Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 1, 2014

Nampaknya Nada Ridhuan Tee Dah Agak Lunak!

Hormati sensitiviti Melayu terhadap babi, kata Ridhuan Tee
Published: 1 September 2014

Penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah (gambar) mengingatkan golongan "ultra kiasu" supaya menjaga sensitiviti kaum Melayu semasa menimbulkan isu babi, walaupun mengakui haiwan itu bukan hina di sisi agama Islam.
Menurut bekas pensyarah Universiti Pertahanan Malaysia itu, orang ramai perlu menerima hakikat tahap sensitiviti kaum Melayu terhadap babi amat tinggi sehingga tidak boleh memandangnya sama sekali.
"Ingatan saya, pertama jaga sensitiviti orang Melayu selaku Pribumi. Walaupun babi (atau anjing) itu makhluk Allah, tetapi orang Melayu tetap sensitif dengan makhluk ini. Kalau boleh tidak mahu lihat langsung.
"Ia sebahagian cara hidup Melayu. Hormatilah pendirian ini," katanya dalam artikel bertajuk "Akibat jahil terhadap Melayu" yang diterbitkan Sinar Harian hari ini.
Ridhuan berkata tidak menghalang sebahagian orang bukan Islam menternak dan memakan babi, tetapi menyarankan penternakannya dibuat jauh daripada kawasan Melayu.
Bagaimanapun katanya isu babi tidak wajar dijadikan pemisah hubungan semasa manusia dan menjadi penghalang dakwah (penyebaran agama).
"Oleh kerana pemakan babi tidak ramai, yang lebih ramai adalah pemakan lembu dan kambing, tidakkah lebih baik negara ini menjadi lebih banyak kambing dan lembu daripada babi," soalnya.
Beliau berkata sensitiviti itu sama seperti isu penggunaan kalimah Allah yang mencetuskan kontroversi sehingga dibawa ke mahkamah, apabila Melayu dan Allah tidak boleh dipisahkan.
"Saya tidak tentang orang bukan Islam Semenanjung untuk menggunakannya. Tetapi itulah Melayu. Maka hormatilah pendirian ini," katanya.
Beliau turut mempertahankan Melayu sebagai golongan yang tidak rasis, cuma dilihat sedemikian apabila mereka rasa terancam.
Katanya, orang Melayu tidak pernah meminta hak kaum lain, cuma mereka memohon supaya hak mereka tidak dikikis habis sewenang-wenangnya.
Tetapi malangnya menurut Ridhuan, permintaan itu tidak dipedulikan sehingga menyebabkan Melayu bangkit dan melawan.
Beliau mengakui kagum dengan sikap toleransi orang Melayu ketika bangsa di negara lain menolak bukan Melayu.
"Jika tidak faham cara hidup dan sensitiviti Melayu, tanyalah saya.
"Bukan bongkak atau tunjuk pandai. Tetapi saya amat memahami orang Melayu. Saya tidak pernah mengaku saya Melayu dan saya tidak pernah masuk Melayu.
"Tetapi kita perlu memahami Melayu, kerana mereka Pribumi dan majoriti. Melayu ada kelemahan, ada kelebihan," katanya.
Beliau turut membidas golongan "ultra kiasu" yang mahu menjadikan Malaysia negara sekular dengan mencontohi Indonesia memisahkan agama daripada kehidupan dan politik.
Tegasnya, Malaysia tidak akan menjadi negara sekular walaupun rakyat beragama Islam kurang dari 60% berbanding Indonesia yang lebih 85%, kerana dua negara ini mempunyai sejarah dan perlembagaan yang berbeza.
"Mana ada dalam dunia ini Perlembagaan negara yang melindungi umatnya, kecuali Malaysia. Mereka yang berada dalam Islam, mesti kekal, tidak boleh murtad.
"Mungkin ada yang negatif. Tetapi saya melihat dalam ruang lingkup yang positif, walaupun mungkin dibenci bukan Islam," katanya.
Katanya, Islam bukan agama kedai kopi seperti agama lain, yang boleh keluar masuk sesuka hati. – 1 September, 2014.

1 comment:

  1. Mualaf ini kerjanya hanya bercakap dan membodek Melayu UMNO untuk mencari sesuap nasi dengan hanya berbekalkan PHD yang copy and paste dari insan lain. Berbanding Kaum Cina yang lain siang malam pagi dan petang penat berniaga demi menyara keluarga, tapi Mualaf seekor ini hanya tahu berceramah, menulis lantas membodek pemerintah dan raja Melayu sahaja. Islam tak perlukan Munafik macam kamu untuk meneruskan legasinya, sebaliknya Munafik seperti kamulah yang terlebih dahulu menjahanamkan keharmonian Islam dengan menyorok segala kebenaran dan mengaggungkan kebatilan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa