Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 7, 2014

Rupanya Di Dalam PAS, Presiden Berkuasa Mutlak

Lama juga aku jadi Ahli PAS
Rupanya selama ini aku pun tak faham perlembagaan PAS!
Tapi apa fungsinya Mesyuarat AJK Pusat?

AJK PAS Pusat mesti dengar arahan presiden, putus Majlis Syura
TMI - Published: 7 September 2014
Pemimpin-pemimpin PAS semasa muktamar PAS tahun lepas. Adakah parti sekarang sedang menghadapi pergolakan dalaman? - Gambar The Malaysian Insider, 7 September 2014. 

Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang selepas Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat hari ini membuat keputusan bahawa Presiden PAS mempunyai kuasa pemutus dalam apa jua perkara melibatkan kepentingan parti, lapor Harakahdaily.
Dalam satu kenyataan hari ini, mereka berkata ia merujuk kepada Fasal 26 (1) (a) Perlembagaan PAS yang menyatakan bahawa presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS.
Majlis Syura Ulamak juga memutuskan bahawa adalah menjadi kewajipan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk menjalankan tugas dan arahan-arahan oleh Presiden sebagaimana diperuntukkan dalam Fasal 26(9)(m) itu.
Berikutan arahan ini, badan tertinggi dalam PAS itu menyeru kepada semua ahli dan penyokong PAS, agar bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh merugikan perjuangan Islam, kata kenyataan itu.
Kenyataan majlis syura ini dibuat ketika pucuk pimpinan PAS bercanggah pendapat dalam isu perlantikan menteri besar Selangor selepas PKR memutuskan untuk menukar Tan Sri Khalid Ibrahim dengan presiden mereka Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Dalam sidang media hari ini, kenyataan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan setiausaha agung PAS Datuk Mustafa Ali dilihat bercanggah antara satu sama lain.
Ketika Mustafa berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk tidak menuntut kerusi MB Selangor dan menyerahkan kepada Sultan untuk memilih menteri besar, Mohamad pula berkata, jika sultan memutuskan PAS, "kita kena tolak".
Pada 3 September lepas, Abdul Hadi menghantar surat kepada Istana Selangor mencalonkan tiga nama untuk dipertimbangkan oleh baginda bagi dilantik sebagai menteri besar Selangor.
Dua darinya adalah Adun PKR manakala seorang lagi Adun PAS.
Setiausaha Agung PAS berkata, keputusan menamakan ketiga-tiga mereka dibuat oleh Majlis Syura Ulama dalam mesyuarat mereka di Kota Baru.
Ekoran itu, Mohamad Sabu membuat kenyataan pihaknya tidak tahu menanhu dengan keputusan itu dan masih berpegang dengan keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos lalu yang memilih Wan Azizah dan Mohamed Azmin Ali.
Pesuruhjaya PAS Melaka Adly Zahari juga membuat kenyataan sedih dengan keputusan itu.
Ekoran kenyataan-kenyataan ini, pelbagai tafsiran dibuat terhadap apa yang berlaku dalam PAS sekarang.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, PAS sekarang sedang menghadapi pergolakan dalaman. – 7 September, 2014.

12 comments:

  1. Abe

    Perangai puak UG. Saya dah kata depa hijack s3mua jawatan penting dalam MSU,JKK, Dewan Ulamak supaya depa boleh guna jawatan2 ini dan badan2 ini untuk kepentingan mereka.

    Arahan ini adalah tektik kotor puak UG bila dah tau Presiden xde kuasa mutlak atau veto.

    Arahan ini bukan arahan benbentuk administrative. Ia melibatkan perlembagaan PAS. Arahan ini memberi kuasa veto kepada tuang Presideng dimana ia tidak tercacat didalam perlembagaan mengenai tugas-tugas presideng.

    Puak UG ni mangkok juga pasal law. Mana boleh ubah perlembagaan gitu-gitu je memasukkan tugas baru pada senarai tugas sedia ada didalam perlembagaan. Kena pinda perlembagaan.

    Sebarang pindaan kena dapat kelulusan daripada Pendaftar Pertubuhan kena mohon. Sebab nak tambah skop kuasa veto kat Presiden yang takde didalam perlembagaan kena buat EGM atau muktamar khas dulu. Perwakilan muktamar lulus tak lulus.

    Agak2 depa boleh menang ka nak tambah kuasa veto presideng jika dibawa kepada muktamar.

    Ini kerja taraf mangkok2 ni keluar arahan membabi buta. Kang ada orang repot kat Pendaftar Pertubuhan, PAS bagi kuasa veto kat Presideng.....naya. Paling terok boleh dibatalkan p3ndaftaran seperti UMNO lama.

    ReplyDelete
  2. Kalau dah semua kuasa di bawah kuasa Hj Hadi,nanti pilihanraya suruh Hj.Hadi dan kuncu2nya pasang bendera dan tampal poster.suruh Hj Hadi dan Stopa Ali pungut derma bila ada caramah.

    ReplyDelete
  3. Apabila ade perselisihan ( dlm membuat ijtihad) kembali-kanlah kepada al-qur'an shj....sunnah adalah penjelesan kpd isi al-qur'an sbb adlh firman allah pencipta segala ciptaan..ijma ( kesepakatan dlm keputusan dlm musyawarah) kuasa unaliteral dtg jika jelas hukum. Khalas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abrar

      Soalnya sekarang kitabullah dah di tolak ketepi. Haji Hadi dok guna kitab yang Mahathir guna - michevilian.

      Delete
  4. Hehe

    Mungkin consensus agaknya - Presideng boleh langgar Majlis Syura ... Bukan veto pun !

    Kalau tak, habih le kita.. hehe... Patut le dia & geng perpaduang dia suka sangat pakat dalam gelap dgn UmNo & nak sangat UG sampai sekarang !

    ReplyDelete
  5. Diktator ugama muncul di ufuk timur..... takkan 'fakeh' agama pun pakai cara ' matlamat menghalalkan cara'?...

    ReplyDelete
  6. Majlis syura ulamak pas telah merestui satu sifat yang dulu di tentangnya. MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Dulu mereka kutuk Umno. Sekarang mereka mencotohi Umno.

    ReplyDelete
  7. Andaikan arang boleh menilai, pasti dinilai hitam itu menawan, gelap itu harmoni dan gelita itu kedamaian . Maka yg berpendidikan sekular pasti akan memandang serong kpd golongan ulamak yg berpendidikan agama. Yakinlah bahawa arang tetap akan menghitamkan setiap yg disentuh.

    ReplyDelete
  8. Kita lupa punca sebenar...KERAkusan ANWAR DAN PKR yang membawa virus dan bau najis UMNO...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini orang UMNO ini....bukan PAS....sengaja di hantar utk menhasut

      Delete
  9. TSKI telah disiasat oleh panel pakatan dan didapati memang tak bersalah apa2 dlm pentadbiran beliau.
    Hj. Hadi memutuskan untuk menentang penyingkiran TSKI krn bersifat penganiayaan.Kenapa nak buang TSKI dpd jwtn mb jika beliau tidak bersalah?
    Hadi melalui majlis syura sebulat suara menentang penyingkiran TSKI dan menolak sama sekali wan azizah krn memang sah tidak ada kredibiliti langsung.
    Hadi bercakap berdasarkan pengalaman beliau dan pandangan majoriti rakyat.
    Bagi aku sebagai rakyat biasa, cdgn perlantikan wan azizah sbg mb memang tidak tepat langsung.Beliau sah lemah sebagai presiden dan lantikan nepotisme tersebut memang ada udang sebalik batu.Kenapa beriya-iya sangat?Klu sekadar mb boneka atau mb ali baba...baik lantik adun lain yg berkebolehan.Tak kan tak ada calon lain dlm pakatan yg sesuai?!Apa salah klu mb dpd pas...kan sultan dah bagi perkenan calon2 dpd parti2 dlm pakatan.
    Jadi kita kena hormat majlis syura pas dan hormat undang2 tubuh negeri selangor termasuk sultannya sekali...

    ReplyDelete
  10. Stand alone ni guna sebelah mata dan sebelah telnga dan sebelah otak je.merenglah tu.Mengapa kepada Anawr sahaja kau salahkan?kan semua peminpin patut di salahkan kerana tidak dapat mengatsi kemelut isu ini.Masing2 nak beerebut jawatan,kau tu monyetbodohan yang pandai menuduh,yang sebenarnya kau memang dari najis UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa