Monday, October 10, 2016

Haram di Selangor, di Serambi Mekah afdhal!

DI SELANGOR HARAM, DI SERAMBI MEKAH AFDHAL

Ramai sangat yg tanya tok, kenapa puak2 tok kumpulan jihad dan unit amal berduyun berdemo dan buat bantahan serta hantar memo kpd pejabat MB Selangor, tak cukup dengan itu, buat solat hajat kerana membantah penyanyi bukan Islam Serena Gomez datang menyanyi di Selangor?

Tok jawab, " Kita wajib menentang kemungkaran tak kira di mana pun, tak kira Serena Gomez tu Islam ke tidak, kita mahu selamatkan orang2 Islam meskipun Serena Gomez tak berpakaian seksi, salah tetap salah!!".  Jawab tok.

" Bagaimana pula baru2 ni di Serambi Mekah, kerajaan parti tok yg memerintah ada penyanyi muslimat yg menyanyi, bahkan ada pasangan tua muslim menggatal bersamanya, sedangkan di zaman Arwah Tok Guru dulu, penyanyi wanita diharamkan menyanyi di khalayak lelaki ramai hatta dikir barat sekalipun, tapi kenapa kerajaan Islam tok biarkan saja?".  Soal mereka lagi.

Tok dengan tenang menjawab, "  Ada pun apabila peristiwa yg sama berlaku di negeri parti tok perintah, kita ada khilaf dari segi hukumnya.  Pendapat jumhur olamak asyura parti tok berpendapat, sekiranya program itu anjuran rakan tahalluf kita yakni Amno, maka lebih afdhal dibiarkan demi perpaduan Melayu Islam.  Berbeza dengan di Selangor yg diperintah oleh Pkr dan di dalamnya ada Dap musuh ketat kita maka jelas haram persembahan itu".  Jawab tok dengan lancar.

Mereka tercengang.  "  Apa dalilnya tok?".  Soal mereka.

" Rujuk RUU Akta 355".  Jawab tok rengkas dan berlalu pergi.

FB TOK USIN UG CEROI

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa