Mana pemimpin akar umbi ketika PM diserang? - Abdul Azeez
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KOTA BHARU - 15 AUG 2015 (3 HOURS AGO)
Pemimpin UMNO di semua peringkat perlu berani berdepan dengan rakyat untuk menjelaskan secara berfakta mengenai isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sekarang ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersendirian mempertahankan dirinya dari serangan pelbagai penjuru oleh musuh parti dan orang dalam UMNO sendiri.
Katanya, pemimpin di peringkat negeri, bahagian dan cawangan diam menyepi diri seolah-olah tidak ada pengetahuan mengenai isu itu setiap kali parti dan pucuk kepimpinan diserang, ditohmah serta difitnah.
“Jika tanya saya, memang saya kecewa dan kesal dengan sikap membisu kebanyakan pemimpin UMNO. Mereka seperti takut untuk memberi penjelasan dan menangkis serangan musuh.
“Saya baca blog, saya tengok media sosial seperti facebook. Semuanya negatif dan menghentam Perdana Menteri dengan isu RM42 bilion wang 1MDB dan derma RM2.6 bilion,” katanya kepada wartawan selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kota Bharu di Bangunan UMNO Kota Bharu hari ini.
Abdul Azeez yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) berkata, berikutan serangan bertubi-tubi pihak tidak bertanggungjawab terhadap 1MDB dan ke atas peribadi Najib, menyebabkan pelabur luar takut datang membeli tanah atau menanam pelaburan di negara ini.
Jelas beliau, memang wajar pelabur luar takut kerana hampir setiap hari mereka disogokkan dengan laporan negatif mengenai 1MDB.
“Di mana pemimpin UMNO peringkat akar umbi ketika Presiden parti dan negara diserang? Sedangkan mereka ada akaun facebook, twitter dan instagram. Kenapa tidak ada sebarang penjelasan positif membela serta mempertahankan kepimpinan parti?
“Saya rayu kepada semua mereka, marilah kita sama-sama bersatu hati. Kita ceritakan kebaikan 1MDB dan apa yang 1MDB telah bantu rakyat selama ini,” katanya.
Mengenai tindakan beberapa ahli UMNO mendesak Najib supaya berehat atau bercuti, Abdul Azeez berkata, mereka boleh membuat teguran itu, tetapi seharusnya melalui kaedah atau saluran yang sesuai.
“Teguran yang membina boleh, tapi mesti mengikut kaedah atau saluran yang sesuai, tidak boleh main ‘tembak’ saja,” katanya.
Ditanya kes 1MDB yang semakin berkecamuk, beliau menjelaskan Najib telah memaklumkan dalam masa enam bulan ini akan menyelesaikannya.
Katanya, berilah peluang itu kepadanya, kenapa perlu diserang lagi.
Ahli Umno berdiam kerana mereka memahami dan percaya apa yang dipersoalkan pembangkang dan orang UMNO sendiri adalah satu perkara benar.Mereka ada telinga mereka ada mata dan yang lebih tinggi mereka punya otak yang baik untuk berfikir.
ReplyDeleteAzeeez.....
ReplyDeleteLu mau najib kekal ker lu mau umno kekal?
Lu kena pilih
Jangan kina kincin sampai mati la....
Kalau tuan-tuan dan puan-puan nak tahu, inilah ayat pembodek atau ayat mengencing. 3 Juta ahli kena kencing termasuk ahli yang jadi pemimpin. Semua nya nganga mulut tadah kencing Najib dan Rosmah!!
ReplyDeletenak tahu juga tahu dari si azeez ni sendiri apa kebaikan 1mdb dan apa yang telah 1mdb bantu?
ReplyDelete2.6 Billion tu banyak Bang. Akar Umbi kira tak cukup di tabur dengan baja ubi sahaja yang boleh hidup subur di mana-mana tanah.
ReplyDeleteKira punya kira macam Si Badan dengan Si Nyawa sedang membahagikan harta samun!
Lembaga HITAM ini pulak nak mula lakon lakon pandai
ReplyDeleteKepala Otak !!!!!!
Kalau suara Lembaga HITAM ini suara BADAK sudah
Ada BON BON
Ada ke Lembaga HITAM di suroh jaga tabung Rakyat
Habis lah
Macam bagi Khinzir jaga Tong Sampah.... Ber sepah lah gaya nya
Bahalol
Keling penyonglap tabung haji besuara
ReplyDeleteDia orang tak boleh jwp sbb org atas tak bagi jawapan yang betul..klu Azeez tu boleh jawap..mengapa tak tolong jawapkan setiap soalan asas yang dibangkitkan...dia pun sama blurrrrr
ReplyDelete