Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 17, 2015

Aku ingatkan mesyuarat MIC!

Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan kecoh
Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my
Ahad, 16 Ogos 2015 @ 7:29 PM
Kedaan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Bagan, Butterworth, kecoh beberapa perwakilan UMNO bahagian itu mendakwa ditumbuk dan ditendang. - Foto NSTP/AMIR IRSYAD OMAR
UMNO Bahagian Bagan yang diketuai Datuk Shaik Hussein Mydin

Butterworth: Dua perwakilan UMNO Bahagian Bagan mendakwa ditumbuk dan ditendang ahli jawatankuasa bahagian berkenaan ketika hadir pada Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian itu di Hotel The Light di sini, tadi.

Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, kedua mereka dibelasah kerana mempertikai senarai perwakilan mesyuarat berkenaan selepas nama cawangan mereka serta 17 lagi tidak tersenarai.

Mereka mendakwa dicederakan sekumpulan lelaki yang juga bukan ahli UMNO serta beberapa ahli jawatankuasa bahagian itu.

Difahamkan pergelutan berkenaan berlaku hampir 10 minit sebelum berjaya dileraikan anggota polis bertugas.

Susulan kejadian itu, kedua individu yang mendakwa dipukul membuat laporan polis di Balai Polis Seberang Jaya, tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Rusli Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dibuat dan sedang menyiasat kejadian itu.

4 comments:

  1. Yang GELAP tu ahli Umno ke? Tak nampak Melayu pun Nampak macam orang MIC atau IPF...... mungkin tersalah muat gambar kok.....

    ReplyDelete
  2. Budak Bahalolgaduh gaduh pasal dapat duit sikit lah tu

    Biasa lah Melayu

    ReplyDelete
  3. Mesyuarat UMIC kot. Muka2 rentong je yg ada...

    ReplyDelete
  4. Mmg pun depa geng MIC mulanya,,,tp untong dok dlm negara ni,,,bole tukaq bangsa n masuk UMNO,,
    Depa2 ni dok sama2 depa ckp bahasa ibunda depa,,
    Bahasa tamil,,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa