Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 9, 2014

Tau Pun Rakyat Kecewa!

Kritik Presiden PAS, Nik Nazmi Membisu
Diterbitkan: Isnin, 8 September 2014
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM
SUBANG JAYA: Meskipun diasak wartawan dengan soalan berhubung pendirian Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengenai kemelut menteri besar Selangor, Ketua Angkata Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad tetap 'membisu' tanpa sebarang komen.

Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia berkata, krisis politik di negeri itu harus diselesaikan menerusi permuafakatan bersama antara pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

"Kita dah dapat mandat lebih dua pertiga dan berjanji kepada rakyat ketika bersama-sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, jika tak dapat ditunaikan pasti mengecewakan rakyat," katanya pada sidang media bersama Pemuda Pakatan Rakyat di sini, Isnin.

Ketika ditanya adakah kemelut yang berlaku di Selangor berpunca daripada 'Langkah Kajang', Nik Nazmi berkata, isu tersebut tidak timbul.

"Bagi saya tak ada isu di sini. Sejak perbincangan di peringkat Pemuda Pakatan Rakyat, kita jelas ingin terus bergerak ke hadapan mengenai apa yang telah diputuskan," katanya.

Menurut beliau, adalah lebih baik untuk pemimpin parti berfikiran ke hadapan mengenai isu ini dan bukannya membangkitkan isu lama.

Dalam perkembangan lain, Nik Nazmi yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor turut enggan mengulas lanjut mengenai titah Sultan Selangor yang murka mengenai tindakan PKR dan DAP hanya mengemukakan seorang sahaja calon untuk jawatan menteri besar Selangor.

11 comments:

  1. Adun PKR DAP tidak perlu layan komen komen membinasa kan PR , biar lah rakyat lihat bagaimana Preaiden PAS Tok Guru Hadi mengotor kan diri nya serta PAS ke dalam longkong ber sama Amanat MLM nya yang ber jaya menipu jutaan melayu.

    PAS hanya menunggu masa tuk menjadi suatu komponen BN , iaitu Parti IPF....

    ReplyDelete
  2. Rakyat Selangor dah muak dengan sarkas korang neh!!!!!

    ReplyDelete
  3. Dengan Nama Allah SWT
    Kenapa kita nampak keburukkan dan kesilapan orang sahaja? Tak pernah kah kita berfikir KENAPA DS ANWAR IBRAHIM MASIH MEMPERKUDAKAN ISTERI NYA DR WAN AZIZAH UNTUK MENYELAMATKAN KARIER POLITIKNYA?SAMPAI BILA KAH KITA NAK BERSEKONGKOL DENGAN DS ANWAR IBRAHIM YANG KERAP MEMERAS KERINGAT ISTERINYA ? Sepatutnya Dr Wan Azizah dengan umur senjanya duduk di rumah bersama anak anak dan cucunya. Dan sepatutnya kaum yang lemah ini duduk di rumah beribadat kepada Allah SWT. It's time for Dr Wan Azizah reciting Al Quran and repent to Allah SWT with Her kids n grandkid.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Inilah sebaik-baiknya. Pemimpin2 PKR dan DAP second-tier elok jangan melatah. Biarlah pemimpin senior yang memberi respond jika perlu setelah disepakati untuk mengelak keadaan menjadi lebih keroh. Biar TGHH dan geng UGnya meneruskan aksi-aksi yang akhirnya pasti akan menyerlahkan hakikat sebenar puak ini.

    Keadaan sekarang pun lebih menekan TGHH dan puaknya lebih daripada PKR dan DAP. Satu kesan positif yang mungkin ada ialah ia mencetus kesedaran dikalangan ahli-ahli PAS yang mereka juga penting dalam menentukan hala tuju PAS.Selama ini mereka hanya menjadi pengikut robotic sahaja kerana bersangka baik dengan niat dan k3bijaksanaan pemimpin2 mengolah perjuangan Islam.

    ReplyDelete
  5. Kalau ilmu agama cetek, x payahlah hina ulamak lebih2. Fasihkan Quran baru korang sayang ulamak.

    ReplyDelete
  6. NAjib ..mahyudin dan UMNo sepatutnya berguru dgn TGHH....dengan segala bijaksana dan ilmu politik yg tinggi..mudah saja TGHH brjaya menghilangkan keyakinan RAKyat berbilang kaum pada PAs n PR.

    Najib n mahyudin bole ker!! Syabas TGHH...berbangga dgn TGHH yg bijaksana dan amat sesuai sebagai Presiden PAs...harap kan lebih lama d jawatan tersebut..

    ReplyDelete
  7. Kalo soltan dah pilih menolak bererti derhaka. Isu pemilihan nama MB selangor dan inilah juga ayat2 yg akan d gunakan kiranya d pilih sbgai MB kelak.
    Kalo tak guna quran dan hadis....TGHH kan guna soltan...asalkan cita2 wakil PAs dipilih sbagai MB.

    Matlamat meghalalkan cara...ini lah yg kita nak dr TGHH...selama ni asyik tunduk pd PR...TGHH dah nmpak bijak berpolitik.

    ReplyDelete
  8. pas + umno = pasum or pasno or umpas or nopas..tak sedap di dengar...pas÷umno = samun or sumpas or manpos. ok boleh terima manpos..baru cool

    ReplyDelete
  9. Satu Malaysia dah tau yang buruk kelaku dan gila kuasa adalah Anwar.

    ReplyDelete
  10. I wanna comment that you have a excellent site, I love the
    design and style it really stands apart.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa