Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 11, 2015

Berita gembira buat PAS: 'Jebon' dan 'Barua' di Shah Alam melarikan diri!

13 AJK Pemuda PAS Shah Alam letak jawatan, ada cawangan bakal terbubar 
Published: 11 August 2015 3:23 PM
Bekas naib ketua Pemuda PAS Shah Alam Abbas Salimmi Adzmi bercakap pada sidang media di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 11 Ogos, 2015.

Seramai 13 ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Shah Alam hari ini mengumumkan peletakan jawatan mereka di peringkat kawasan selepas parti Islam itu kini dilihat lebih eksklusif selepas pemilihan Jun lalu.
Bekas naib ketua Pemuda PAS kawasan Abbas Salimmi Adzmi berkata, peletakan jawatan mereka bermula semalam dan lebih ramai Pemuda Shah Alam akan mengambil tindakan sama.
"Kami mengambil keputusan ini berdasarkan suara di peringkat cawangan dan kami lihat kami menang pemilihan lalu pun dengan undi yang agak besar.
"Yang keluar ini pun dapat undi besar dan agak selesa. Jadi kita beranggapan akan berlaku lagi peletakan jawatan atau mungkin pembubaran Pemuda PAS Cawangan di sekitar Shah Alam," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, Selangor petang ini.
Abbas berkata antara sebab peletakan jawatan mereka adalah kerana kerjasama di peringkat kawasan di kalangan Pemuda negeri semakin longgar.
Katanya, mereka masih lagi merupakan ahli PAS dan akan bergerak sebagai ahli biasa mengikut perlembagaan parti. 
“Tiada niat antara kami untuk memboikot atau dengan tindakan kami ini untuk memalukan mana mana pihak. 
“Peletakan jawatan kami ini boleh juga dianggap sebagai satu pengorbanan kami bagi melihat kesinambungan perjuangan Pemuda PAS selari dengan 'uslub' yang dibawa oleh kepimpinan baharu.
“Keputusan yang kami ambil ini adalah dengan kerelaan sendiri tanpa paksaan atau ugutan dari mana-mana pihak sama ada di dalam atau luar parti,” katanya. 
Ditanya sama ada akan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai platform baru, Abbas berkata: “Kita akan mencari satu wadah yang bersesuaian dengan fikrah kami iaitu berlandaskan Islam dan GHB adalah salah satu daripada wadah yang akan difikirkan.”
Bekas Ketua Pemuda PAS Melaka Jauhar Mohd Dawi hari ini mengisytiharkan keluar daripada parti itu dan menyertai (GHB).
Timbalan Koordinator GHB Negeri Melaka itu berkata tindakannya keluar PAS kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti dipilih pada muktamar lepas yang disifatkannya tersasar daripada perjuangan asal Pakatan Rakyat (PR).
"Banyak isu (dalam PAS) tentang fitnah memfitnah dan melabel, serta dalam pemilihan baru-baru ini suatu pemilihan yang tidak begitu baik. Politik dibawa pimpinan baharu ini lari daripada muktamar untuk mengukuhkan PR.
"Saya rasa amat kecewa dan perlu pergi kepada Harapan Baru (GHB) kerana mereka membawa satu model yang baik, ini suatu gerakan Islam juga," katanya seperti dilaporkan Bernama. – 11 Ogos, 2015.

8 comments:

  1. Ini tanda2 jelas pas akan mendapat 2/3 majoriti undi pada pru14 nanti. Presiden bolehlah bersedia dari sekarang utk menjadi pm malaysia yg seterusnya.

    Dlm mimpi rupanya....

    ReplyDelete
  2. Presideng terbodo di abad ini akan kata, "Pas itiqamah sehingga menang, PAS hanya mengharap redha Allah dan bukannya sokongan ahli dan rakyat, PAS bertanding PRU bukannya mahu menang tetapi untuk tegakkan Islang, PAS sedang dalam proses pembersihan - tolak liberal dan profesional dan yang tinggal lebai bodo yang otak tak masuk oksigen, lebai hidung tinggi yang hanya tahu menambah bini dan asyik bertukar kereta mewah. Tak kan Presideng PAS dan Musyidul Alam Jin pun kena "Nasi Kangkang" Kak Mah juga?

    ReplyDelete



  3. Biarkan sisiku dan lutot terus kekal istiqomah

    Biarkan mrk terus solat hajat tamrin dan usrah dgn 'murabi'

    'Murabi' u-turn konar putar PONTENG langgar FITNAH yg sgt glamor ddonia

    'Murabi' yg mintak saksi ddlm korup 42b 1'mdb trhd ssumpah

    'Murabi' yg dpuji ssumpah yg mngharamjadah umah


    'Murabi' hebat yg acap kali brehat nun kat London..jgn jealous doang!

    ReplyDelete



  4. Biarkan sisiku dan lutot terus kekal istiqomah

    Biarkan mrk terus solat hajat tamrin dan usrah dgn 'murabi'

    'Murabi' u-turn konar putar PONTENG langgar FITNAH yg sgt glamor ddonia

    'Murabi' yg mintak saksi ddlm korup 42b 1'mdb trhd ssumpah

    'Murabi' yg dpuji ssumpah yg mngharamjadah umah


    'Murabi' hebat yg acap kali brehat nun kat London..jgn jealous doang!

    ReplyDelete
  5. ulamak barua dlm pas dah boleh lelap tidor sbb jebon dah pi bertapa di puncak gunung ledang

    ReplyDelete
  6. Makbul doa wakil wilayah persekutuan masa muktamar di johor dulu rupanya. OK la lebai2 dan Jing2, selamat berjuang dan istiqomah!

    ReplyDelete
  7. Apa punya lebai la !

    Sokong manusia fasad kemudian mohon redha Allah .

    'Aa'uzubillah min zalik !

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa