Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 8, 2014

PAS Kini Wujud Segolongan "Ustaz Muda"

Khalid mempertahan tuang presideng dengan menyalahkan anggota lain!
Jadi bagaimana pula dengan arahan Majlis Sura?

'Baiah PAS setia pada Allah, bukan pemimpin'
mk - 1:44PM - 8 Sep 2014

Baiah yang disebut-sebut dibuat oleh anggota PAS sebenarnya dilakukan untuk mengikrarkan taat setia kepada Allah dan Rasul dan bukannya mana-mana pemimpin, kata anggota Jawatankuasa Pusat PAS, Khalid Samad.

Khalid berkata demikian dalam satu wawancara dengan Malaysiakini sewaktu menjelaskan pandangan yang mendakwa mereka yang berhujah dan berbeza pendapat dengan presiden parti dan Majlis Syura sebagai tidak taat kepada parti.

Menurut Khalid, dalam PAS kini wujud segolongan "ustaz muda" yang cuba mewujudkan persepsi bahawa perbezaan pendapat dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai satu kesalahan - demi agenda peribadi mereka.

"Baiah itu adalah untuk memberikan taat setia kepada Allah dan Rasul - bukan kepada mana-mana pemimpin atau sokongan tanpa syarat kepada mana-mana pemimpin.

"Mereka (ustaz muda) ini tidak faham.

"Selagi mana presiden itu patuh pada ajaran Islam, ia OK.

"Namun ia bukan bermakna kita kena dengar dan patuh pada semua kata-katanya," kata MP Shah Alam.

Menurutnya, badan pembuat keputusan tertinggi (legislatif) dalam PAS sebenarnya adalah muktamar tahunan parti.

Sementara, Jawatankuasa Pusat PAS pula bertindak sebagai pelaksana (eksekutif) dan Majlis Syura pula memberikan panduan umum bagi memastikan PAS tidak terkeluar dari landasan syariah.

Menurutnya, ramai sebenarnya keliru di antara kuasa eksekutif dan legislatif dan ramai juga yang tidak sedar bahawa seorang presiden parti tidak semestinya merupakan seorang ulama.

"Kertas kerja asal penubuhan PAS memperincikan dengan jelas bahawa Jawatankuasa Pusat PAS adalah eksekutif, Majlis Syura pula adalah organisasi yang memberi panduan dan memantau legislatif sendiri iaitu muktamar," katanya.

Oleh sebab itu, keputusan bersifat polisi yang penting seperti keputusan untuk terus kekal bersama Pakatan Rakyat diputuskan sewaktu muktamar tahunan.

8 comments:

  1. Setujukah anda bekerjasama dengan UMNO/BN?

    Apa jawapannya?

    Jika ubah soalan kepada:

    Setujukah anda bekerjasama dengan untuk membuat maksiat?

    Apa pula jawapannya?

    ReplyDelete
  2. Tolong tanya Tuan Ibrahim Tuan Man, Fasal berapa di dalam perlembagaan melarang ahli menyertai NGO?

    ReplyDelete
  3. Asalkan tidak bersama umno kita boleh terima, jika nak bersama umno sila keluar dari PAS.

    Kami tidak rela bersyubahat dgn umno yg menolak Islam.
    ABU

    ReplyDelete
  4. Saudara tak setuju dengan presiden sendiri malahan Sultan tak dipatuhi. Saudara mungkin patuh pada anwar kalau tak anda hanya patuh pada DIRI SENDIRI

    ReplyDelete
  5. Awatlah bangang sangat setengah penyokong UG ni... asal Pro Pakatan Rakyat maka dituduh Pro Anwar... hang UG ni masa sekolah rendah di sekolah kerajaan bengap sangat kot sebab tu parent kau orang hantar ke sekolah agama (bukan semua ustaz sokong UG, dan bukan semua ustaz bengap macam ustaz UG).

    Kita Pro Pakatan Rakyat sebab kita menentang kezaliman dan kerakusan UMNO/BN terhadap rakyat Malaysia dari aspek keadilan kepada manusia dan pada masa yang sama kita berharap agar Islam dapat didaulat dan dijadikan rujukan di dalam pentadbiran Negara berkat kefahaman rakan pakatan tentang keadilan Islam.

    Kita sokong Pakatan Rakyat bukan sebab batang tubuh Anwar bin Ibrahim tu... tapi nak buat macam mana dia lebih menyerlah berbanding pemimpin UG yang bengap nak berkawan dengan UMNO walaupun berkali-kali dicap dan dinista dengan pelbagai label seperti PARTI AJARAN SESAT, hamPAS, dan sebagainya

    ReplyDelete
  6. Anon 7:15PM

    Setuju dengan komen sdr yang padat dan tepat

    ReplyDelete
  7. Khalid nampak nya lost jugak dgn PAS

    PAS ber amal kepada jalan Islam dan Allah SWT tetapi ketua presiden PAS tu bukan menghayati PAS tapi nafsu serakah nya nak jadi TPM paling kurang.

    Zaman penipuan nya berakhir apabila Allah SWT tunjuk sifat Munafik nya.

    Selagi shli ahli PAS meng anglat munafik sebagai pemimpin , PAS sudah lari dari ajaran Islam.

    Jangan cakap dan jaja Islam jika sendiri hidup menongkat langit.

    Cukup lsh membodoh kan rakyat jika sendiri sudah bodoh.

    Jadi lah seorang professional dan waras , kenapa nak menongkat nelayan yang gagal di lautan mencari ikan di daratan.

    ReplyDelete
  8. Kemuliaan Haji Hadi telah hilang ditarik Allah sejak dia menipu dan memfitnah berkaitan isu pil kuda, komunis dan sebagainya semasa penamaan calon PRU13. Hingga yang terakhir melakukan penghinaan terhadap Wan Azizah yang dirinya diuji oleh Allah sejak suaminya diaibkan dalam tahun 1997.

    Sejak itu rentetan-rentetan perkara negatif berlaku pada Haji Hadi. Walaupun dia adalah orang besar Ulama Sedunia, namun kini aku lihat itulah Istiraaj yang mampu menenggelamkan terus kemuliaan yang dimilikinya... insyaAllah lihatlah nanti selagi mana dia tidak bertaubat dan meletakkan dirinya ke landasan benar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa