Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 12, 2015

MH370: Pulak!.......dah jadi keliru ker merapu?

Penemuan di Maldives bukan dari MH370
UPDATED: Aug 11, 2015 02:13pm
Objek yang didakwa sebagai serpihan pesawat MH370 ditemui di Maldives. Foto www.haveeru.com.mv

KUALA LUMPUR, 11 Ogos:
Serpihan pesawat yang didakwa dikumpulkan penduduk di Maldives seolah-olah panel dinding dari kapal besar yang karam pada Februari lalu.
Kaptennya, Abdulla Rasheed memberitahu laman berita dalam talian, Haveeru bahawa 4,000 unit kebanyakan panel dinding dibawa ke resort baru di Raa Atoll apabila kapal besar itu karam pada 10 Februari lalu.
“Daripada gambar penemuan serpihan pesawat di kebanyakan tempat di pulau itu, saya hampir pasti untuk mengatakan bahawa penemuan itu dari kargo yang kami bawa,” katanya sebagai memetik laporan news.com.au.
Malaysia secara rasmi sudah meminta Maldives memberikan bantuan dalam usaha pencarian serpihan pesawat daripada MH370 susulan laporan penemuan barang yang belum dapat dipastikan lagi.
Serpihan pesawat disimpan di gudang untuk diuji pegawai dari Malaysia bagi menentukan samada ia dari MH370.
News.com.au dipetik melaporkan pakar menegaskan tidak mungkin serpihan pesawat MH370 boleh terdampar di Maldives, jika flaperon yang ditemui di Pulau Reunion Island adalah daripada pesawat yang hilang itu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Malaysia sudah dimaklumkan secara rasmi oleh pihak berkuasa di Maldives mengenai penemuan objek terbabit, yang ketulenannya masih belum dapat disahihkan.
“Kami akan menghantar satu pasukan ke Maldives untuk melihat serpihan pesawat selain menjalankan pengesahan awal terhadapnya,” katanya dalam satu kenyataan.
“Pada peringkat ini, adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi samada serpihan pesawat ada hubung kait dengan MH370,” kata Liow.
Pakar Oseanagrafi Pantai Universiti Australia Barat, Prof Charitha Pattiaratchi berkata adalah mustahil untuk serpihan pesawat untuk hanyut di kawasan terbabit.
“Jika serpihan pesawat berasal dari tempat yang kita perkatakan di selatan hemisfera, tiada satu pun sebenarnya boleh hanyut ke utara.
“Ia tidak boleh merentasi hemisfera kerana keadaan semasa dan angin,” kata Prof Pattiaratchi seperti yang dilaporkan news.com.au.
Penerbangan Malaysian Airlines Boeing 777-200ER dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal.
Prof Pattiaratchi berkata, sukar untuk menjelaskan bagaimana serpihan pesawat dari MH370 boleh muncul di Pulau Reunion dan juga Maldives.
“Ia menjadi teka-teki besar menemui objek di Reunion dan juga Maldives. Ia boleh jadi bukan berasal dari MH370 dalam kedua-dua kes,” katanya.
Beliau berkata , kawasan berkenaan adalah lokasi pencarian Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Pihak berkuasa Perancis meneruskan pencarian laut, darat dan udara sekitar Pulau Reunion Island, dengan harapan menemui lebih banyak serpihan pesawat dari MH370

2 comments:

  1. makan angin lagi..hari itu gi reunion island, ini nak pi maldives..hehehehe sampai bila nak kena klentong ngan bini mahBadak

    ReplyDelete
  2. Hi, everything is going fine here and ofcourse every one is
    sharing facts, that's truly excellent, keep up writing.



    my web blog: Black Diamond Serum

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa