Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 10, 2015

Najib: Tuan Ibrahim dan Hadi bercanggah?

Najib bercutilah – Timb. Presiden PAS
PUBLISHED: Aug 10, 2015 08:42am
Tuan Ibrahim mempersoalkan siapakah yang sedang mentadbir negara ketika semua ahli Kabinet termasuk Timbalan Perdana Menteri baru sibuk terlibat mempertahankan Najib dalam keadaan ringgit terus jatuh. Foto fail TRP

KUALA LUMPUR, 10 Ogos:
Datuk Seri Najib Razak disarankan bercuti dan menunaikan umrah bagi memberi ruang kepada semua pihak menumpukan tugas masing-masing, sebelum kembali fokus kepada tugas mentadbir negara dan meyakinkan kembali pelabur dalam usaha menyelamatkan ringgit.

Cadangan itu diutarakan Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man yang meminta Perdana Menteri dan barisan Kabinet kembali ke landasan sebenar – mengutamakan rakyat dan negara.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak kembali melaksanakan tugas masing-masing tanpa gangguan yang disifatkan sebagai `tidak perlu’.

“Malah tindakan ini dapat membantu siasatan terhadap 1MDB (1Malaysia Development Berhad) diselesaikan, dan nama Najib boleh dibersihkan dengan lebih cepat memandangkan beliau yakin beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Tindakan Najib mengumumkan bagi pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bahawa SPRM telah membersihkan beliau daripada tuduhan rasuah bukanlah cara untuk memperbaiki keyakinan rakyat dan pelabur terhadap integriti beliau sebagai seorang yang amanah dan bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, ketika ini, pemimpin nombor satu negara itu kelihatan sibuk menyelamatkan diri di dalam Umno berhubung isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun beliau, yang seolah-olah tidak diketahui sesiapa melainkan beliau.

Katanya, Najib bukan sekadar terpaksa menjawab persoalan yang dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Shafie Apdal dan Khairy Jamaluddin, malah beliau disibukkan dengan tuduhan mengganggu siasatan terhadap 1MDB hasil daripada penangguhan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) serta tindakan polis terhadap beberapa pegawai SPRM.

“Persoalan kini timbul apakah Najib masih mempunyai masa untuk mentadbir negara, mengembalikan keyakinan pelabur dan paling penting menyelamatkan nilai ringgit?

“Siapakah yang sedang mentadbir negara sekarang kerana ahli-ahli kabinet yang lain selain Khairy, termasuk Timbalan Perdana Menteri yang baru sibuk terlibat dalam kerja mempertahankan Najib dalam keadaan ringgit terus jatuh?” soal Tuan Ibrahim lagi. - sumber

4 comments:

  1. mrk ni mcm filem detektif holiwud la. ada good cop dan bad cop. hadi jadi bad cop, buat kecoh utk test market. kalau ada sambutan boleh teruskan. kalau kena hentam, tugas titm jadi good cop for damage control.

    ada blogger kata titm ni buat master psikologi di UM. so kalau dah pakar saiko org, kite kena hati2 lah.

    ingatlah bhw titm bersama geng ostad ug main air di tasik kenyir sms pas perak ada bersidang.

    ReplyDelete
  2. Tiga ekoq pasno, dengar boleh percaya jangan iaitu titm geng ostad main air tasik kenyir, haruang jin x lojik derma masok akaun dan tuang jepung degar2 hudud tapi bentang kat negara jepung.ada makna kalau pok jib puji.

    ReplyDelete
  3. Ketiga-tiga pemimpin PAScai ini kuat sifat Munafik-nya sehingga tiada kasih dan sinar majoriti rakyat terhadap mereka. Sifat mereka ini lebih teruk dari golongan Kafir kerana berjaya memburukkan reputasi Islam di mata orang-orang bukan Islam. Buktinya, manusia Munafik akan dihumban ke Neraka Wil, iaitu neraka paling dalam (lebih dalam dari Neraka Jahanam yang menempatkan orang-orang Kafir). Mungkin Harun Jin dan Adi Awe tidak percaya apa yang mereka sering ajar dan hukumkan kepada kebanyakkan ahli parti sehinggakan mereka sendiri yang terlupa apa yang ajarkan (harta, wang dan keluarga telah membutakan mata mereka yang mengharapkan usia dipanjangkan Allah SWT sehingga 200 tahun lagi barangkali?)

    ReplyDelete
  4. Bro.....
    Nur Jazlan & the gang tengah siasat 1MDB......
    Tetiba najib OFFER Nur Jazlan & the gang JAWATAN TIMBALAN MENTERI........
    Definasi SPRM tentang OFFER Najib tu macam mana bro ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa