Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 8, 2014

Yang Tersiratnya.......PAS Berharapkan Kerusi MB?

Formula bodoh untuk PKR dan Pas

Sebelum melelapkan mata, saya ingin mengemukakan formula bodoh saya untuk mengatasi kemelut MB Selangor yang belum ada kesudahan dan menyerabutkan fikiran itu. Formula ini mungkin tidak mudah untuk dilaksanakan, namun sekurang-kurangnya ia sebagai mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan keadaan Pakatan Rakyat, terutamanya Pas dan PKR daripada merana dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Formula ini juga dicadang memandangkan kepada keluhan dan keresahan rakyat yang menjadi pengundi di Selangor yang kesal dan marah atas apa yang berlaku. Tidak dapat siapa nafikan bahawa rakyat Selangor khasnya pendokong Pakatan Rakyat sedih, kesal dan geram dengan apa yang berlaku. Mereka hadir dari berbagai lapisan masyarakat dan etnik di Selangor. Bahkan masalah di Selangoir turut menyakitkan jiwa orang di luar Selangor juga.

Setiap individu yang berjumpa dengan saya, atau yang menghubungi saya, baik kakitangan kerajaan, pensyarah, profesor, pekerja boroh, pelajar, pemandu teksi maupun ahli politik semuanya menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Semuanya bertanya apakah tidak ada jalan penyelesaian, dan sudah habiskan ikhtiar bagi menyelamatkan keadaan.

Perkembangan dari detik ke detik yang mereka ikuti tidak memberi kelegaan kepada mereka. Tiada tanda-tanda ia akan selesai dengan baik. Serbaliknya semua melihat ia semakin meruncing dan seakan Pakatan Rakyat sudah mahu tenggelam atau terbakar.

Siang tadi saya menghadiri beberapa majlis, kenduri kahwin dan majlis pertemua mata anak Kelantan dengan pemimpin. Setiap individu yang kenal menghampiri saya dan soalan yang diajukan ialah masalah di Selangor. Mereka ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sehingga berpanjangan sampai kini. Masing-masing mengeluh dan melahirkan rasa kesal.

Manakala pagi-pagi seorang pemanggil dari Kelantan menangis di hujung telefon kerana kesal dan marah ke atas apa yang berlaku. Paling merujakan saya, pemanggil itu memaki hamun dan menyumpah-nyumpah seorang pemimpin. Katanya;  "saya tidak tengok telivisyen dua tiga malam ini kerana benci melihat wajah seorang pemipin itu. Entah sebut dan tulislah nama dia dalam blog enta," katanya marah. Wap kemarahanya dapat dirasakan set telefon saya.

Begitulah gambaran histerianya rakyat mengenang apa yang berlaku di Selangor kini. Tidak terlupa sebelum itu, dua hari lepas ada seorang Adun dari Terengganu menelefon saya menyatakan hal yang sama. Beliau sedih kerana terlalu sayang kepada Pakatan Rakyat yang berpotensi untuk menjadi kerajaan Malaysia jadi berkecamukan kini. Katanya nasib rakyat di Selangor hari ini tidak ubah seperti burung imigran yang berterbangan di angkasaraya untuk mencari tempat perteduhan dan perlindungan.

Dengan apa yang berlaku di Selangor kini menyebabkan mereka (rakyat) hilang punca dan tidak tahu ke mana untuk berlindung lagi. Maka itulah mereka jadi seperti burung imigran yang berterbangan ke hulur ke hilir untuk mencari tempat persinggahan. Kalau dahulu mereka melarikan diri dari Umno kerana serit dan perit dengan parti itu, kemudian singgah di dahan Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat pula sedang menuju ke hancuran menyebabkan mereka menjadi keliru dan bingung.

Pakatan Rakyat seperti tidak dapat memberi perlindungan kepada mereka lagi. Jadi kini mereka terbang kembali untuk mencari kloni perteduhan baru. Ke mana mereka akan pergi dalam keadaan berkucar kacir kini, tanya Adun itu melepas sebak dan marahnya. Dua dahan yang mereka merasakan selamat untuk berlindung, iaitu Pas dan PKR kini sedang menuju keruntuhan dan kehancuran. Kedua-dua parti itu akan hancur sekiranya krisis yang berlaku kini gagal diselamatkan.

Apa dirisaukan disebabkan musibah hari ini "kawanan imigran" itu tidak ada pilihan lain lagi melainkan mereka akan kembali terbang menyinggahi dahan lama bernama Umno semula untuk berlindung. Mereka terpaksa walaupun serit dan perit kerana kedua dahan baru Pas dan PKR dirasakan tidak selamat untuk mereka. Inilah yang menyedihkan pemimpin berkenaan menyebabkan dia sebak di hujung telefon dan marah kepada kedegilan pemimpin kerana tidak berjaya menghentikan perbalahan dan pertelingkahan hari ini.

Berbalik kepada formula bodoh yang hendak saya kemukakan tadi, ia dicadang kerana tampaknya PKR dan Pas tidak menemui jalan damai dan penyelesaian dengan kemelut yang berlaku. PKR tidak mahu mengalahkan tetap mahukan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor. Parti itu tidak mahu mengalah kerana demi maruah. Manakala Pas pula tetap berkeras (sebenarnya Abdul Hadi dan Mustafa Ali dengan dibantu ahli Majlis Syura Ulamak) tidak mahukan kepada Wan Azizah. Dalam masa sama juga Pas main kilas tangan dengan mengharapkan Adun mereka dipilih oleh sultan menjadi MB.

Jadi kedua-duanya tidak ada jalan damai dalam soal ini. Justeru apa kata kalau mereka bertenang sekejap dan berfikir macam beruk dikepung bajir dan api, duduk atas tunggul kayu. Berfikir mencari penyelesaian untuk menyelamatkan keadaan. Formula saya ialah jawatan MB diberikan kepada Wan Azizah. Apa lagi kalau mengikut alasan Abdul Hadi penolakan Azizah bukan soal gender, tetapi soal kemampuan. Jadi apa salahnya kalau jawatan itu diserahkan kepada Azizah sebagai ujian atau bersifat sementara.

Manakala sebagai imbuhan atas penerimaan Pas itu, PKR dan DAP perlu bersetuju untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar dan ianya diperuntukan kepada Adun Pas. Biarlah MB daripada PKR dan TMB daripada Pas. Adil dan saksama. Tidak pelik kalau diwujudkan jawatan TMB kerana ia pernah dipraktikan di Selangor. Mungkin budak-budak penjolak buah cempedak tidak mengetahui dan memahami hal ini. Sultan juga tidak dapat bermain politik kalau formla ini dicapai.

Katakan Azizah kekok dan tidak sesuai untuk mengiringi Sultan ke sesuatu majlis, maka TMB boleh memgambil alih peranan itu. Rasanya inilah formula terbaik yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Manakala DAP berilah Exco kanan sebagai menghormati persahabatan dalam Pakatan Rakyat dan sebagai hadiah sikap gentlemen parti itu. Formula ini boleh diterima kalau kedua-dua pihak masih ada rasa sayang dan menghormati perngorbanan rakyat yang memilih mereka menerusi Pakatan Rakyat.

Formula ini juga semata-mata untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan merawat hati rakyat yang kini sedang senak dengan "ulah" para pemimpin yang gagal menemui jalan penyelesaian kerana terbakar dengan amarah. Anih juga kenapa sampai begitu buntu dan gelap sekali minda pemimpin Pas dan PKR bagi mengatasi masalah ini.

Bagi saya formula ini sangat adil dan ianya praktikal
[wm.kl.11:26 pm 07/09/14]

3 comments:

  1. Kalau dah sikap suka makan kawan PAS, maka tak jadi juga cadangan MSO tersebut. Nanti dikatakan Tim MB yang penat buat kerja MB yang dapat nama (PAS mana boleh begitu), mereka ini mahu dapat nama di pentas ceramah sahaja terutama puak Rusila Tgganu....Kejap-kejap ampu Sultan (Selangor) dan kejap-kejap maki hamun Sultan (Perak). PKR kena siapkan diri mereka kerana puak-puak UG dalam PAS yang selalunya menikam dari belakang kini sudah mahu menikam berhadapan. Biarlah PAS kerap mengatakan PKR adalah parti baru, perlu kuatkan strategi dan mantapkan modal kepimpinan generasi baru tetapi kalau lama sekalipun masih di bawah telapak kaki UMNO, apa halnya? Maknanya perjuangan para pemimpin mereka begitu dangkal dan kurang cerdik dan alasan mereka bahawa Allah SNT masih mahu mereka kalah dan belum tiba masanya lagi mereka diberi kejayaan..... (rakyat dok kena tindas oleh UMNO saban hari, masih mampu memberi derma kepada penceramah PAS untuk modal perjuangan, sebaliknya mereka ditipu hidup-hidup) yang ada cuma PAS ganti UMNO......

    ReplyDelete
  2. Habis kata sudah mengutuk puak puak PAS jni... tapi nampaknya puak ini lebih degil dari lembu Kak izat. Kita sayang PAS.... Ahli2 nya yang guna PAS sebagai alat untuk perut nampak sangat gelojoh berebut jamuan yang baru nak di hidang. Sedih sangat hingga kesedihan bertukar kebencian yang membuak buak. Harapkan PAS rupanya bertukar jadi Parti Ahli Se..n

    ReplyDelete
  3. Apa kah seorang pemimpin bodoh dari parti politik benggap dapat memimpin rakyat yang cerdik ?

    Bukan semua rakyat selangor benggap seperti pemimpin PAS tau.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa