Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 5, 2016

PPBM: Baru bertatih sudah silap langkah

Akar umbi PAS tak setuju serah kerusi kepada PPBM

  | October 4, 2016
Seorang bekas calon PAS di Terengganu mempersoalkan Muhyiddin kerana membuat cadangan demikian walaupun PPBM pimpinannya tidak mempunyai jentera dan ahli.







ULASAN GB (KELAB GREENBOC)

GB sudah menyatakan berkali-kali bahawa samada PKR atau PPBM (Bersatu) tidak seharusnya mempercayai PAS. PAS sudah ada rekod menikam rakan dari belakang sehingga Pakatan Rakyat berkubur. 

PAS hanya mementingkan diri sendiri. Mereka tidak boleh bekerja di dalam satu pasukan. Mereka mendakwa mereka tak pentingkan kuasa, tetapi sebenarnya merekalah kumpulan yang tamak dengan kerusi... mereka tidak akan mahu untuk menyerahkan mana-mana kerusi yang pernah ditandinginya sebelum ini. 

Era kepimpinan ulama di bawah presidennya yang ada kini amat jauh berbeza dari zaman Ustaz Fadzil Noor, dimana Ustaz Fadzil Noor telah sanggup berkompromi dengan parti-parti komponen Barisan Alternatif waktu itu dengan menyerahkan sebahagian besar kerusi PAS yang tidak mampu dimenanginya kepada PKR yang baharu ditubuhkan. Natijah daripada toleransi itu, Barisan Alternatif mendapat kemenangan yang besar di dalam pilihanraya Umum 1999. PAS paling beruntung di mana selain daripada mengekalkan negeri Kelantan, PAS juga telah mengambil alih kerajaan Trengganu daripada BN. Kekuatan PAS di Parlimen bertambah dari hanya 7 kerusi pada tahun 1995 sehingga 27 kerusi, iaitu satu lompatan hampir empat kali ganda. 

PAS telah khianat dengan rakyat. Rakyat mengundi calon-calon PAS kerana PAS ketika itu adalah komponen PR. 

Di dalam PRN Sarawak yang baru lalu, PKR juga sudah cuba untuk memujuk PAS dengan isu satu lawan satu, tetapi tidak diindahkan oleh PAS. 

Akhirnya PH berantakan apabila parti-parti komponen PH bertempur di antara satu sama lain di dalam PRN Sarawak. 

Hal yang sama berulang lagi di dalam PRK Sungai besar dan Kuala Kangsar. 

Justeru itu, parti-parti pembangkang sudah tidak perlu hiraukan PAS lagi - sepertimana kata Subky Latif (aktivis veteran PAS) - bahawa PH tidak perlu tunggu PAS. 

PAS ingin membawa jalannya sendiri. Jadi biarkanlah mereka. Biarkanlah Si Luncai terjun dengan labu-labunya. 

Komponen PH dengan PPBM (Beratu) sepatutnya perkukuhkan hubungan bagi membentuk satu pasukan mantap menentang BN. 

Biar berapa banyak penjuru sekalipun tetapi jika perpaduan di kalangan komponen PH mantap, insya Allah, BN bakal ditumbangkan tanpa perlu sokongan PIGS

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa