Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 13, 2016

Ini kerja MP Melayu UMNO rupanya!

Pastu pura-pura bantah
cib**  punya orang!
Islam ke apa?
Kalau fitnah....tolong nafikan gambar ni......
Dapat lampu hijau dari siapa ek?
Politik cara "Machiavelli "- "the ends justify the means"
Landa jerlah......larangan agama atau pun tidak asalkan tujuan berhasil 

MP Umno taja parti Cina mahu buat kasino di Pulau Pinang
13 Oktober 2016 | MALAYSIA DATELINE
Zahidi bersama ahli jawatankuasa penaja PFP..

Sebuah parti Cina baru sedang memasang angan-angan untuk mengalahkan DAP dan Pakatan Harapan di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang dan turut merancang untuk menjadikan negeri itu seperti Macau dengan membina pusat judi kasino.
Lebih menarik lagi, parti Cina ini ditaja pemimpin Umno, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ahli Parlimen Padang Besar, lapor Roketkini.
Mengulas perkara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menegaskan bahawa pusat kasino adalah berlawanan dengan dasar kerajaan negeri.
“Kerajaan Negeri Pakatan Harapan telah mengambil dasar untuk mengekalkan aktiviti perjudian yang sedia ada dan tidak memperluaskan kegiatan judi baru di Pulau Pinang.
“Itulah sebabnya apabila Menteri Kewangan meluluskan lesen judi bola pada tahun 2010, Kerajaan Negeri Pulau Pinang merupakan negeri yang pertama menolak dan mengharamkannya.
“Sungguhpun begitu, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, DAP dan saya sering difitnah sebagai anti-Islam dan anti-Melayu,” ujar Guan Eng.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP justeru mendesak Umno supaya meminta maaf atas perbuatan Zahidi, apatah lagi kerana Umno sendiri menganggap partinya sebagai pembela agama.
“Mereka bukan sahaja harus meminta maaf dan mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen mereka, tetapi harus dengan serta-merta membubar parti Cina baru tajaan pemimpin Umno ini yang dikatakan telah mendapat kelulusan Pendaftaran Pertubuhan (ROS),” tegas beliau.
Rakyat Pulau Pinang katanya, mempunyai pilihan jelas antara Pakatan Harapan yang menolak pembinaan kasino judi ataupun BN khususnya Umno yang bersedia menaja parti Cina baru untuk membina kasino.
Penang Front Party (PFP) yang didaftarkan pada 9 September lalu mendakwa telah mendapat sokongan lebih 100 NGO Cina. Namun parti tersebut belum mendedahkan senarai sokongan tersebut sehingga sekarang.

1 comment:

  1. Takpa ada Penasihat Halalan Toyibban untuk UMNO... boleh diupgrade untuk penasihat BN.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa