Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 2, 2014

Adakah Ini Sebabnya PAS Buat Hal Di Selangor?

Umno mahu kerjasama PAS kembalikan majoriti 2/3 Parlimen, kata Husam
Published: 2 September 2014
Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja. – Gambar The Malaysian Insider, 2 September, 2014

Umno melalui kumpulan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyidin Yassin sedang berusaha bekerjasama dengan PAS di Selangor untuk matlamat jangka panjang iaitu mendapat sokongan dua pertiga di Parlimen bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya atas nama kepentingan Melayu, dakwa Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Husam dalam tulisannya hari ini berkata pembentukan kerajaan PAS dan parti Melayu itu di Selangor hanya pancingan Umno sahaja.
"Hasrat utama kumpulan ini adalah untuk mencapai dua pertiga di Parlimen dan seterusnya meluluskan tambahan kerusi Parlimen yang kononnya memperkuat kuasa politik Melayu.
"Selangor adalah umpan terdekat mereka," kata Husam dalam tulisan yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.
Husam bagaimanapun penuh yakin usaha itu akan menemui jalan buntu kerana katanya, "PAS adalah PAS."
Beliau mengulas tentang desas-desus pembentukan kerajaan PAS, Umno dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) bebas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor yang sedang hangat diperdebatkan sekarang ini.
"Saya katakan, bukan sahaja sukar tetapi mustahil. Baik dari sudut bilangan, prinsip, pelaksanaan dan kesan jangka pendek dan panjang serta dinamisme parti-parti yang terlibat," kata Husam yang juga Adun Salor, Kelantan. – 2 September, 2014.

5 comments:

  1. Sejarah 1978 di Kelantan ..jangan mudah dilupakan..BN UMNO akan angkuh dan takbur..bila berkuasa 2/3..projek SEPAK KELUAR PAS dari keraJAAN..akan tetap dilaksanakan..

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Kita kita memerhati apa yang berlaku kepada PAS.selepas.PRU 2008 bermula dari episod Hassan Ali be4jumpa.dengan UMNO secara gelap untuk menubuhkan kerajaang perpaduang di Selangor, kemudian pertemuan gelap ini terbongkar yang membawa kepada keputusan muktamar Ipoh tahun 2008, bagaimana TGHH dan gengnya mengendalikan kes MB Selangor - apa yang dikata Husam ada keb3narannya.

    Sebenarnya keputusan muktamar Ipoh 2008 dulu adalah ada inisiatif TGNA untuk mematikan langkah UG yang dimulakan oleh Hassan Ali.

    Adakah usaha pihak ini terhenti selepas keputusan muktamar Ipoh 2008 itu? Sebemarnya tidak. Kumpulan ini mula menyusup ke dalam organ-organ p3nting PAS seperti MSU, Dewan Uamak PAS Pusat dan negeri-negeri dan AJK PAS Pusat dan perhubungan negeri. Mereka cuba m3nguasai organ-organ ini kerana wujudnya keputusan Muktamar Ipoh 2008 dimana mereka tidak bol3h bergerak seperti sebelumnya s3bagai satu kumpulan didalam PAS.

    Bagi sesiapa yang mengikutu perkembangan PAS, akan nampak setiap kali Pakatan berada dikedudukan selesa dihadapan atau apabila UMNO dalam keadaan tersepit, akan muncul p3mimpin puak UG ini melontar polemik untuk mengajak DAP berbalah dimedia d3ngan m3nimbulkan isu hudud. Sedang dalam isu hudud, tidak termasuk didalam perkara-perkara yang dipersetujui bersama sebagai asas pe4juangan Pakatan Rakyat. Dengan menimbulkan perbalahan di media antara PAS dan DAP atas isu hudud ini, tujuannya tak lain dan tak bukan untuk distract tumpuan Pakatan sendiri tetapi juga untuk menimbulkan pers3psi yang Pakatan adalah sebuah Pakatan yang tak sepakat.

    Jika diperhatikan, yang sering m3nimbulkan polemik ini ialah seorang pemimpin kanan PAS sendiri. Media faveret digunakan UTUSAN MALAYSIA. Bila terkantoi, alasan feveret individu ini ialah dia disalah petik. Cari le s3ndiri siapa individu ini.

    K3mudian dalam 3/4 tahun kelakangan ini kerja sabotaj menggunakan isu hudud untuk mengajak DAP bergaduh telah berubah tektik dengan menggunakan platform Dewan Ulamak PAS. Ingat tak t3ntang usul Dewan ini untuk mengkaji tahaluf siyasi dengan PKR didalam muktamar lepas? Apa tujuan diumumkan didada akhbar?

    Puak ini juga berjaya menyingkirkan arkitek keputusan muktamar Ipoh 2008 dari arus pe4dana politik PAS selepas P4U 13. T3ngok apa terjadi kepada TGNA s3karang terutama dalam isu MB Selangor. Mereka berjaya to shut him out completely from what is happ3ning now.

    ReplyDelete
  3. SALAM,
    KALAU BENAR PUN DAKWAAN HUSAM TU BETUL, APAKAH SALAHNYA, DEMI PERPADUAN ORANG MELAYU DAN KESINAMBUNGAN ORANG MELAYU UNTUK BERKUASA DI TANAHAIR SENDIRI? BERSATULAH WAHAI ORANG2 MELAYU YANG BERPOLITIK,TIDAK KIRA PARTI, TOLAK SESIAPA SAHAJA YANG RASUAH DAN ADA SALAHLAKU, TIDAK KIRA KEDUDUKAN DALAM PARTI ATAU MASYARAKAT. JIKA TAN SERI MUHYUDIN MENGHULURKAN TANGAN DAN SALAM PERDAMAIAN, SEPATUTNYA HUSAM TIDAK SOMBONG, SAMBUTLAH SAAM BELIAU. APAKAH YANG TIDAK KENA DENGAN MELAYU ISLAM SEKARANG INI? MAHU BERPOLITIK AKAN TETAPI MEMPORAKPURANDAKAN NEGARA DAN MEMPERJUDIKAN NASIB BANGSA DAN AGAMA ISLAM, SEDIH, MEMALUKAN DAN MENJIJIKKAN SENARIO POLITIK TANAHAIR SEKARANG DENGAN SKANDAL RASUAH, SEKS DAN PELBAGAI LAGI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 2:15

      Bagaimana nak intergrate ahli-ahli UMNO kaum bumiputra bukan melayu dan bukan Islam di sabah yang telah banyak berjasa mengekalkan kuasa UMNO/BN sejak PRU 1995? Bagaimana nak intergrate s3kelompok lagi PATI-PATI filipina yang diberi IC selepas tahun 1997? Jumlah mereka bukan sedikit? Bagaimana pula h3ndak diintergrate sekelompok orang2 siam yang menjadi ahli UMNO di Kedah?

      Perjuangan perpaduan melayu yang dibawa oleh UMNO yang disokong oleh ahli-ahli bukan melayu dan bukan Islam? Pelik bunyi tu sedangkan terdapat 15.5 juta orang melayu lain yang berada diluar UMNO.....Paling kurang 12 juta drp jumlah ini memang tak masuk parti-parti politik yang ada di Malaysia.

      Betul ke perjuangan UMNO untuk perpaduan melayu dan Islam? Sukar nak terima berdasarkan fakta yang ada.Kalau pe4juangan nak balun khazanah negara nampak logik juga....

      Agak-agak TGHH dan geng UG tahu ke status kepelikan perjuangan UMNO ni? Ke memang tak kisah....janji boleh jadi TPM.dan bolot jawatan-jawatan lain.

      Delete
  4. Memang betul tu kalau-kalau UMNO dan PAS memang boleh berkerjasama terutama sekali dalam hal menindas, merompak, menipu dan menzalimi rakyat di negara ini. Puak kepala biul ini ingat selama melebihi 50 tahun ini yang menindas dan memegang kuasa dari parti DAP kah? Yang memberi kontrak mega kepada Vincent Tan dan Ananda Krisnan hingga menjadikan mereka itu terlalu kaya raya dari kalangan DAP kah?
    Yang menghabiskan wang Petronas dan menghakis dana negara ini dari parti DAP kah? Kaum kafir yang makan babi setiap hari pun tak sebodoh Melayu dalam memberikan pandangan dan melihat kebenaran dari sudut bernegara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa