Minta-minta begitulah juga yang akan terjadi nanti akibat dari kebodohan pemimpin UMNO sendiri!
Sunday, 2 October 2016
WOWW...ADA TUGAS BARU BAKAL MENANTI UNTUK GERAKAN BAJU MERAH!!
Barangkali ramai antara kita sudah membaca berita atau menonton video melalui media sosial mengenai pertembungan antara Bersih 5 dengan Gerakan Baju Merah di Perak semalam.
Peserta jelajah Bersih yang bergerak secara aman cuba dihalang oleh Gerakan Baju Merah melalui aksi "ala samseng" dan "cuba cari gaduh" dengan mereka.
Tidak pernah berlaku di bawah mana-mana Presiden UMNO atau Perdana Menteri sebelum ini, wujud apa yang berlaku seperti semalam. Lebih-lebih, Gerakan Baju Merah ini diketahui oleh seorang Ketua UMNO Bahagian, sebuah parti yang sedang menguasai kerajaan.
Sebelum ini, jika ada pihak-pihak tertentu yang ingin mengadakan demo, jelajah atau apa-apa yang berbentuk perhimpunan awam, pihak polislah yang bertanggungjawab menanganinya. Tetapi, sekarang ini Baju Merahlah yang lebih ke depan.
Inilah salah satu kehebatan atau ciri wassatiyah yang telah berjaya diserapkan oleh kepimpinan Najib Razak. Kumpulan Baju Merah ini dikhabarkan bukan saja ada di setiap negeri, malah sudah meresap ke ceruk-ceruk kampung di seluruh negara.
Dengar khabarnya juga, oleh kerana gerun dengan kehebatan Kumpulan Baju Merah itu, siri jelajah Bersih 5 yang banyak dirancang seterusnya di tempat-tenpat lain bakal dibatalkan sama sekali. Tidak ada lagi yang berani terlibat dengan jelajah tersebut, malah ramai yang menggigil ketakutan selepas insiden semalam.
Kemungkinan juga, disebabkan penangan Gerakan Baju Merah yang menakutkan dan sekaligus menjadi kebanggaan UMNO serta Najib itu, perhimpunan Bersih 5 pada 19 November depan tidak akan berlangsung seperti yang dirancang.
Seterusnya, turut menjadi perkhabaran ialah semua yang terlibat dalam Perhimpunan Bersih 5, termasuk pemimpin parti-parti pembangkang, akan turut melakukan "pusingan U" dan ikrar taat setia mengumumkan sokongan tidak berbelah bagi kepada kerajaan dalam sehari dua ini.
Mereka kini dikatakan sedang mencari tarikh yang sesuai yang mengumumkan secara terbuka sokongan tidak berbelah bagi itu.
Kini mereka sedar bahawa Gerakan Baju Merah, melalui aksi "ala samseng" dan "cari gaduhnya" itu, sudah berjaya mewujudkan keamanan dan kestabilan dalam negara. Semua isu berbangkit mengenai pilihanraya tidak berbangkit lagi.
Tetapi, dengan tiada lagi Bersih 5 atau sebarang perhimpunan awam selepas ini, ia tentunya akan menyebabkan Gerakan Baju Merah tidak lagi mempunyai peranan. Ibaratnya, mereka kini sudah tidak ada kerja lagi.
Jika dulu, mereka selalu dapat baju T percuma berhelai-helai, elaun harian jila ada tugasan, makan percuma, duit minyak dan lain-lain, semua itu akan berakhir selepas ini.
Najib mahupun UMNO juga tidak lagi memerlukan mereka. Apabila semuanya aman dan tiada gangguan, tiadalah juga keperluan Gerakan Baju Merah itu.
Namun sebagai pemimpin yang bertanggungjawab, Najib dikatakan akan memberikan tugas baru dengan mencadangkan agar Gerakan Baju Merah ditugaskan menjaga perairan Sabah untuk berdepan dengan lanun-lanun Abu Sayyaf yang tidak henti-henti melakukan penculikan di negeri tersebut.
Berdasarkan kecemerlangan yang ditunjukkan, diyakini Gerakan Baju Merah mampu berhadapan dengan lanun-lanun itu walaupun tanpa dibekalkan dengan senjata moden atau peralatan yang canggih-canggih. Sesuai dengan tugas baru itu, pemimpin Gerakan Baju Merah turut diberikan kedudukan bertaraf menteri statusnya.
Cadangan tersebut difahamkan adalah antara yang bakal dibentangkan oleh Najib dalam Belanjawan 2017 pada penghujung Oktober nanti. (SH 02/09/2016) - sumber

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa