi)

Kalau PAS nak letak wakil DHPP pun letaklah nak tanding di mana pun. Kalau menang, menanglah. Kalau kalah pun nasiblah, adat pertandingan kan?

Satu lagi.......rupanya PAS terlena dalam nostalgia dan titisan sejarah kononnya tidak pernah ada pemimpin PAS berjaya setelah keluar PAS. Itu adalah sejarah dan dia lupa suasana dan takdir ke atas sesuatu perkara tidak akan sama dan semuanya di dalam Ilmu Allah. Rupanya ujub dan takbur masih tak lekang dari Tok Lebai? 

Tuan Ibrahim, hang jangan dok tunjuk sangat hati yang resah gelisah tu........ketara sangat gelabahnya tu!

7 comments:

  1. Alahai...tinggi 5'2" jee...tapi cakap macam orang tinggi 7'. Tak usah buang masa komen pasal orang, elok jaga diri sendiri yang sedang terhimpit oleh golongan pentaksub Hadi yang ingin menyekat pengaruh kamu tu....

    Elok tumpukan usaha ke arah memperkasakan PAS yang dah nak mampos tu.... Datang PRU 14 kita lihat nanti Allah menyebelahi siapa....geng ularmak munafik atau golongan lain yang dihina.

    ReplyDelete
  2. hancuss mamat ni
    anak sedaro ayoh zid jadi penjilat hadi awe
    yg riak bukan ghb yg paling ketara riak adalah hadi awe dan penjilat ug
    begapo hadi awe tok kato ko ayoh zid
    ikhlas kawe royat geng2 ganu meme tok keh paka
    geng ni lah yg menghancurkan pas
    mu mene sekali di dun jengka pon pasal maso tu ado barisan alternatif
    pikir sikit nge otok gakkk....

    ReplyDelete
  3. GHB adalah gerakan yang baru dan tak ada kena mengena dengan PAS selain dari pengeraknya adalah bekas ahli PAS yang diusir keluar dari PAS dengan secara berkonspirasi. PAS mengusir mereka, jadi apa masalahnya mereka tubuh parti baru yang berlandaskan islam. Kalau ada ahli2 PAS yang berminat untuk menyertai parti baru ini silakan. Apa yang PAS nak risaukan. Kan PAS telah mentarbiahkan ahli2nya supaya wala sewalawalanya kepada presiden PAS. Ahli2 PAS hanya perlu ikut saja apa yang parti putuskan...tak perlu pikir2. Serahkan semuanya kepada pimpinan. Kalau yang boleh berfikir dan mahu berfikir dan gunakan kebebasan berfikir...buatlah keputusan sendiri. Kalau rasa lebih baik kekal dalam PAS kekal lah dan kalau rasa GHB lebih baik sertailah GHB. Soal akan diambil tindakan disiplin oleh PAS tu tak ada makna dah kalau kita dah sertai parti baru. Keahlian gugur dengan sendirinya. Kita memang sayang PAS dimana kita dah lama bersamanya tetapi melihat gelagat pimpinan yang ada sekarang ni kita dah tawar hati dan rasanya perjuangan PAS tak akan kemana-mana. Diharapkan dihujung-hujung usia ini dapatlah lihat kerajaan yang lebih baik memerintah negara ini.

    ReplyDelete
  4. petikan dr malaysiawaves:

    Ini semua sandiwara dan lakonan Tuan Ibrahim yg sedang terkapai2 melihat partinya semakin surut dan semakin mundur.

    Lupakah dia bahawa dia juga dalang pertandingan 3 penjuru mcm Hadi Awang juga yang akhirnya membawa kemenangan UMNO/BN.

    Di DUN Damak pada 2013, angkara Tuan Ibrahim berkempen untuk calon bebas secara terbuka dggn slogan "Ini Kalilah Bunga Raya" maka BN berjaya merampas DUN Damak walaupun BN mendapat undi yang kurang dari 50%

    Bukan setakat itu, Tuan Ibrahim telah membawa Haji Hadi Awang berkempen satu pentas dengan calon Bebas.

    Hasilnya, seperti di Kota Damansara dan Sungai Acheh, BN menang DUN Damak.

    Tuan Ibrahim ni ambil Masters di UKM dlm bidang Psikologi. Dia agak tahu bagaimana menyamar dan berlakon untuk nampak baik.

    Lakonan dia sekarang ini untuk menghalang arus keluarnya ahli2 serta penyokong2 PAS kepada Harapan Baru.

    Berhentilah tanam tebu di bibir wahai Ustaz Tuan Ibrahim. Kamu sendiri mengaku ulama pun dah menipu sedangkan kamu tak fasih berbahasa Arab pun.

    Mana boleh ulama tak fasih Bahasa Arab?

    ReplyDelete
  5. Kekadang kesian juga aku tengok TITM ni.....rasa nak u turn balik masuk Pas..... Tapi dia tu timbalan je......aku tunggu tuang persideng pujuk aku lah dan mintak maaf kerana membaruakan aku.....itu pun kalau dia nak......

    ReplyDelete
  6. TITM, ikut suka GHB lah dia nak tanding kerusi mana, itu dia punya hal lah. No hal ngan PAS. Sekalipun GHB tak nak hadir mesyuarat lagi lah itu dia punya suka lah...TITM boleh tak ostad tak ganggu budak2 GHB tu....2 tahun je x sempat pilihanraya bungkuslah GBH. Dah cerai toksah dok kacau lah..

    ReplyDelete
  7. kah...kah..kah...

    "kita bincang dengan dap satu-satu" dia tak berani sebut pr...sebab ada TUJUH kerusi bertindih masa PRU13...

    kah...kah...kah...

    mana tuang presideng dengan mursyidul am ni? dah lama tak gelakkan statement tolol diorang...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa