Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 13, 2016

Mengancam perpaduan atau ancaman pada siapa?

PM Najib: Dua individu kini mengancam perpaduan negara
Astro Awani |  Oktober 13, 2016 13:57 MYT
PM Najib: Dua individu kini mengancam perpaduan negara
NAJIB: Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya pada fasa ketiga. Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan. - fotoBERNAMA / Fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan bertekad untuk meneruskan agenda 1Malaysia bagi mengukuhkan keharmonian antara kaum di negara ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Dalam mesej radio terbaru beliau, Perdana Menteri berkata, sejak akhir-akhir ini, perpaduan negara ini sering diancam oleh dua orang individu.

Dengan menyimpulkan usaha menggugat keharmonian kaum ini berlaku dalam dua fasa, Najib yakin akan ada fasa ketiga yang dirancang pihak-pihak berkenaan. 
"Pertama pada 2008, di mana ketua pembangkang mula memainkan isu perkauman. Beliau mula mencabar perlembagaan mengenai kepentingan semua kaum di Malaysia ini dan menggunakan ia sebagai isu politik untuk meraih undi.

"Sebelum ini tidak ada pun pertikaian pada Perlembagaan dan semua lapisan masyarakat hidup dengan harmoni. Kesannya, selepas pilihan raya umum ke-12, politik negara mula ditentukan oleh faktor kaum," katanya.

Fasa kedua ancaman perpaduan itu pula, kata Najib, bermula tahun ini apabila "seorang pemimpin lama mula memecahkan kaum Melayu dengan membentuk satu lagi parti politik Melayu."

"Ini mengakibatkan kuasa politik kaum Melayu berpecah kepada lima," katanya yang juga merupakan Pengerusi Barisan Nasional.

Beliau berkata, perpaduan bangsa yang longgar diburukkan lagi dengan parti pembangkang yang kerap mendesak kerajaan melalui perhimpunan yang dianjurkan.

"(Perhimpunan) yang berselindung di sebalik imej bipartisan dan multiracial memberi hentaman demi hentaman kepada parti pemerintah.

"Parti yang mentadbir Pulau Pinang, yang sudah didakwa mengamalkan rasuah, tidak diendahkannya.

"Lebih menyedihkan lagi, pemimpin lama itu sanggup dipergunakan oleh perhimpunan memecah belahkan rakyat ini, menuduh kerajaan perkara yang sama beliau dituduh dahulu," katanya.
Di akhir mesej beliau, Najib memberi amaran mengenai ancaman fasa ketiga yang dijangka berlaku susulan kedua-dua individu itu kini dilihat berbaik-baik. 

"Kedua-dua pemimpin perpecahan fasa satu dan dua kini dilihat sudah bersalaman. Kita sudah boleh anggap apa yang mereka akan lakukan kepada negara seterusnya pada fasa ketiga.

"Kerana itulah, agenda 1Malaysia wajib diteruskan."

1 comment:

  1. Siapa la agaknya yg memalukan bangsa dan merosakkan negara? Muka tebal sungguh cilaka ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa