Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 17, 2016

Adakah Amaricans akan memilih Presiden yang merapu berminda dunia ketiga?

Clinton terlalu bertenaga, dicabar Trump jalani ujian dadah 
AFP | Diterjemahkan olehMadiha Abdullah  Oktober 16, 2016 11:26 MYT
Clinton terlalu bertenaga, dicabar Trump jalani ujian dadah
Dakwaan itu dilihat sebagai usaha terdesak Trump, menghampiri minggu-minggu terakhir sebelum pilihan raya. - Gambar fail
PORTSMOUTH: Calon Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump telah mencabar pesaingnya, Hilary Clinton, agar melakukan ujian dadah sebelum sesi debat berikutnya kerana beliau mendakwa Clinton nampak ‘bertenaga’ dalam sesi debat baru-baru ini.

Calon Parti Republikan itu turut mendakwa media turut sama bersubahat untuk memastikan kempennya dipalit kontroversi dan kekecohan.

Trump sebelum ini menjadikan isu Clinton yang jatuh sakit akibat pneumonia bulan lalu sebagai alasan bahawa wanita itu tidak layak menjadi presiden.

Dalam dakwaan terbaharu itu, Trump berkata Clinton mungkin ada mengambil dadah dan meminta satu ujian dadah dilakukan sebelum sesi debat terakhir Rabu ini di Las Vegas.

“Di permulaan sesi, dia kelihatan sangat bertenaga. Tetapi selepas ia berakhir, dia sangat penat dan hampir tidak boleh sampai ke kereta,” kata Trump.

Dakwaan itu dilihat sebagai usaha terdesak Trump, menghampiri minggu-minggu terakhir sebelum pilihan raya.

Setakat ini, 10 wanita telah membuat pengakuan menjadi mangsa serangan seksual dari jutawan hartanah itu.

Trump menafikan semua dakwaan tersebut, sebaliknya memberitahu dia sangat menghormati wanita.
Presiden Barack Obama dan isterinya, Michelle, dalam satu perhimpunan pada Jumaat memberi amaran, sistem demokrasi bakal tergugat dalam pilihan raya yang akan berlangsung bulan depan itu.

“Jika dia (Trump) kalah dalam pilihan raya, dia akan menyalahkan sistem demokrasi dan pemilihan, bukan kerana apa yang dia telah katakan dan lakukan,” ujar Obama.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa