Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 9, 2014

Azmin MB baru S'gor?

Azmin makin hampir jadi MB baru S'gor?
mk - 3:18PM - 9 Sep 2014

Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dilihat agak diam dalam isu Selangor ini, namun beberapa kenyataan beliau seolah membawa maksud yang tersirat.

Dalam perutusan merdekanya 31 Ogos lalu, yang ditulis ketika krisis bilangan nama calon menteri besar antara Pakatan Rakyat dan Istana memuncak, Azmin menulis mengenai sejarah kesultanan Melaka.

Mengimbau kembali kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2009, yang mengingatkan bahawa isu raja-raja Melayu perlu ditangani dengan sikap sederhana dan berhikmah tetapi tegas.


Azmin menyatakan tiga senario dalam konteks ini mengenai tiga sikap terhadap raja iaitu sikap Hang Tuah yang setia membuta tuli, sikap Hang Jebat yang menderhaka dan menumpahkan darah rakyat tidak berdosa serta Bendahara Paduka Raja, yang setia lagi bijaksana.

Beliau merujuk kepada kesetiaan serta kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja yang menjamin keutuhan institusi kenegaraan dan mengambil kira kebajikan rakyat negeri Melaka berbanding golongan pendekar yang tidak bertanggungjawab dan mengorbankan darah rakyat.

Tanpa mengambil kira siapa yang dimaksudkan beliau sebagai Hang Tuah dan Hang Jebat, soalan yang timbul apakah Azmin dilihat sebagai Bendahara Paduka Raja dalam krisis antara kerajaan dan Istana Selangor ini.

Dengan mengambil langkah tenang dan betul sejak krisis ini bermula, adakah kita dapat melihat Azmin sebagai menteri besar baru Selangor?

Ketegaran PKR dan DAP dalam hanya menamakan satu calon iaitu presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dianggap satu "penderharkaan" dan mendatangkan kemurkaan Sultan Selangor.

DAP hari ini tunduk pada tekanan sehingga Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng meminta ampun kepada sultan Selangor dan berjanji untuk kembali berbincang dan menghantar lebih banyak nama kepada istana.

Mesyuarat Biro Politik PKR malam ini akan membincangkan situasi ini dan beberapa pengamat situasi meramalkan nama Azmin hampir pasti berada dalam senarai baru.

Bagaimanapun sekiranya Anwar berdegil dan hanya mahu nama isterinya sahaja, ia hampir pasti menambah pergeseran dengan istana dan tidak dapat diramalkan adakah pemimpin parti lain mahu bersama beliau dalam hal itu.

Dengan kemelut yang berlanjutan beberapa bulan, ramai yang berada dalam PKR dan barisan pembangkang turut letih dan risau dengan keretakan hubungan, terutamanya dengan PAS, bakal membayangkan "pengakhiran" kepada Pakatan Rakyat.

Satu lagi nama yang diwar-warkan sebagai calon pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ialah Pesuruhjaya PAS Selangor dan exco kanan Khalid, Iskandar Samad.

Bagaimanapun, sekiranya Iskandar dipilih, DAP dan PKR berkemungkinan besar akan membantah dan membawa kepada usul tidak percaya dalam sidang dewan undangan negeri November ini.

Ketidakyakinan mengenai Iskandar

Ini mungkin akan mendatangkan malu kepada istana dan menjuruskan Selangor kepada satu lagi masalah politik.

Senario sama turut berlaku sekiranya sultan memilih seseorang yang tiada dalam senarai yang dihantar PKR, DAP dan PAS.

Bagaimnapun beberapa suara mendakwa sekiranya Azmin dipilih, penentangan terhadap keputusan itu adalah minima, sekiranya ada.

Ini kerana beberapa sumber dalaman PKR memberitahuMalaysiakini beberapa kerisauan terhadap Iskandar dan kemampuan beliau menangani golongan pro-kerajaaan perpaduan daripada PAS.

Dalam masa sama, Azmin dilihat sebagai pemimpin yang komited dengan agenda Pakatan dan dibuktikan dengan kenyataan beliau semalam yang menekankan kepentingan perpaduan ketikda berdepan dengan kritikan istana.
Berbanding dengan Iskandar, timbalan presiden PKR dan pengerusi PKR negeri itu lebih dikenali.

Beberapa pasukan dalam PKR mengakui beliau merupakan pilihan lebih baik dari Wan Azizah dalam mengurustadbir Selangor yang merupakan negeri terkaya dan kejayaan terbesar pilihan raya oleh PKR dan Pakatan.

Mereka mendakwa dengan pelantikan Azmin, pesaing politik PKR akan kehilangan asas untuk menuduh parti itu mengamalkan nepotisme dan mahu meletakkan menteri besar "boneka".

Malah, Azmin turut dilihat mempunyai hubungan yang agak baik dengan istana, yang membolehkan PKR mentadbir negeri tanpa kekangan dari keluarga diraja.

Bagaimanapun ada yang turut menentang Azmin mengambil alih kepimpinan tertanggi dan antara suara paling kuat dari kem penyokong Wan Azizah sendiri.

Mereka yang tidak menyokong Azmin menggambarkan pemimpin nombor dua PKR itu mempunyai acuan Umno dan mengamalkan politik sama dengan bekas partinya itu.

Ada juga kerisauan Azmin akan menjadi lebih berkuasa sekiranya Anwar dipenjarakan sekiranya gagal dalam keputusan mahkamah persekutuan berhubung kes liwat keduanya.

Beberapa hari akan datang bakal menentukan sama ada Azmin akan menjadi pemenang kemelut yang panjang ini.

Namun jika dilihat keadaan semasa, peluang beliau bersinar cerah.

7 comments:

  1. Azmin jadi MB adalah lebih baik dari bebudak PAS atau Preaiden PAS sekali pun tak layan nemimpin rskyat yang bijak.

    PAS munafik dan bodoh tak sesuai langsung nak pimpin rakyat bijak rata rata Cina , Melayu , India semua mahu kan pemimpin professional dan ber integriti tinggi.

    PAS hanya ada Amanat Bahalol nya saja itu sebab Terengganu gsgsl , Kedah pun gagal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni apa hai pulak ni....
      Tak kan macai ameno sokong azmin jadi mb....ada udang balik mi ker?

      Delete
  2. Untuk memnyelamatkan keadaan biarlah Azmin di lantik MB baru,PKR ,DAP dan PAS harus terima dengan senang hati,supaya Selangor selamat dalam Pentadadbiran PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalu dah tak ada pilihan, bole la.... Org kata tak ada gading rotan pun jadi ler. Asalkan ABU

      Delete
  3. PKR sepatutnya lantik je terus Wan Azizah, x perlu melalui istana. Skrg, nak hantar nama lain pulak kenapa??? Kan hari tu duk kutuk PAS sbb hntar 3 nama...PAS dikatakan khianat. takkan nak ikut PAS jd khianat kot.. PKR kena berkeras la...hantar 1 nama je (W.Azizah). Kalau istana xterima, lantik je terus W.Azizah jd MB tnpa rujuk istana.. Amacam, ada brani?? kalau x berani, sama la mcm melata dulang paku serpih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala hotak ko.
      Ko belajar kat hutan ker....
      Otak tahap tadika.

      Delete
  4. I think you did an awesome job detailing it in your article.
    Sure beats having to research it on my own. Many thanks.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa