OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 9 August 2015 5:16 PM
Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ciri-ciri yang dimahukan Datuk Seri Najib Razak ada padanya, tetapi kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 9 Ogos, 2015.
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempersoalkan tindakan Datuk Seri Najib Razak menggugurkannya sebagai timbalan perdana menteri kerana segala teguran yang diberikan kepada perdana menteri dilakukan secara berhemah.
Timbalan presiden Umno itu berkata ciri-ciri yang dimahukan Najib ada padanya namun kerana terlalu banyak mempersoalkan mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB), beliau digugurkan.
"Kalau sesiapa pun boleh mengemukakan pandangan, berentap meja pun boleh. Cuba tanya presiden parti, pernah tidak saya berentap meja di hadapan beliau. Saya ini kan berhemah, gaya pun macam bodoh je.
"Mana ada hentak meja, mengangkat suara pun tidak ada. Beri pandangan secara berhemah. Salah? Habis kenapa gugurkan saya?
"Tidak apa prerogatif perdana menteri. Dia tidak suka tidak apa. Kita hormat," katanya sewaktu berucap merasmikan mesyuarat pemuda Umno Petaling Jaya Utara petang ini. – 9 Ogos, 2015.
tak hentak meja tak angkat suara pun kena buang
ReplyDeletelebih baik angkat meja
dulu hang nadim kena bunuh pasai pembesar dengki
akan pintarnya budak itu
lani hang din kena pecat pasai hang tak kuat
omno omno apa dah kono
lebih baik dengar lagu apako
lepas tu makan asamko
Idup DAP
ReplyDeleteYang hentak meja dulu ada maruah. Dia kena jugak diminta letak jawatan tapi kerana dia ada maruah, dia berani hentak meja. Tapi Muhyiddin tak pasal-pasal kena pecat tapi masih dengan gaya bodoh (tak bermaruah).
ReplyDeleteAda Muhyiddin istihar lawan. Tak ada.
Ada Muhyiddin cakap pantang saya berundur. Tak ada.
Balik-balik cakap Najib kuasa melantik dan memecat. Dia juga cakap saya terima keputusan tapi sekarang ungkit. Sekarang nak lawan Najib atau tidak ??