Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 1, 2015

BH putar belit kenyataan Hadi?

Nafi berita Presiden PAS disiarkan Berita Harian
HARAKAHDAILY | 31 Julai 2015.

TAJUK berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan.

Presiden PAS menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi. PAS akan menelitinya.

Bagaimana pula ia telah dispin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggah dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS. Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah.

Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.

Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.

Disertakan pautan temuramah tersebut:

Watch "UNDI TIDAK PERCAYA ADALAH PROSES DEMOKRASI" on YouTube - https://youtu.be/FrtduqAGCBU

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015

3 comments:

  1. Aiik...bela mcmana pun dah tau tghh kaki belit & uturn. Kalo tak masakanDS Najib bapa pada pembelit bole puji...
    Alahai..tghh ni mngada gada pulak.! Sronok letew kena puji...tak payah tungu bila mati baru nk kena puji...

    ReplyDelete
  2. TOLOL bukan se orang tapi Juta Juta

    Salam 1 TOLOL

    ReplyDelete
  3. Abe

    Buat apa nak salahkan BH atau Utusan. Bukannya xtau perangai depa. Sebab itu satu masa dulu arwah TGNA xmau beri stat3ment kat kedua akhbar ini.

    Kalau nak salahkan sesiapa salahkan TGHH kerana walaupun dah 30 tahun diarus perdana politik, sudah berpuluh-puluh kali kena belit dengan kedua akhbar ini, tak serik-serik. Pantang ditanya soalan dan disua mikropon, mulut jadi xder insuran, secara otomatik keluar aje kenyataan.

    Bukan aje TGHH, kebanyakan lebai dalam PAS begitu. Seringkali bila nak hentam rakan pakatan atau nak bangkitkan isu yg boleh menimbulkan masaalah kepada Pakatan dulu-dulu, kedua2 akhbar inilah yang mereka guna. Time tu xtimbul masaalah kedua akhbar ini suka memutarbelit kenyataan depa. Tengok s3masa kempen sebelum dan selepas pemilihan jun lepas, kedua akhbar inilah mereka guna untuk h3ntam rakan-rakan separti yg mereka hendak sembelih dalam pemilihan lepas.

    Time kena putarbelit baru naik angin t3tapi time yang menguntungkan puak lebai2 ni, tak pula ingat. Alahai lebai....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa