Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 10, 2014

Nik Abduh Berhentilah Jadikan PAS Huduh!

Adakah puak serban besar PAS mengamuk kerana gagal memperdayakan Azmin dengan menyogokkan kedudukan tetapi sebaliknya dua orang ADUN Pas pula berpaling tadah menyokong Wan Azizah?

Adun PAS sokong Wan Azizah pengkhianat sebenar, kata Nik Abduh
TMI - Published: 10 September 2014
Dua Adun PAS dari Morib dan Hulu Kelang menyertai sidang akhbar beramai-ramai menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Gambar fail The Malaysian Insider.

Anak kepada mursyidul am PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mempertahankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kemelut isu menteri besar Selangor dan menyalahkan 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Ahli Parlimen Pasir Mas itu mendakwa Adun Morib Hasnul Baharuddin dan Adun Hulu Kelang Saari Sungib merupakan pengkhianat kerana memulakan kerosakan kepada kestabilan dalaman PAS.
Beliau menulis di dalam laman sosial Facebooknya malam tadi menjawab kritikan yang menuduh presiden PAS itu khianat kerana menamakan calon menteri besar daripada PAS dalam suratnya kepada istana.
Beliau yang juga merupakan timbalan ketua Pemuda PAS turut menggelar PKR pengkhianat kerana menerima sokongan dua Adun PAS itu walaupun PAS belum membuat keputusan rasmi pada waktu itu.
"Pengkhianatan PKR terhadap setiakawan dengan PAS dalam Pakatan Rakyat ialah apabila menerima pengkhianatan dua Adun PAS dengan mengiktiraf sokongan mereka kepada PKR.
"Sebagaimana 2 Adun itu memutuskan wala' dan kesetiaannya kepada presiden, begitu juga PKR memutuskan kesetiakawanannya dengan PAS," katanya. – 10 September, 2014.

Laporan lengkapReal traitors are two PAS reps who supported Wan Azizah

21 comments:

  1. Kasihan kat TGNA bersusah payah membina PAS dari kehancuran tetiba anaknya pula nak ber- UG dgn umno. Apakah mereka lupa kpd ayat yg menyatakan org Islam tidak akan dipatuk dua kali dari lubang yg sama?

    TGNA kan dah kata siapa yg nak bersama umno nak dilempangnya. Mereka ni agen umno.

    Apa faedahnya menyokong mereka yg zalim? Tengoklah akta hasutan sewenang-wenangnya digunakan tanpa belas ikhsan tak kira siapa? Kalau pemimpin umno cakap penuh rasis tidak apa? Tetapi bila org bukan melayu cakap semua derhaka kpd ketuanan melayu konon?

    Sekarang ni beratus ribu org bukan melayu( cina) dari singapura & negara cina beli rumah di johor sehingga rakyat johor sendiri tak mampu beli rumah. Ini salah PKR, DAP juga ke?

    Dulu penjajah bawa masuk rakyat asing, sekarang umno sendiri bawa masuk. umnolah pengkhianat sebenar org melayu & negara ini.

    ReplyDelete
  2. anaknya memang memalukan TGNK dan mangkuk tu memang nampak sangat suka sekongkol dengan gerombolan kot ! ABU !

    ReplyDelete
  3. Iman memang tidak dapat diwarisi dari seorang Ayah yang bertakwa, iman tak dapat dijual beli (lirik lagu Nazrey Johani- Raihan). Sesiapa yang mengenali Nik Abduh ni walaupun badannya kering tetapi sikapnya memang baran dan perengus, Kalau nak ikut kesesuaian, beliau seloknya menjadi anak kepada Hj Hadi Awang (perangai dan sikap yang serupa)tetapi beliau dilahirkan oleh seorang Ulama yang disegani di negara ini iaitu TGNA. Kadangkala aku memikirkan apalah dosa TGNA ini sehingga dikurniakan seorang anak yang seperti buluh ditarik songsang dengan pendapat beliau (TGNA). Nik Abduh ini semasa kecoh PAS membongkar peranan kumpulan UG yang dibawa oleh Bekas Tim Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa, maka beliaulah yang terlalu ke hadapan mempertahankan Nasya "jangan tuduh dan fitnah kekanda hamba" katanya, tapi akhirnya terbukti Nasya adalah golongan UG tersebut dan Nik Abduh juga adalah salah seorang daripada mereka. Modus operandi mereka adalah "percaya 100%" fitnah liwat terhadap Anwar walau 100 kali fitnah itu dibuat dan dirancang oleh UMNO, mereka ini tetap akan percaya. Di sinilah rakyat sedang memerhati di mana letaknya tahap dan integriti mereka ini sebagai ahli politik yang di tengah namanya ada perkataan "Islam".

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat lagikah perkataan " turn over" yang disebut oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman semasa menjadi saksi dalam kes rasuah DSAI dulu yang membawa DSAI merengkok 6 tahun dalam penjara?

      Nik Abduh ditahan beberapa tahun dibawah ISA di Kemunting. Almarhum Ustaz Asyaari Arqam dan orangnya di tahan di Kem Tahanan Kamunting untuk proses turn over aka proses memurnikan aqidah.

      Keduanya tak ada kaitan. Hanya teringat perkataan turn over....

      Delete
    2. Ingat tak selepas Nik Abduh dibebaskan, kecoh kehidupannya agak mewah. Siap pakai MPV Honda Elysion lagi.

      Delete
    3. Bro bat8.
      Kawe nak btolkan sket fakta.mungkin bro tersilap petik.kawe yaqin bro bkn sengaja.yg kena ISA tu Nik Adli psl KMM(kumpulan Mujahideen Malaysi)entah psl apa KPN konar baring cecah telinga jd (kumpulan Militan Malaysia)Nik Adli dulu dok blajar kat Pakistan then joint mujahideen kat Afghanistan era 80an sblm Taliban wujud.Bila pepuak tuh start gaduh dia balik malaysia.kalu tak silap kawe dia kena cekup lps Re fo ma si.psl mahadeath umngok nak kalih isu juga nak burukkan TGNA n PAS.sampai dlm ceramah BTN juga PLKN jd wirid wajib sampai TGNA saman.itu lebh kurang yg kawe tahu.Risau...takut orglain tersalh petik nanti bro yg susah.Walau tak kenal muka tp kita tetap bersahabat di talian dan bersahabat ABU.Nik Abduh ni blajar di Egypt kat AlAzhar University.Ada sorang lg NiK Rahim blajar kat sana juga.tp dia ni jenis tak bnyk ckp.tp aktif dlm IRC.skrg JIM daa.so kalu maklumat kawe krg betul tlg kengkawan perbetulkan.

      Delete
  4. Sakit hati bila jemaah dalam PAS sendiri dibodohkan oleh golongan - golongan yang menggelarkan diri mereka ni ulama'. Mana akhlak kamu sebagai orang Islam. Bila teguran dan gertakan dalam mesyuarat pun buat tak endah, masih buat keputusan sendiri, cara mana lagi nak menyedarkan mereka ini selain pertolongan Allah.

    Mereka terlalu sombong dan riya' dengan kemenangan PAS di Kelantan selama ini, tetapi langsung tak ambil iktibar dari kekalahan di Terengganu dan Kedah. Mereka lupa kemenangan selama ini juga adalah berkat doa dan usaha pengundi dan penyokong PAS juga. Dengan sikap dan akhlak ustaz PAS sekarang ni, Islam hanya di mulut bukan di sanubari. Hati mereka dah mati.

    TGNA sudah menjalankan tugasnya dengan cemerlang, dan usahlah kita libatkan dia lagi atas keuzuran beliau. Golongan-golongan baru ni perlukan teguran serta merasai realiti kemarahan penyokong dan pengundi PAS seperti saya. Semoga Allah menyelamatkan PAS dari tangan-tangan yang bakal menghancurkannya. Kepada ustaz PAS yang meyakini fitnah terhadap Anwar, jangan sampai mengundang laknat Allah.

    Benci melihat senyuman golongan ini yang depan cakap lain, tetapi suka tikam belakang.

    ReplyDelete
  5. Inilah golongan yang akan memacahbelahkan Pas menjadi dua golongan ,satu golongan serban tebal mengaku ada ilmu dengan golongan profesional yang tidak banyak mengeluarkan kata2 kosong.Golongan ini memp[ertahankan Hj,Hadi seolah2 Hj,Hadi maksum.Lihat wajah2 Nik Abduh,Nik Amar,Nasarudin Tantawi,Ustaz Idris,Ustaz Mahfodz,Dr Khairuddin dan yang sewaktu denganya. meluat aku.

    ReplyDelete
  6. Golongan ustaz yang kononnya alim agama tak semestinya orang yang berhemah atau "wiseman". Dlm PAS ramai ustaz2 yang bukannya "wiseman" tetapi yng suka publisiti maka terkeluarlah statement2 bodoh...

    ReplyDelete
  7. untuk bat8, pembacaan, penelitian, pengalaman dan pandangan kamu agak jauh kehadapan. Banyak yang kamu tuliskan mempunyai fakta dan analogi yang tepat. Kalau aku silap fakta tolong betulkan sebab banyak yang dah terpadam dari memori, maklumlah hidup dah melebihi usia UMNO dan PAS.

    ReplyDelete
  8. Monkey Shooter

    Itu sebabnya saya suka baca komen bat8. Komenya menarik dan mengikut telahan saya beliau banyak buat homework ke sesuatu isu......

    Tk. bat8 dan Monkey Shooter

    ReplyDelete
  9. Memang bengap nik abduh ni.. analisa dia mula daripada 2 adun tu sokong wan azizah.. kenapa dia tak mula dari sebelum 2 adun tu sokong wawi.. kenapa dia tak mula analisa dia masa hj hadi buat keputusan sorang sorang sokong khalid.. itulah punca 2 adun tu TERPAKSA bertindak

    ReplyDelete
  10. Semasa muktamar PAS ke 60 nanti disyor adakan satu slot khas dimana PAS menjemput wakil PKR iaitu Rafizi dan Saifuddin Nasution sekali bagi menjelaskan "Langkah Kajang" kepada semua ahli PAS supaya nanti tidak menjadi suatu fitnah atau syok sendiri menuduh PKR dengan pelbagai tomahan tanpa ada jawapan yang pasti dari parti PKR. Saya pasti kedua-dua mereka pastinya dengan mudah dapat menjawab segala soalan dan tomahan dari segenap ahli PAS yang hadir. Saya yakin 80% ahli PAS masih tidak faham apa itu "Langkah Kajang" dan sering menyerang PKR dengan momentum tersebut. Sekiranya PAS sebuah parti yang mementingkan integriti dan syura dalam Islam, sila laksanakan perkara ini. Saya pasti Rafizi dan Saifuddin Nasution pastinya tidak akan menolak atau menangis kerana berhadapan dengan orang-orang yang warak lagi beriman ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara sebab langkah kajang dibuat ialah hari ini Menteri Teknologi Hijau membuat kenyataan bahawa satu perjanjian tak boleh diubah untuk menyelesaikan isu pengambilan alih konsesi air Selangor/Wilayah oleh KDEB daripada SYABAS ( anak syarikat MBI Selangor) dan kelulusan p3mbinaan Langat 2 akan ditandatangani jumaat ini.

      Makna perjanjian inilah bertukar ke tak bertukar MB, atau apa sahaja yang berlaku kepada kerajaan PR Selangor, dua perkara ini mesti diteruskan juga. Perjanjian sebenar untuk pengambilan konsesi dan projek Langat 2 memerlukan masa untuk disediakan. Jadi perjanjian yang akan ditandatangani oleh TSKI dan Menteri Jumaat ini adalah untuk mengikat kaki dan tangan kerajaan selangor yang berMB baru untuk meneruskan projek tersebut. Kerajaan PR yang dengan MB yang akan dilantik oleh tak lama lagi akan jadi tunggul sahaja.

      TSKI & Kerajaan Pusat dah simpul mati untuk mematikan sebarang langkah kerajaan negeri nanti. Kita kena faham proses menyediakan perjanjian perjanjian komersil seperti ini perlu teliti kerana implikasi kewangan dan perundangan. Apatah lagi bagi menutup semua lubang-lubang perundangan yang boleh diguna oleh kerajaan PR yang baru nanti.

      Jika kita faham ini, kita akan faham 2 perkara. Satu macam2 halangan dibuat kepada Pakatan nak hantar nama calon MB. Jika kita baca isu ini bersama-sama isu penjualan tanah Tropicana dll, kita mungkin faham apa isu sebenar masaalah perlantikan MB Selangor ni. Rumit dan mengambil masa begitu lama. TSKI dalam kenyataan hari ini membayangkan perlantikan MB akanengambil sedikit masa. MASA?....masa untuk apa.?....hehehe.

      Jangan terkejut, akhirnya, MB Selangor yang baru ialah DSWAWI! Yang paling best apabila isu perlantikan MB baru ini selesai- ada orang2 yang akan nampak kena tipu hidup2 kerana kebodohan sendiri. Ada parti yang akan hancur kerana kebodohan segelintir pemimpin2nya yang tamak haloba.Sorban sebezau mano pun xkan dapat menutup aib kerana terperangkap dengan kebodohan sendiri.

      Jangan tertipu dengan permainan politik yang sedang dimainkan sekarang....

      Delete
  11. suatu yg pelik kenapa hj hadi menyokong khalid ibrahim yg tlh dipecat dri pkr, sdgkn pkr sekutu pas, itu khianat nmanye, kmudian hina dn aibkn wawi secara trbuka.ingin utk bergabung dgn umno, ni apa ni heran, heran. ni yg dibidalkn seperti"telunjuk lurus kelingking berkait"

    ReplyDelete
  12. cukup menyampah bila melihat keegoan ujub mereka yang baru bergelar YB dalam PAS seolah2 mereka maksum kamil syumul golingan muda ini menampakkan kejahilan yang amat sangat dalam berpolitik dialaf baru dimedan baru di medium baru dipersada teknologi baru...seolah2 mereka buta mata hati telinga yang mereka tahu menjatuhkan hukuman...adakah mereka waki? adakah mereka maksum? adakah mereka beramal dengan ilmu? satu contoh sahaja saya nk ingatkan gelombang kebangkitan seluruh rakyat marhain dimalaysia samada barat selatan timur adalah hasil daripada PR dgn aura ketiga2 sayap dan pimpinanlah yang menjadikan rakyat sedar bangkit dan bersemangat untuk menumbangkan BN...PAS mendapat kerusi kemenangan di DUN dan MP diselatan dan barat adalah hasil aura yang dimiliki oleh YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang berupaya menyatukan seluruh rakyat marhain....sehingga DAP boleh duduk semeja dengan PAS adalah hasil dan jasa beliau...ini adalah realiti bukan fantasi dan pihak berkopiah berjubah kena akui ini semua...medej dakwah berjaya disampaikan..soal terima dan tolak bukan urusan kamu golongan muda yang menggelarkan diri ulama ...itu urusan ALLAH dalam soal hidayah dan petunjuk...beribu masalah yang membelenggu rakyat negara seperti GST ,ekonomi ,sosial,pengangguran,rasuah,ketirisan mengurus ekonomi negara,pembaziran boros dan beribu lagi masalah kamu bisu pekak itulah sepatutnya tugas kamu sebagai ahli Parlimen...seolah2 mereka ni buta tidak dapat membezakan mana musuh kawan dan lawan...saya menyeru seluruh rakyat marilah sama2 kita humbankan mereka ini di PRU14 pastikan mereka tidak bergelar YB...

    ReplyDelete
  13. Anon 3:24

    Betul sangat soalan kamu tu. Apa akan jadi pula sekiranya semasa PAS ingin memecat Mantan Tim Presiden meraka iaitu Nasaruddin Mat Isa dahulu, kerana memulakan gerakkan pengabungan dengan UMNO (UG) maka di ketika itu PKR mengeluarkan pula kenyataan menyokong supaya Nasaruddin Mat Isa tidak perlu dipecat dan Anwar serta pengikut PKR akan hadir di malam hari ke rumah Nasaruddin bagi menunjukkan sokongan padu terhadap beliau. Rasanya bagai dihujani pelurulah PKR ketika itu dengan pelbagi hujah dan keluarlah Hadis-Hadis dari para Ulamakwan untuk menyokong kenyataan khianat PKR kepada Tahaluf Siasi. Apa macam?

    ReplyDelete
  14. yup...nik adli bkn nik abduh. Pencerahan yg bagus dri air gunung. Silpa fakta sket Bat8

    ReplyDelete
  15. abduh
    jgn la kamu dan group UG kamu hancurkan PAS
    kami nak kamu dan penyokong UG kamu masuk la UMNO dgn seberapa segera
    jgn lupa ajak hadi awang sekali
    dia kan kemaruk nk jadi menteri..

    ReplyDelete
  16. Dia tumpang tuah ayahnya...teda ketokohan...ketokohan tidak di warisi...

    ReplyDelete
  17. Nik Abduh,

    Apa lah Nik Abduh tanpa BAPAK nya , Tok Guru Nik Aziz.

    Macam si Mat Monggol saja , Bahalol.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa