Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 2, 2014

Pulaakk.....!

Ketua Wanita PAS nafi tandatangan kenyataan sokong Wan Azizah
Published: 2 September 2014 - TMI
Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof kesal dengan penyebaran kenyataan sokongannya terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah.– Gambar The Malaysian Insider oleh 2 September, 2014.

Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof menafikan menandatangan kenyataan Wanita Pakatan Rakyat (PR) yang menyatakan sokongan penuh terhadap Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.
Beliau berkata kenyataan itu juga belum sempat diperhalusinya berkaitan ayat-ayat dan maksud kenyataan tersebut, lapor lidah rasmi PAS Harakahdaily hari ini.
"Kenyataan semalam disebar tanpa sempat saya perhalusi dan tandatangani serta Dewan Harian Muslimat turut memutuskan untuk menangguhkan kenyataan itu kerana membawa maksud yang berbeza," katanya.
Bagaimanapun katanya beliau memang menyatakan sokongannya terhadap Dr Wan Azizah, tetapi berdasarkan keputusan PAS sebelum ini yang mencadangkan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang itu dan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali pada 17 Ogos untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Siti Zailah yang kesal dengan penyebaran kenyataan itu turut menyelar pimpinan Wanita PR yang bertindak menyebarkan kenyataan tersebut tanpa tandatangannya.
"Saya tidak mahu berbalah. Hanya Allah yang mengetahui isi hati saya. 'Wala' kami kepada keputusan PAS Pusat sahaja," katanya.
Semalam Wanita PR menyiarkan satu kenyataan bersama yang menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh tiga pemimpin utama Wanita PR iaitu Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita DAP Chong Eng dan Siti Zailah.
"Kami bersama-sama ingin mengesahkan dan mengukuhkan pendirian kami bahawa Dr Wan Azizah sepatutnya menjadi menteri besar Selangor.
"Ya, dia isteri (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, orang yang paling dikehendaki oleh kerajaan. (Tetapi) dia juga seorang pemimpin yang bersih, berani, bertanggungjawab dan bebas rasuah yang berkongsi visi yang sama seperti rakyat Malaysia yang berpatriotik," kata kenyataan itu lagi. – 2 September, 2014.

2 comments:

  1. Bukan sahaja muslim Pas yang buat U Turn kini Muslimat Pas pun dah pandai buat U turn,Kah,Kah,kah,Nama kan sahaja Parti U Turn Semalaysia.Malu aku ni penyokong Pas kepada bangsa dan agma lain.Peminpin Pas yang tidak menunjukan kesederhana dan kebaikan dalam Islam.

    ReplyDelete
  2. Pemimpin PAS baik lelaki dan wanita naik Bahalol tak waras dalam Hal MB Selangor ini.

    Mereka bagai menongkat langit dan tidak lagi ber fikiran ikut hak dan batil ; semua nya kerana kedudukan dalam Parti PAS yang tak besar mana.

    Malu lah sampai Melayu di tingkat pemimpin masih bahalol tidak yakin pada ALLAH SWT.

    Cakap saja pandai dalam hal hal agama Islam , tang praktikal habuk pun tak de.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa