Dr M: Tak semestinya Zahid ganti Najib
mk - 6:27PM - 10 Aug 2015
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hanya Umno yang boleh menentukan pengganti Datuk Seri Najib Razak jika perdana menteri itu terpaksa berundur dari jawatan tersebut kelak.
Katanya, tidak semestinya jawatan itu secara automatik akan diisi oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, walau menteri dalam negeri itu kini dilantik ke jawatan timbalan perdana menteri.
Tegasnya, jawatan timbalan presiden Umno masih lagi diisi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menurutnya tidak melakukan apa-apa kesalahan.
“Itu untuk Umno putuskan, bukan Zahid Hamidi sahaja putuskan atau Najib. Sebab, Umno ada timbalan presiden yang dipilih.
Zahid Hamidi bukan timbalan presiden yang dipilih,” katanya kepada pemberita petang ini.
Menurutnya, keadaan pada masa ini berbeza dengan keadaan pada 1998 apabila beliau memecat timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Kabinet dan juga daripada jawatan parti.
“Dulu, macam Anwar, kita tahu sebab dia dipecat. Ini, saya tak nampak yang Tan Sri Muhyiddin buat salah.
"Dia nak minta terangkan sahaja, takkanlah tidak boleh tegur (Najib),” katanya lagi.
Secara lazimnya, jawatan timbalan perdana menteri akan diisi oleh timbalan presiden Umno, selaku parti paling dominan dalam BN.
Seterusnya, Mahathir berkata, anggota Umno sendiri tidak berpuas hati dengan pentadbiran Najib tetapi perdana menteri itu enggan berundur.
"Sekarang ini saya dengar cakap orang Umno sendiri, mereka tidak puas hati dengan kepimpinan Najib dan minta (perdana menteri) berundur tetapi dia tidak mahu.
"Malah Najib bagi duit kepada semua orang sebab tak mahu berundur. Itu salah," katanya.
Majoriti UMNO masih sokong Najib. Najib bukan buat salah pun, tapi dia difitnah.
ReplyDeleteUndur la Najib
ReplyDeleteRakyat semua dah tahu perbuatan kamu tu salah di sisi undang2.
Tak payah nak berselindung disebalik kerakusan kuasa kamu.
Kamu menangkap org yg melapur
Kamu menyah orang yg menegur
Kamu mengugut orang yg menyiasat
Kamu menipu org yg berilmu
Kamu membodohkan orang yg pandai
Apa lagi kamu nak buat hahhhh..
Undur saja lah Najib
Ha ha ha. Ada lagi yg percaya Najib tak buat salah tapi difitnah...
ReplyDeleteMat bahalol la...mana faham..salah benar...huhu ada lagi
ReplyDeleteNajib kena buat syarat untuk berundur letak jawatan dengan menentukan siapa pengantinya. Siapa lagi kalau bukan Rosmah lah !
ReplyDelete