Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 10, 2014

Hadi Awang Kian Tersepit?: Tiga Komen Yang Menarik

Tiga komen menarik yang aku petik dari bolg Shabuddin dot com
Dari N3 yang bertajuk (link)Hadi Awang Kian Tersepit?

Cuma agak terkilan kerana mereka tidak pakai nama sendiri tetapi sebaliknya pakai Anonymous!

Anonymous10 September 2014 06:18
PAS tak inginkan kuasa, PAS ditubuhkan hanya untuk menegakkan Islam di negara ini ..........(itulah kata-kata yang sering tersembul dari mulut lebai-lebai kampong dan penyokong otak kemetot di dalam PAS). Kalau tanpa kuasa apa yang boleh PAS lakukan? Lebih baik menjadi pertubuhan seperti Al-Arqam (suatu masa dahulu - seperti yang Adik perempuan Dr Harun Din pun sertai). 
Sesungguhnya sokongan kepada PAS melonjak naik apabila Mantan Presiden PAS, Ust Fadzil Noor (bekas Pensyarah ITM) mengambil langkah bijak dengan menerima masuk ramai dari kalangan profesional yang berfahaman liberal ke dalam PAS. Maka golongan inilah sebenarnya yang mampu menarik ramai sokongan serta pengikut baru ke dalam PAS dengan kebolehan dan idea mereka seperti berhujah darihal ekonomi, pendidikan dan modal insan. 
Lama kelamaan bukan sahaja dari kalangan muda mudi yang tidak layak mengundi pun memberi sokongan kepada PAS, malah kaum lain seperti Cina dan India pun turut memberi keyakinan dan sokongan secara terbuka kepada parti itu ditambah pula dengan kebencian terhadap Tun Mahathir yang menzalimi dan memfitnah Anwar Ibrahim sehingga dipenjara selama 6 tahun, gelombang sokongan terhadap PAS begitu ketara ketika itu. UMNO sedari dahulu lagi memang tidak langsung menghiraukan PAS kerana bagi mereka PAS adalah seperti anjing menyalak bukit sahaja, tiada kesan dan terbukti selama lebih 50 tahun PAS masih di bawah telapak kaki UMNO/BN. 
UMNO hanya takutkan parti baru PKR (parti serpihan UMNO) kerana kebanyakkan yang menyertai parti tersebut adalah terdiri dari kumpulan gerak saraf UMNO dan mereka inilah yang tahu segala taktik dan percaturan politik UMNO untuk menguasai persekitaran kuasa politik di negara ini. 
Sekiranya UMNO berjaya bergabung dengan PAS sekalipun (di bawah Hj Hadi dan kumpulan perpaduan UG-nya) maka UMNO tidak akan berjaya untuk menarik golongan profesional dan liberal serta para penyokong mereka di dalam PAS untuk bersama UMNO, inilah perkara yang cukup merungsingkan fikiran para pemimpin UMNO (setakat ini dahulu, nak Solat Subuh pula)
Ustaz Hadi Awang sepatutnya harus diundurkan sejak lama dulu kerana kelemahan pimpinan dan tindak tanduknya telah banyak merugikan PAS dan PR amnya. Jatuhnya kerajaan PAS di Kedah dan Terengganu selepas hanya sepenggal menguasai negeri berkenaan adalah berkait dari stail pimpinannya yang amat kurang responsif terhadap situasi semasa. Kelambatan Hadi bertindak dan membuat keputusan benar benar merugikan PR.

Kekurangan Hadi selaku pemimpin parti politik sahsiah menjadi lebih ketara dalam isu MB di Selangor. PAS memerlukan seorang pemimpin lain yang lebih dinamik, pantas bertindak serta berfikiran lebih terbuka. Kekalahan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu dalam GE lepas di Pendang juga ada kaitan dengan peranan Hadi melalui Azizan dan juga beberapa pimpinan yang menganggotai Dewan Syura. Di Kedah khususnya di Pendang, terdapat sebahagian pimpinan PAS yang pro Azizan dan Hadi yang ikut memainkan peranan yang membawa kecundangnya Mat Sabu di kerusi berkenaan. Malah mereka ini turut memanjangkan dakyah dan kempen UMNO BN yang mengaitkan Mat Sabu dengan syiah.

Pimpinan bukan bertaraf ulama dalam PAS dipandang penuh curiga oleh pimpinan ulama yang dipimpin Hadi seolah olah mereka ini dari kasta yang lebih rendah. Kerana itulah pimpinan sebaik Husam telah diketepikan hanya kerana tidak berlatar belakangkan pengajian Islam. PAS tidak mungkin dapat berubah selaras dengan keperluan semasa jika Hadi dan beberapa kerat pimpinan yang sewaktu dengannya dikekalkan dalam organisasi kepimpinan tertinggi parti berkenaan. Mereka mereka inilah sebenarnya menjadi penghalang kepada matlamat majotiti rakyat yang mahukan politik Malaysia menuju ke sistem dua parti bagi menamatkan dominasi UMNO BN selama ini. Hanya dengan sistem begini kebajikan rakyat dan taraf kemajuan negara dapat ditingkatkan.

Maka batu batu penghalang ini wajib dibuang seberapa segera sebelum segala impian rakyat punah ranah dek pemikiran sempit dan tidak cerdiknya puak ustaz dan ulama berkenaan. Kebolehan mereka lebih layak dibidang lain.

Anonymous10 September 2014 11:51

Cerita benar yang aku rasa perlu dikongsikan di sini. Dulu aku adalah seorang penyokong tegar PAS kerana aku merasakan PAS adalah satu-satunya parti yang boleh diharapkan untuk menjadikan kehidupan rakyat Malaysia ini menjadi lebih baik berbanding berada di bawah pemerintahan BN.

Namun sokongan aku kepada PAS bukanlah membuta-tuli. Aku hanya akan menyokong PAS selagi perjuangan mereka berada di landasan yang betul. Tak kisahlah parti mana pun, kalau mereka berjuang di atas landasan yang benar dan lurus, aku akan terus memberi sokongan padu.

Hari ini sejak krisis MB Selangor berlarutan tanpa ada penyudahnya. aku telah membuat keputusan rasmi untuk tidak lagi menyokong PAS. Aku hanya akan menyokong Pakatan Rakyat sahaja yang terdiri daripada PKR dan DAP. PAS bagi aku sudah terlalu banyak berubah, tidak lagi sama seperti PAS yang dahulu sewaktu di bawah kepimpinan Arwah Ustaz Fadzil Noor.

Pendapat aku ini hanyalah pendapat salah seorang penyokong PAS di peringkat akar umbi. Namun aku percaya ramai lagi penyokong akar umbi PAS yang telah mengambil keputusan seperti aku. Sekarang ini, kalau PAS keluar daripada PR sekalipun, aku tak rasa rugi apa-apa. Biarlah PAS dengan caranya yang tersendiri, tetapi untuk menyokong mereka kembali rasanya tidak lagi.

Aku harap PKR dan DAP akan kekal di dalam Pakatan Rakyat. Jika tiada Pakatan Rakyat selepas ini, hancurlah impian seorang rakyat Malaysia untuk melihat pemerintahan lain selain daripada BN. 

Bagi aku ramai pemimpin PAS kini sudah terpengaruh dengan unsur-unsur dunia, terutamanya bagi mereka-mereka yang ingin menubuhkan kerajaan perpaduan bersama BN. Biarkanlah, yang pasti satu undi dari aku kini tidak lagi akan diberikan kepada PAS.

4 comments:

  1. Anon 6:18 (1Crony)

    Maaflah Admin (Mountdweller), saya tulis pagi tadi dalam Blog Shahbuddin, tak sempat sambung kerana nak solat subuh (geram dan marah sangat kat golongan yang saya bermati-matian sokong dahulu akhirnya wajah munafik yang mereka tonjolkan jua).

    ReplyDelete
  2. Awang Hadi adalah mungkin pemimpin islam biasa tetapi mungkin anwar lebih disegani di seluruh dunia sebagai pemimpin islam yang moden dan bebas.faktor bahasa juga memainkan peranan penting untuk pemimpin berucap di seantero dunia..

    ReplyDelete
  3. Termasuk saya 2 undi sudah hilang. 2 × 30 = 60. Selamat tinggal Parti Ayam Sabung

    ReplyDelete
  4. Sedih sungguh dgn apa yg berlaku kpd PAS sekarang, cara kepimpinan Ust Fadzil Noor sgt dirindui kita semua. Ust Fadzil seorg pemimpin yg progesif dan berpandangan jauh serta bertaraf dunia. Kelemahan ulama yg ada sekarang ni kurang keterampilan terutama peringkat dunia dan hubungan antarabangsa. Mereka hanya berlegar di sekeliling ilmu mereka sahaja. Bidang ekonomi, diplomatik, pentakbiran ,politik dll memang kurang berkesan. Mereka hanya tahu bab hukum-hakam agama aje. Tapi nasfu besar kpd habuan dunia sebahagiannya.

    Sebelum PRU13 dulu Husam Musa cadang jika PR menang dan PAS majoriti AP lebih dari PKR & DAP, maka dilantik TGHA jadi PM. Apa kata TGHA? Dia lebih rela jadi nelayan dari jadi PM. Dlm pada itu mahu lantik tengku li jadi PM jika PR menang. Berginikah cara TGHA jadi pemimpin?

    Rakyat mahukan ABU- Asal Bukan Umno.




    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa