Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 1, 2014

Iblis Yang Menyerupai Manusia!

Sebenarnya Iblis pun sayangkan anak
Kalau manusia pijak atau kencing di atas kepala anaknya pun akan dirasuknya!

Polis Temui Rangka Kanak-Kanak Lelaki Berusia Dua Tahun
Diterbitkan: Ahad, 31 Ogos 2014 7:29 PM

MELAKA: Polis menemui rangka kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang ditanam di belakang sebuah rumah di Taman Bayan, BukitKatil pada Sabtu.  

Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Superintendan Razali Abu Bakar berkata berikutan itu pasangan kekasih ditahan polis bagi membantu siasatan.   

Beliau berkata lelaki berusia 25 tahun dan pasangannya berusia 24 tahun itu dibawa ke lokasi kejadian, dan kira-kira 7 pagi Sabtu polis menemui rangka mangsa berbalut kain batik yang ditanam di dalam lubang sedalam 0.3 meter.  

"Melihat keadaan rangka terbabit kanak-kanak berkenaan dipercayai meninggal dunia Februari lalu sebelum mayatnya ditanam di rumah yang disewa pasangan berkenaan (bermula) awal tahun ini," katanya kepada pemberita pada Ahad. 

Razali berkata berdasarkan siasatan awal suspek lelaki itu mengaku membunuh kanak-kanak itu dipercayai anaknya, dengan menekup mulut mangsa sehingga lemas. 


Bagaimanapun punca dan motif sebenar kejadian masih dalam siasatan.   

Kedua-dua suspek ditahan reman tujuh hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. 

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa