Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 17, 2015

"You are fired!": Mengalahkan persembahan kartun!

Nak tahu kenapa Peguam Negara di pecat...
MONDAY, AUGUST 17, 2015

Hari tu Najib bagi tahu rakyat, mantan Peguam Negara, Gani Patail dipecat atas alasan kesihatan .... kawan tu tinggal sebulan sahaja lagi untuk bersara...Kena pecat mengejut gitu sahaja.

Tak ada majlis meraikan sebagaimana lazimnya 'Jasa Mu Dikenang....Gani Patail dimalukan dengan pemakluman khidmatnya ditamatkan ketika beliau datang ke pejabatnya untuk bertugas seperti biasa.... 

Setiausaha Negara Ali Hamsah siap menunggu diluar pintu pejabat dan melarangnya dari masuk. Ungkapan popular oleh Donald Trump dan Tony Fernandes dalam siri teevee 'The Apprentice Worldwide' suatu ketika dulu seolah-olah dilakonkan semula secara live oleh Ali Hamsah : 
"You are fired!" katanya kepada Gani Patail yang terpinga-pinga sebab dia sendiri pun tidak tahu kenapa!

Tapi hari ini, mantan Peguam Negara, Gani Patail harus tahu kenapa beliau kena pecat.

Boss operasi Khas SPRM, Datuk Bahri Mohamad Zin dan pegawai-pegawainya juga harus tahu kenapa mereka disoalsiasat, pejabat dan rumah mereka kena geledah malah ada yg kena tukar seketika....

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman Dahlan mengatakan pemecatan Gani Patail adalah kerana  Gani terlibat dengan pasukan petugas yang menyiasat wang RM2.6 billion yang dimasukan ke akaun peribadi Najib.

Rahman kata, "tidah sah!" Woit! Hanya kerana tidak sah maka Gani kena pecat dengan cara yang memalukan, begitu ker?

Hanya kerana "tidak sah" 7 pegawai tinggi SPRM kena soal siasat, kena geledah dan kena tukar ?? Woit! Apa pelik sangat cerita ni??

Kalau ikut pendedahan Sarawak Report , Shahril Samad boleh RM1juta, Ahmad Maslan boleh ke dia RM2juta..... mamat ni dah dapat berapa juta agaknya?? Kuat sangat gosoknya sampai melecet ...!!! Cer baca berita berikut :

Pengarah Komunikasi Strategik BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menyifatkan pasukan petugas khas untuk menyiasat dakwaan wang RM2.6 bilion didepositkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah "tidak sah".

"Sejak awal, pasukan khas itu ditubuhkan secara tidak sah. Mereka tidak sepatutnya menyiasat perdana menteri atau mana-mana individu berkaitan hal itu.

"Pasukan khas asal ditubuhkan bagi melihat keseluruhan polisi sistem perbankan seperti pengubahan wang haram, aliran dana haram, pengurup wang yang menggunakan cara yang haram untuk memindahkan wang dari dalam dan luar negara, transaksi wang secara haram melibatkan pengganas dan penjualan dadah serta kelemahan yang ada di dalam sistem.

"Ini adalah sebab kenapa peguam negara, Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) dan polis terlibat," katanya dalam wawancara dengan The Star Online

Selain itu, Abdul Rahman berkata, peguam negara tidak sepatutnya terlibat dalam penyiasatan itu demi memastikan pengasingan kuasa.

Pasukan petugas khas itu dibubarkan dengan serta merta selepas Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah dipecat daripada jawatan tersebut dan diganti dengan Datuk Seri Mohamed Apandi Ali.

Walaupun pembubaran pasukan petugas khas itu, Abdul Rahman, yang juga menteri kabinet menegaskan bahawa siasatan masih boleh diteruskan. 

- bawa balik dari sini

5 comments:

  1. Rahman dahlan :
    Bila biawak berkata kata..

    ReplyDelete
  2. macam biasa akau nak mencarut..tapi aku tahan.....dulu masa aku kerja..orang nak bagi hamper makanan tak berkhsiat pun aku takut nak ambil sebab dia di kira rasuah...ni 2.6 billion ma....mmg nk mencarut ni...apa kata sedekah kat aku sikit utuk settlekan hutang PTPTN anak aku je....mmg nk mencarut ni...astagfirullah halazimmm,,,,aku tahan aku tahan nak mencarut...

    ReplyDelete
  3. Allah Maha Mengatuhi itulah karma hidup sebagai hambaNya,tugas ketua peguam negar untyuk mendakwa pesalah dengan kes yang benar tapi apa yang kita lihat dan saksikan adalah nsebaliknya yang berlaku,peristiwa tidak akan pernah dilukan oleh sejarah,kita imbas kembali ketua peguam negara yang lepas bagaimana setelah pendakwaan dilakukan terhadap pesalah-pesalah yang tidak jelas pertuduhan mereka akhirnya jatuh sakit sebaik saja bersara dan kini sejarah berulang tapi belum sakit telah ditamatkan jawatan dan kita juga akan melihat bapa-bapa menteri yang telah mengaku menerima duit rasuah yang konon dipinda menjadi derma atau hadiah oleh yang memberi seperti penyokong meja llah.Do'a dsari orang yang dizalimi amat didengari Allah amin!!!!!.

    ReplyDelete
  4. Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak dan Puad Zakashi...depa ni yg tukang jawap bila ada masalah. Tuan yg empunya badan a.k.a Najib diam membisu je. Ini 3 ekor three stooges barua besar Najib.

    ReplyDelete
  5. sabo bang!

    Tapi aku rasa setiap hari dia memang kena makan carut org!

    Malaysia darul bole!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa