PAS - PEMIMPIN BERFIKIRAN ‘USANG’ HARUS UNDUR
Tindakan TG Haji Hadi Awang ‘mengaibkan’ DS Wan Azizah amat bertentangan dengan prinsip keislaman. Ramai yang berkata begitu. TG Haji Hadi tidak sepatutnya melakukan perkara sedemikian rupa, apatah lagi apa yang diperkatakannya itu tidak dapat diterima oleh ramai rakyat Malaysia. Malah ‘musuh’ politik Pakatan pun merasakan bahawa apa yang diperkatakan oleh TG Haji Hadi amat tidak kena dengan kedudukan beliau sebagai Presiden parti yang sentiasa berlandaskan Islam sebagai wadah perjuangannya.
Antara ‘hujah’nya mengenai Dr Wan Azizah, "Kalau daripada awal lagi dia tidak ada kebolehan jawab soalan di parlimen, untuk soal di parlimen, soalan dalam DUN, nak berdialog dengan lawan dalan Dewan Negara pun tak boleh, macam mana nak jadi pemimpin…Tak boleh, tak mampu mengendali pemerintahan kerajaan negeri Selangor. Ini memerlukan seorang yang kuat untuk jaga negeri Selangor” MALAYSIAIKINI 6 SEPTEMBER 2014.
TG Haji Hadi sepatutnya ‘mencermin diri’ terlebih dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. Apakah beliau lupa yang beliau terbukti gagal mentadbir negeri Terengganu sehinggakan dapat ditawan semula oleh Barisan Nasional. Dan apakah beliau juga sudah tidak ingat tentang tokoh PAS yang dipilih oleh beliau untuk menerajui Kedah juga gagal meneruskan pentadbiran sehingga dapat ditawan juga oleh BN. Dan mengenai peranan beliau sebagai ahli Parlimen juga haru disentuh. Seingat aku tidak ada satu isu besar yang pernah diketengahkan oleh TG Hajid Hadi sepanjang beliau ‘memanaskan kerusi’ di parlimen. Dan kebanyakan isu yang disentuh hanya berlegar di sekitar soal-soal agama dan hampir tidak ada langsung kebolehan beliau untuk berbicara mengenai soal ekonomi dan hal-hal antarabangsa.
Dengan mengeluarkan kenyataan yang merupakan satu penghinaan kepada Presiden sebuah parti PKR yang merupakan rakan perjuangan dalam Pakatan Rakyat sudah menampakkkan yang TG Haji Hadi sudah amat jauh ‘terpesong’ dari tindak tanduk sebagai seorang pemimpin sebagai sebuah parti berasaskan Islam. Kesanggupan beliau untuk mengeluarkan kata-kata sedemikian dengan sendirinya membayangkan bahawa PAS sememangnya berhasrat untuk keluar dari Pakatan Rakyat. Membayangkan juga bahawa TG Haji Hadi sememangnya bersedia untuk ‘berkerat rotan dan berpatah arang’ dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Hanya menunggu masa dan ketika.
Jika ditinjau tentang penglibatan TG Haji Hadi dalam Pakatan Rakyat sepanjang ‘persahabatan’nya dengan pakatan sedemikian, menampakkan seolah-olah beliau hanya ‘berlakon‘ dalam memperjuangkan sesuatu isu yang berkait rapat dengan soal keadilan bagi rakyat Malaysia. Seolah-olah TG Haji Hadi ‘hanya tidur sebantal tetapi berlainan mimpi’. Kini sudah terserlah hasrat dan impian TG Haji Hadi yang sebenar. Jikalau dulu kita hanya melihat ‘sekilas ikan di air’ dan belum begitu jelas tentang ‘ jantan dan betina’nya. Kini hal sedemikian sudah amat jelas dan tidak ada jalan lain bagi TG Haji Hadi melainkan mengundurkan diri dari perjuangan yang belum selesai ini. Rakyat Malaysia masih mahu meneruskan perjuangan yang telah tersedia diasaskan oleh tokoh-tokoh pakatan Rakyat yang sedar tentang erti perjuangan abad baru.
TG Haji Hadi dan beberapa orang pemimpin usang lain dalam PAS harus sedar bahawa mereka tidak sesuai lagi berada dalam PAS sekiranya mereka tidak bersedia untuk mengadakan anjakan paradigma dari segi tindakan mereka. Yang dimaksudkan dengan pemimpin usang adalah mereka yang berfikiran yang tidak selari dengan perjuangan nasional yang sedang ditunjangi oleh pemimpin-pemimpin progresif dalam Pakatan Rakyat, PAS,PKR dan DAP. Ramai pemimpin yang sudah agak lanjut usia namun masih befikiran yang sesuai dengan Kurun ini. Sebaliknya ramai juga pemimpin muda yang masih ‘ditakuk’ lama dimana fikiran mereka sudah agak ‘usang’ dan ‘jumud’ dan amat tidak sesuai dengan perkembangan zaman. Lantas harus mengundurkan diri.
Pemimpin usang sedemikian harus sedar bahawa mereka sudah tidak sesuai berada untuk memimpin generasi kini yang sedang gigih untuk memperjuangkan nasib rakyat sesuai dengan tututan masa. Hendaknya janganlah pemimpin sedemikian masih mahu ‘berpaut’ kepada perjuangan yang sudah ketinggalan zaman terutama bagi masyarakat majmuk seperti negara kita.
Harus disedari bahawa ‘ sekali air bah sekali pantai berubah’. Dan sekiranya ada pemimpin yang masih berdegil dan tidak mahu berubah mengikut zaman, janganlah hendaknya mengharapkan rakyat untuk ‘menolak’ mereka kerana adab dan budaya masyarakat Malaysia tidak menghendakkan keadaan sedemikian. Namun sekiranya keadaan amat mendesak dan memerlukan, tentulah rakyat tidak mempunyai pilihan lain.
Masyarakat Kurun ke 21 mungkin bertindak sedemikian rupa.
7 September 2014
Sesekali keluar dari mulut dan pena Abu Hassan Adam ini berbaloi nampaknya. Saya harap beliau kerap sikit menulis kerana pengunjung blog beliau sering tertunggu-tunggu post untuk ulasan politik terbaru. Trm kasih juga admin (Moundweller) kerana mengetengahkan posting ini. Terbaik
ReplyDeleteHaji Hadi pernah pelingkup T'ganu dulu yang dia sendiri jadi MB. Lepas itu di Kedah yang kawan baiknya jadi MB. Jadi apakah kelayakannya nak komen Wan Azizah. Memang tepat komen diatas , dia wajar cermin diri dulu.
ReplyDeleteBeliau pandai bercakap ketika berceramah tapi tak buat pun apa yang dia cakap. Anuar pernah minta maaf bila buat salah, LGE pun sama, Nurul Izzah juga, Hamid Alba juga. Nak tunggu beliau minta maaf isu pil kuda. Orang alim tak boleh minta maaf ke? Dalam dewan cakap berjela-jela introduction je point tak ada.
ReplyDeleteGagal mentadbir terengganu hingga ditawan oleh bn.......cantek ayat tu tapi gagal memahami hakikat sebenar nya.lupa pada qada dan qadar.sesuatu yg telah ditetapkan Allah sejak azali lagi.komen tu komen ler tapi jgn sampai hilang iman.jahil lagi rupa nya.tak mengapa.teruskan lg belajar yea.dalami lagi kefahaman iman supaya tidak kita dikategorikan sebagai muktazillah ataupun rafidiah.dan sukar buat manusia yg difitrahkan sebagai ego utk menerima hakikat kelemahan diri.apa pun bravo buat team force.
ReplyDeleteGagal tadbir Trengganu bukan kerana kada dan kadar Allah tapi kebebalan manusia sendiri yang gagal ikut ajaran Allah walaupun ulamak....tak mendalami ilmu pentadbiran, ekonomi dan sosial. Kalau macam itulah, maka kezaliman, rasuah UMNO BN adalah kada dan kadar Allah maka kita duduk diam....mampuih...
ReplyDeleteCiri-ciri ulamak munafik:
ReplyDeleteAMANAT HADI.
SAUDARA-SAUDARA SEKALIAN
PERCAYALAH,
KITA MENENTANG UMNO BUKAN KERANA NAMA DIA UMNO. KITA MENENTANG BARISAN NASIONAL BUKAN KERANA DIA LAMA MEMERINTAH KERAJAAN. KITA MENENTANG DIA IALAH KERANA DIA MENGEKALKAN PERLEMBAGAAN PENJAJAH, MENGEKALKAN UNDANG-UNDANG KAFIR, MENGEKALKAN PERATURAN JAHILLIYAH. OLEH KERANA ITULAH KITA MENENTANG MEREKA. OLEH KERANA ITULAH KITA MENGHADAPI MEREKA. OLEH ITULAH KITA CUBA BERLAWAN DENGAN MEREKA.
PERCAYALAH SAUDARA-SAUDARA SEKELIAN,
PERJUANGAN KITA ADALAH JIHAD, UCAPAN KITA ADALAH JIHAD. BERGANTUNGLAH KITA KEPADA ALLAH DENGAN MENGHADAPI PUAK-PUAK INI KERANA KALAU KITA MATI MELAWAN PUAK-PUAK INI, MATI KITA ADALAH SYAHID. MATI KITA ADALAH ISLAM.
KITA TIDAK PERLU MASUK BUDDHA, KITA TAK PERLU MASUK HINDU, KITA TAK PERLU MASUK KRISTIAN. TAPI KITA MENJADI KAFIR DENGAN MENGAMALKAN `POLITIK SUKU, AGAMA SUKU'.
Org yg paling jahil adalah:
ReplyDeleteOrg yg mengatakan org lain jahil.
Pejuang kebebasan spt Mat Kilau, Dato Bahaman dan sebagainya adalah pejuang sebenar. BN hanya duduk kat meja dan sain kertas untuk kemerdekaan.
ReplyDeleteKalu nak banding Hj Hadi sebagai MB dengan semua MB / KM dalam M'sia dulu dan kini (kecuali MB Nik Aziz) aku lebih respek MB Hj. Hadi...
ReplyDeleteBila dia janji hapus tol jambatan, sebaik menang plihanraya pekerja tol jambatan tu tak kutip tol dah depa dok lambai suruh hangpa jalan...
Tak dak dia cari alasan tak mau bagi hapus tol...
Ado lim dan khalid buek gitu ko jang?
dah dua penggal perintahpun tak nampak bayang lagi...
Bila dia janji hapus cukai pintu, betul-betul dia hapus cukai pintu...
Ado lim dan khalid hapus cukai pintu kat negeri masing-masing?
Sebaik sahaja ameno menang cepat-cepat depa dok kutip balik...
Dah nasib orang t'ganu...
sapa suruh hangpa pi undi bien, hangpa ingat depa nak layan rakyat macam Hj Hadi layan rakyat?
Banyak lagi kalu aku nak cerita, cuma aku rasa dua contoh nih dah cukup tuk cerita kejayaan rakyat t'ganu di era MB Hj Hadi!
Teng buleh buek ko jang?
Tapi kalau itu je nampak tak cukup. Kalau cukup tentu tak sepenggal. Bila sepenggal maknanya banyak benda2 lain yang dibuat oleh Haji Hadi tak mendatangkan manafaat kepada rakyat.
DeleteNak kira cabaran dan masaalah yang dihadapi oleh TGNA di Kelantan lagi berat dan besar berbanding dengan Haji Hadi di Terengganu. Pendapatan negeri Kelantan amat sedikit. Tetapi mengapa TGNA boleh memerintah sampai 23 tahun. Mengapa Haji Hadi hanya sepenggal sedangkan masaalah memerintah Ganu jauh lebih kecil dari yang dihadapi oleh TGNA.
Tekanan dan cabaran yang dikenakan oleh kersjaan pusat dan UMNO keatas kerajaan Haji Hadi juga dikenakan juga kepada TGNA. Persoalannya kenapa Haji Hadi tahan sepenggal dan TGNA kekal selama 23 tahun?
Tolong jawab...
TGHH = Tuan Guru Huru-Hara.
ReplyDeleteaku ingat lagi ucapan hj hadi di HKR sebelum PRU13 di stadium merdeka. aku ada di situ. ucapan yg paling membosankan dan tak menaikkan semangat langsung!!
ReplyDeleteTok Guru Hadi adalah munafik , bila janji dia khianat.
ReplyDeleteHadi hanya lah nelayan ber serban menjala rezeki di daratan dengan jualan Al Quran Sunnah sebagai umpan.
Bodoh lah orang orang mentuhan kan nelayan daratan sebagai pemimpin...
Allah SWT sudah tunjuk kan di dunia sebagai pengajaran.
Sedarlsh orang orang Melsyu
Good post, well written. Thank you. I will be back soon to check out for updates.
ReplyDeleteCheers.