Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 9, 2016

Islam apa yang DAP tentang?

Menolak DAP dengan hujah agama?
8 Oktober 2016 oleh Mahdzir Ibrahim
Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mendakwa parti DAP menentang Islam. Justeru, dia mencadangkan kepada PKR dan lain-lain parti agar meninggalkan DAP jika mahukan PAS bersama dengan kumpulan pembangkang.

Dengan maksud lain, parti kafir DAP ini harus ditentang dan dikeluarkan dari gabungan pakatan pembangkang. Ini adalah kata dua atau ‘ultimatum’ daripada PAS kepada rakan-rakan pembangkang.

Mesej ini jelas menunjukkan bahawa PAS cukup yakin akan kekuatan dan pengaruhnya. Ini disokong apabila Nik Abduh menyatakan bahawa selepas UMNO, PAS adalah parti kedua paling popular dalam kalangan rakyat.

Biarlah, itu hak mereka. Saya lebih berminat untuk meneliti dan memahami maksud kenyataan beliau itu.

PAS tidak mahu berunding dengan DAP itu tiada masalah, kerana ia politik dan sewajarnya dia menggunakan alasan politik yang lebih konstruktif, bukan menggunakan alasan agama sebagai hujah politik.

Dengan hujah agama, dia mendakwa parti DAP menentang Islam. Dia seharusnya menerangkan dengan lebih jelas lagi, Islam apa yang DAP tentang?

Dakwaan menentang Islam kepada satu organisasi yang berdaftar ini satu dakwaan yang cukup berat. Ia bertentangan dengan semangat Perlembagaan Negara bagi mana-mana pertubuhan yang didaftarkan secara sah.

Jika Nasrudin bersungguh-sungguh dan tegas dengan pendiriannya, sebagai wakil PAS yang menjadi penasihat kepada UMNO, beliau seharusnya menggunakan peluang ini dengan mencadangkan kepada kerajaan Najib untuk mengharamkan terus parti DAP yang didakwanya menentang Islam.

Dengan ketegasan itu, beliau dan PAS tidak perlu bersusah payah lagi beretorik menolak DAP, kerana keabsahan parti DAP dalam demokrasi berparlimen sudah diharamkan oleh undang-undang atas hujah Nasrudin Hassan.

Jika dia menolak DAP kerana DAP tidak menyokong cadangan pelaksanaan Hudud PAS, itu soal politik, bukan soal akidah.

Dalam hal ini, jika Nasrudin betul-betul bertegas ia melibatkan akidah, sekali lagi beliau boleh menggunakan pengaruh beliau yang besar itu dengan mencadangkan kepada majlis fatwa untuk memfatwakan hukuman kafir kepada muslim yang membantah pelaksanaan Hudud PAS.

Biar rakyat terpegun dan gerun dengan ketegasan beliau.

Dan lebih molek, jika Islam ala PAS yang didakwanya lebih tulen keislamannya dari pihak lain, seharusnya PAS tidak perlu menyertai sistem demokrasi yang sekular ini. PAS boleh sahaja menjadi penasihat tetap UMNO atau mengikut jejak langkah kumpulan Tabligh yang berdakwah kepada seluruh manusia tanpa ada nafsu untuk berebut tempat di GLC dan kerusi Exco atau Menteri hatta jawatan Ahli Majlis.

Nasrudin Hassan tak perlu masuk pilihanraya, kerana sistem ini tidak Islamik, tak perlu masuk parlimen kerana parlimen ini ciptaan kafir Barat.

Jika Nasrudin bijak dan tegas, sekali lagi saya ulangi, beliau seharusnya menggunakan hujah yang lebih konstruktif untuk menolak DAP.

Sebagai contoh, beliau seharusnya memberi hujah jujur dengan membandingkan tahap ketelusan pentadbiran kerajaan Pulau Pinang atau Selangor dengan Kelantan yang ditadbir oleh Islam ala PAS.

Dia boleh bandingkan kadar kemiskinan di Kelantan dengan Pulau Pinang.

Dia boleh memberi data tentang pendapatan per kapita rakyat negeri Kelantan dengan rakyat Pulau Pinang.

Malah dia boleh bandingkan berapa banyak peratusan kerosakan hutan simpan antara Kelantan dengan Selangor.

Jika hujah-hujah konstruktif ini dapat beliau kemukakan untuk menolak DAP, saya tabik hormat. Tak perlu guna agama untuk potretkan seolah-olah dirinya lebih suci.

*Mahdzir Ibrahim ialah Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Johor

* Bila dibaca hujah puak2 Ustaz Kungfu ni, nak tergelak pun ada, kesihan pun ada. Dangkal tanpa penjelasan. Nak kata kurang cerdik nanti puak2 Ustaz kungfu ni marah oiii..... lebih kuranglah juga dengan kenyataan Tuang Presideng mereka "Kalau PAS bermusuh dengan UMNO, orang bukan Islam akan perintah Malaysia". Dia tak pernah belajar mathematik dan hisab ker? 

Dia tak tengok dan tak kaji ker......berapa peratuskah kerusi yang akan dimenangi oleh bukan Islam yang bukan dari komponen BN? 


Aku setuju kalau PAS bersama BN, kerusi di pihak BN akan bertambah dan orang-orang besar PAS akan mendapat kedudukan di dalam kerajaan nanti. Itu kalau Allah nak tambahlah dan kurniakan kedudukan itu dengan membuka gerak hati Najib, tapi kalau Allah takdirkan sebaliknya bagaimana?

3 comments:

  1. Aku nak tambah sikit kalau DAP cina dan kafir dalam pembangkang tak tadbir negara bagaimana pula yang berada dalam kerajaan tadbiran BN yang diketuai UMNO adakah semua komponen mereka sebulat suara bersetuju walau pun tidak bersuara tidak setuju.PAS sudah kena main dengan UMNO/BN

    ReplyDelete
  2. "DIA TAK PERNAH BELAJAR MATEMATIK DAN HISAP KE"....KAH KAH KAH, BELAJAR kitab HISAB JE, MATEMATIK DALANG KITAB LAING!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enter your reply...
      Takat tunjuk pandai dlm tulis komen je, budak tadika pun skrg pun dah taip dlm media.!!
      Kenapa ko tak tanding lawan presiden umno??
      Mulut berkokok ekor penuh tahi... Kakaka

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa