Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 10, 2014

Akhrinya Dalam Diam Akur Juga!

Kemelut MB Selangor: PKR sahkan hantar surat jawapan selepas ditegur istana
Published: 10 September 2014
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail ditemui pemberita selepas mesyuarat Biro Politik PKR di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal, 10 September, 2014.

PKR enggan mengesahkan menghantar lebih 2 nama calon menteri besar Selangor kepada Sultan, tetapi mengaku menghantar surat kepada Sultan Sharafuddin Idris Shah menjawab surat amaran daripada istana pada 3 September lalu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata surat itu ditandatangani presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan diserahkan semalam.
"Kami hantar surat ke istana semalam tetapi saya tidak tahu isi kandungannya. Apa yang saya tahu hanya, surat dihantar, dan perkara ini dimaklumkan istana," katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR di Petaling Jaya malam tadi.
Katanya, mesyuarat itu tidak secara khususnya membincangkan isu pencalonan lebih 2 nama untuk jawatan menteri besar Selangor seperti titah Sultan.
Pada 3 September, istana Selangor menegur PKR kerana menghantar hanya satu nama calon menteri besar, menyebabkan parti itu mengumumkan yang ia akan mengambil langkah perlu dan wajar dalam masa 48 jam berikutnya. – 10 September, 2014.

6 comments:

  1. Kalau di Perak lepas PRU12 dahulu terjadi seperti di Selangor maka 3 hari sahaja Almarhum Sultan Azlan sudah menyelesaikan perlantikan baru MB Perak dengan sokongan majoriti. Kat Selangor ini permasalahannya adalah Munir Bani itu adalah orang kuat UMNO yang sedang menari di belakang pentas wayang kulit dan Sultan pula dah terlebih perasan menjadi "Kesultanan Melaka" (bukannya Raja Berpelembagaan). Kalau beginilah tingkah laku Sultan yang suka mencampuri politik maka monarki ini hanya akan wujud di kalangan pengundi saluran 1 dan 2 sahaja lagi. Kalau pengundi saluran 3,4 dan 5 tak mungkin monarki sebegini akan disokong kewujudanya di Tanah Melayu ini oleh generasi akan datang. Ingat negara ini mengamalkan demokrasi berparlimen yang lebih memberi kuasa kepada rakyat (seandainya rakyat cerdik perlembagaan negara).

    ReplyDelete
  2. Saifudin,kalau hantar l3bih 2 namapun m3ngakulah. K3na faham sikap manusia, hantar 1 pun salah, hantar lebih pun salah. Hantar 1 dok marah soh hantar l3bih. Hantar lebih pon dok marah pasai dulu hantar l.

    Yang p3ntingnya selesaikan isu MB. Jangan bola l3kat kat kaki kita. Bola kita passing kat kaki lawan. Kita tengok macamana di t3ndang pula. Tendang mengikut peraturan ke atau tendang menyalahi undang2.

    ReplyDelete
  3. Kan bagus kalo awal2 lg dibuat...kalo dh mjoriti pun dh sokong dswa, hntr aje la lg 2 adun yg biasa2 je sbg syrt memenuhi arahan sultan

    ReplyDelete
  4. akan 'gone with the wind' slowly ! sapa lu orang fikir la sendiri ! ABU !

    ReplyDelete
  5. Masa PRU13,pasal apa PAS lawan 3 penjuru.PKR sudah ada ditempat tu.PAS celok juga.Sampai bangkit issue pil kuda.Tolong buka you tube Adun Selensing N29.Apa cite sebenarnya,kalau cerita tu tak betul tolong saman.

    ReplyDelete
  6. Semua pihak sudah main politik dalam kes MB Selangor ini.

    Lama lama sedikit sedikit akan pupus di telan masa sebab main politik , dan tidak lagi Berkecuali.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa