Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 8, 2014

Kalau PRN Selangor: Sekiranya Kalah Pun Padan Muka!

Masing-masing tunjuk besar kepala!
Harapan rakyat berkecai
Mungkin PKR tersembam, PAS bungkus balik ganu
DAP akan mengukuhkan pengaruh

Pakatan berisiko kalah jika pilihan raya di Selangor, kata penganalisis
Published: 7 September 2014
Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata pakatan yang terdiri daripada hanya PKR dan DAP tidak cukup mencabar Barisan Nasional (BN), kerana setiap bahagian diperlukan untuk memaksimumkan undi mereka. – Gambar fail, 7 September, 2014.

Pakatan Rakyat (PR) dan PAS khususnya akan menghadapi kekalahan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor kerana peratusan pengundi yang sudah penat berkata mereka akan beralih sokongan ekoran krisis menteri besar yang berlarutan, menurut kajian dan penganalisis.
Kaji selidik bersama The Malaysian Insider dan Merdeka Center dari 11 hingga 17 Ogos mendapati 8% daripada 808 responden, semuanya dari  Selangor, akan mengubah cara undian mereka berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PRU pada 5 Mei tahun lalu menyaksikan PR memenangi 59.4% undi popular di negeri ini, menunjukkan pakatan itu masih mempunyai kelebihan di Selangor jika pilihan raya berlaku.
Bagaimanapun Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian berkata sokongan terkini bagi PR akan lebih buruk daripada apa yang kaji selidik cadangkan, seperti keputusan PAS mengemukakan wakil rakyat sendiri sebagai salah seorang calon MB kepada istana.
"Jika PRN berlaku, PAS terus menjadi ejen bebas dan medan kepada calon-calon sendiri, ia akan memecahkan undi, kehilangan semua kerusi dipertandingkan, dan menafikan majoriti yang PR perlukan," Ibrahim memberitahu The Malaysian Insider.
Katanya walaupun PAS kekal bersama PR dan tidak mencuba pertandingan tiga penjuru, bukan Melayu yang mengundi mereka tahun lepas akan mempertimbangkan semula sokongan mereka.
"Perkara lain yang melemahkan PR adalah bilangan pengundi yang keluar mengundi. Kesanggupan dan semangat tidak akan sama seperti tahun lepas," katanya.
"Saya berasa pengundi sudah penat dengan apa yang sedang berlaku. Ia akan menyebabkan bilangan pengundi yang keluar mengundi lebih rendah, dan ini akan memberi implikasi pada potensi pilihan raya."
Ibrahim menambah, pakatan yang terdiri daripada hanya PKR dan DAP tidak akan cukup untuk mencabar Barisan Nasional (BN), kerana setiap bahagian diperlukan untuk memaksimumkan undi mereka.
"Dalam kes Selangor, BN mempunyai bank undi kukuh di kalangan orang Melayu yang tidak mungkin beralih. Dalam pilihan raya di mana PAS adalah calon bebas, ia akan mengambil undi Melayu daripada PR, manakala BN akan mengekalkan bank undi miliknya."
Beliau berkata pilihan sama ada atau tidak, "entiti bukan BN" akan terus memerintah Selangor bergantung kepada Jawatankuasa PAS Pusat.
"Jika mereka memilih untuk tetap bersama Hadi, ini akan membolehkan negeri ini terlepas daripada genggaman PR," Ibrahim berkata, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PAS mengemukakan nama dua Adun PKR dan seorang wakil PAS Selangor kepada istana sebagai calon untuk jawatan tertinggi itu.
Pencalonan nampaknya dilakukan tanpa pengetahuan Jawatankuasa Pusat parti itu, yang memutuskan pada 17 Ogos PAS tidak menuntut jawatan menteri besar itu.
Ia juga bertentangan dengan keputusan Majlis Presiden PR pada Ogos 17 untuk menamakan hanya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan itu.
"Jawatankuasa Pusat perlu memilih antara bersama PR atau Hadi," kata Ibrahim, sambil menambah Muktamar PAS akan datang bakal menyaksikan krisis berpuak-puak dalam parti.
Bagaimanapun, penganalisis politik Prof James Chin dari Universiti Monash kurang pesimis.
Beliau berkata PR, atau gabungan yang terdiri daripada hanya DAP dan PKR, masih boleh memenangi 30 hingga 35 daripada 56 kerusi jika PRN diadakan.
Chin berkata jika berlaku pertandingan tiga penjuru, dengan PAS melawan Umno dan DAP/PKR, penyokong PR akan mengundi DAP/PKR kerana mereka marah dengan PAS, dan bukan keseluruhan gabungan.
"Orang mahu menghukum PAS, tetapi itu tidak bermakna mereka mahu menghukum kedua-dua pihak yang lain. PKR dan DAP masih boleh menang semua kerusi campuran dan kerusi majoriti Cina," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Hanya 20 kerusi dari kawasan majoriti Melayu, jadi PAS tidak memberi banyak kesan. PR masih boleh menang, tetapi dengan majoriti sangat sedikit."
Tahun lepas, PKR memenangi 14 kerusi, DAP 15 dan PAS 15, manakala Umno memenangi hanya 12 kerusi.
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pada hari Rabu kemungkinan berlakunya PRN dibawa kepada istana, tetapi berkata keutamaan kini adalah untuk melantik MB baru.
Bagaimanapun, keputusan PAS menamakan tiga calon berbeza, serta teguran Sultan terhadap PKR kerana menghantar hanya satu nama calon ke istana, mungkin menyaksikan Dewan Negeri dibubarkan dan PRN berlaku. – 7 September, 2014.

1 comment:

  1. komen tulang besi:

    Ditakdirkan PAS tidak dipecat dari PR, Haji Hadi sebagai Presiden mampu menandatangani berbelas2 watiqah.

    Hasilnya nanti akan ada berbelas2 kerusi DUN yang seperti Kota Damansara waktu PRU13 yang lepas.

    Makanya untuk mengelakkan PRN Selangor serta jatuhnya kerajaan PR Selangor, Haji Hadi wajib direhatkan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa