Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 20, 2015

Apa nak kepoh? Yang keluar bukannya orang PAS!

Ini semua bukan ahli PAS[BERGAMBAR] Keluar PAS Beramai-ramai, Tahniah Kota Raja! [UPDATED]

Hanya segelintir kecil keluar Pas
RAZIATUL HANUM A RAJAK
19 OGOS 2015

SHAH ALAM - Pas Selangor hari ini mengesahkan hanya segelintir kecil ahli parti itu yang meninggalkan parti untuk menyertai gerakan Harapan Baru.

Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, ramai yang disenaraikan keluar parti itu bukan ahli Pas.

“Pas Selangor mengikut dengan dekat perkembangan pengisytiharan letak jawatan ahli Pas di Kota Raja

"Kita dapati hanya segelintir kecil saja ahli Pas di peringkat kawasan dan cawangan yang terlibat bersama Harapan Baru, yang selebihnya kita dapati mereka bukan ahli Pas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pimpinan Pas Kota Raja pula letak jawatan]

Hari ini seramai 183 ahli yang memegang jawatan dalam Pas Kota Raja meletakkan jawatan selain 227 ahli Pas Kapar dan tiga dari Pas Klang.

Ketika ditanya mengenai angka 183 ahli Pas seperti yang didakwa, Khairuddin menjawab, “menurut laporan di cawangan, ramai tiada dalam rekod parti dan bukan ahli.”

Peletakan jawatan itu melibatkan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud yang juga Naib Yang diPertua Pas kawasan itu serta sembilan ketua cawangan Pas Kota Raja.

Menurut Khairuddin, pihaknya telah mengambil alih pentadbiran kawasan Kota Raja sebagaimana diberi kuasa oleh Pas Pusat bersesuaian dengan Perlembagaan parti.

"Kita telah ada senarai nama yang baru dan kita akan mengisi kekosongan yang ada"

“Pentadbiran Pas Selangor tidak terjejas dengan perkembangan ini dan kita dapat menangani isu ini tanpa sebarang masalah,” katanya.

4 comments:

  1. tak kisah ahli pas berapa ramai yg keluar parti pun tapi pas tunggu hingga pru14 nanti baru tahu berapa ramai ahli pas dan berapa kerusi pas boleh dapat di selangor,zaman hj mohsinon jadi pj dan sebelumnya dan sehingga di pegsang oleh ustaz hasan syukri,pas tak pernah menag walau pun satu kerusi diselangor,pas menang banyak kerusi pada pru 2008 dan 2013 pun atas sokongan pengundi bukan melayu yg mernyokong pakatan,tunggu dan lihat le apa yg pas dapat di selangor nasnti.......mintak2 iskasndar abd samad panjang umur hingga dapat jumpa pru14.......klu ada umur sama2 lihat le ye

    ReplyDelete
  2. Kesian pada kau.Ada juga AM dalam Pas ni ,ingatkan dalam Umno je ada AM

    ReplyDelete
  3. Nk nafi gak lg tuu..blh ke ko tipu diri sdri..jgn malu mngaku je la..

    ReplyDelete
  4. Mungkin betul juga kata encik mamat ni sebab ahli-ahli PAS pun bukannya ramai di Selangor. Yang ramai ialah orang yang menyokong. Sebagai contoh dijalan rumah saya mungkin ada 4 atau 5 rumah sahaja yang penghuni-penghuni menjadi ahli-ahli PAS, tetapi yang menyokong PAS mungkin lebih dari 15 rumah. 15 rumah nilah yang perlu dijaga oleh PAS kalau nak hidup lama!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa