Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 2, 2016

Ezam keluar UMNO kerana bantah OSA?

Nanti kamu pula diOSAkan

Sunday, 2 October 2016
EZAM UMUM KELUAR UMNO

Berikut ialah kenyataan penuh Ezam Mohd Nor yang dipetik daripada laman Facebook miliknya. Beliau ialah bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim dan Ketua Angkatan Muda PKR, sebelum kemudian menyertai semula UMNO. Di bawah kepimpinan Najib Razak, beliau pernah dilantik sebagai Senator dan Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan. (SH 02/10/2016).


1.Hari ini 1 Muharam 1438H saya membuat keputusan untuk tidak lagi bersama parti UMNO. 

2.Enam bulan lalu saya telah membuat keputusan menamatkan perkhidmatan saya di Kem Kewangan, satu tahun lebih awal dari tarikh tamat tempoh kontrak perkhidmatan saya yang sepatutnya berakhir 1April 2017.

3.Saya membuat keputusan sukar ini demi mempertahankan prinsip saya berjuang demi melakukan perubahan (islah) sedaya upaya saya.

4.Keputusan saya sertai semula parti UMNO pada Mei 2008 atas prinsip yg sama.Saya mendapat komitmen jelas drpd PM pada masa itu Tun Abdullah Badawi untuk melakukan perubahan besar dalam usaha memerangi rasuah dengan menggubal akta baru SPRM menggantikan akta BPR.Perubahan itu benar berlaku  sejurus slps kemasukan saya ke dalam parti UMNO dan SPRM yg lahir dari akta baru itu jauh berbeza berbanding BPR dalam banyak aspek.

5.Dua lagi akta yang menjadi tumpuan saya ialah Akta keselamatan dalam negeri ISA dan Akta rahsia rasmi OSA.Saya pernah di penjarakan di bawah kedua2 Akta ini namun yang lebih penting ialah saya percaya kedua2 Akta ini sering menjadi hambatan kpd perjuangan melawan jenayah rasuah.

6.Dalam tempoh saya menjadi Ahli Dewan Negara 2010-14  ISA dibahas dan dimansuhkan.Manakala OSA masih tiada tanda2 akan berlaku perubahan.

7.Saya tetap bersangka baik kpd kerajaan transformasi di bawah PM DS Najib dan melakukan segala usaha mempengaruhi pentadbiran melakukan perubahan khususnya OSA.

8.Apa yg berlaku adalah sebaliknya.OSA bukan shj tidak digubal tetapi digunakan atau lebih tepat lagi disalahgunakan keatas laporan PAC kes 1MDB.satu kes yang langsung tidak membabitkan soal keselamatan negara yg mewajarkan penggunaan OSA.

9.Ini adalah sejuta langkah kebelakang didalam proses transformasi yg dilaungkan menjadi teras kerajaan.Justeru saya telah membuat teguran terbuka mendesak tindakan salah ini diperbetulkan.

10.Beberapa bulan berlalu.tiada tindakan pembetulan.malah media dan beberapa kerat pemimpin digunakan memomokkan teguran saya.Dan tidak ada seorang pun pemimpin umno yg bersuara memperbetulkan keadaan.

11.Makanya saya sedar saya bukan lagi didalam satu parti dan jemaah yg serius mahu lakukan pembaharuan dan islah lebih2 lagi apabila ia menyangkut soal rasuah dan penyelewengan.

12.Walhal realiti zaman ini dan lebih penting ingatan Rasulullah SAW sendiri didalam hadis riwayat Termizi yg pertama kali saya temui dinukilkan didlm  buku tulisan Porf Hamka semasa saya dipenjara dibawah OSA menyatakan dgn jelas bahawa cabaran bagi ummat Muhammad adalah soal harta.

13.Saya tidak boleh berkompromi dlm soal ini.sebagai satu2nya warganegara yg pernah d penjara d bawah OSA saya benar2 faham setiap inci peruntukan akta dan merasa bertanggungjawab kpd negara apabila mengetahui ianya disalahgunakan untuk melindungi perasuah dan penjenayah.

14.Reformasi,Transformasi,Perubahan,Pembaharuan..apapun namanya mesti menjadikan agenda melawan rasuah sbg agenda paling utama kerana itulah realiti zaman dan itulah juga ingatan junjungan besar kita Muhammad SAW.

Hanya kepada Allah Swt saya bertawakkal.Salam Maal Hijrah.Salam perjuangan.

Mohamad Ezam Mohd Nor
1 Muharam 1438/ 2 Okt 2017.- sumber

1 comment:

  1. jgn lupa bawa sekali 6 kotak bukti yg 18 tahun tak dubuka buka ijam....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa