Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 17, 2016

Batu yang dibaling terkena muka sendiri......

Najib punca sebenar ketegangan kaum semakin teruk, selar Muhyiddin

  | October 16, 2016
Jika Najib benar-benar prihatin tentang masalah hubungan kaum beliau sepatutnya mengarahkan Jamal dan kumpulan Baju Merah berhenti membuat provokasi.
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata sokongan tersirat perdana menteri terhadap gerakan Baju Merah merupakan antara sebab hubungan antara kaum di negara ini semakin tegang.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata demikian mengulas dakwaan Datuk Seri Najib Razak beberapa hari lepas dalam blog rasminya www.najibrazak.com yang menuduh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca ketegangan kaum yang semakin memburuk.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan beliau hari ini, dakwaan Najib itu tidak lebih daripada cerita karut politik untuk menimbulkan ketakutan dalam hati dan minda orang Melayu untuk mengundi parti selain Umno.
“Tidakkah Najib sedar hubungan kaum di negara ini yang kelihatan semakin tegang dan berada di paras paling rendah pada waktu ini adalah disebabkan sokongan tersirat beliau terhadap gerakan rasis dan biadab kumpulan Baju Merah yang diketuai Jamal Yunos?” kata beliau.
Minggu lalu, Gerakan Baju Merah bertembung dengan konvoi Bersih di beberapa lokasi, termasuk di Teluk Intan menyebabkan pergaduhan tercetus antara penyokong Bersih dan Baju Merah, manakala ribuan penyokong berkumpul di Gurney Drive sebagai tanda bantahan terhadap perhimpunan Bersih 5.
Menurut beliau, jika Najib benar-benar prihatin tentang masalah hubungan kaum di Malaysia, beliau sepatutnya mengarahkan Jamal dan kumpulan Baju Merah berhenti daripada membuat provokasi dan serangan terhadap peserta jelajah Bersih.
“Rakyat tahu dan sedar siapa sebenarnya yang sedang berpaut pada dahan politik perkauman yang rapuh semata-mata untuk kekal berkuasa. Najib, rakyat sedang memerhati gerak-geri anda dan masa anda sebenarnya semakin suntuk,” kata beliau.
Muhyiddin turut menyelar Najib kerana membiarkan kumpulan Baju Merah bermaharajalela sebagai satu cara kekal berkuasa dan tidak pernah mengecam kumpulan itu yang secara terang-terangan.
“PPBM menghormati Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan asas hubungan kaum yang baik sebagai tunjang fabrik sosial negara ini. Kami menyelar naratif BN yang rakyat perlu memilih antara sebuah kerajaan BN yang dipimpin Umno atau pembangkang, yang tersirat di dalamnya satu konotasi perkauman yang amat memualkan,” katanya.
Pautan:
Katanya, ancaman kali pertama berlaku pada 1998 dan yang kedua pada masa sekarang, malah kedua-dua individu itu kini sudah dilihat saling bersalaman.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa