Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 16, 2015

Ku Li ketuk sape ni?

Dahlah masa pencerobohan Lahad Datu dulu dah keluarkan teori dan tuduhan
Masa krisis kepimpinan ni pun ada lagi teori dan tuduhan........kononnya ada bukti
Dulu pun ada bukti juga tapi sehingga sekarang habuk pun tarak!

Perlu tentera jika mahu 'guling kerajaan'
7:22PM - 15 Aug 2015

Bekas Naib Presiden Umno Tengku Razaleigh Hamzah hari ini tampil membayangkan bahawa tiada sebarang rancangan untuk "menggulingkan kerajaan".

"Kalau nak guling (kerajaan) kena ada tentera. Kalau orang biasa tak boleh nak guling. Ahli parlimen atau orang luar kalau tak cukup bilangan (pun) tak boleh buat.

"Kalau (sesiapa) nak buat (jatuhkan kerajaan), kena mesti menerusi apa yang ditentukan perlembagaan," kata Tengku Razaleigh ketika ditemui media di Rumah Terbuka Hari Raya, di Kuala Lumpur hari ini.
Pagi tadi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa ada seorang pemimpin Umno sedang memainkan peranan untuk "menjatuhkan kerajaan" dengan kerjasama ahli parlimen pembangkang.

Ahmad Zahid juga mendakwa pihak terbabit turut mengumpul sokongan daripada wakil rakyat BN di parlimen untuk mendapatkan majoriti bagi menjatuhkan kerajaan "melalui jalan belakang".

Tak senang hati, kemuka usul

Sementara itu, ketika ditanya pemberita Tengku Razaleigh mengakui beliau bertemu dengan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Selasa lalu.

Beliau berkata tiada apa-apa yang penting dibincangkan pada pertemuan itu kerana beliau sering bertemu sesiapa sahaja termasuk Datuk Seri Najib Razak.
Tengku Razaleigh berkata, ahli parlimen boleh menjatuhkan kerajaan mengikut perlembangaan persekutuan iaitu mengemukakan undi tidak percaya kepada Najib di parlimen.
 
"Ini perkara biasa. Mana-mana pihak yang rasa tak senang hati dia boleh kemukakan usul.  Kalau ada bilangan cukup, berjayalah. Kalau tak ada bilangan cukup, tak boleh," katanya.

Ditanya kemungkinan wujudnya dua kelompok dalam Umno seperti sejarah parti itu sebelum ini, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

"Saya tidak tahu, saya tidak ikuti (apa yang berlaku), saya cuma bimbang... rakyat menghadapi masalah sekarang.

"Dengan kerajaan yang baru disusun semula saya harap mereka akan bekerja bersungguh-sungguh untuk membaiki kehidupan rakyat," katanya. - sumber

2 comments:

  1. Tukar Kerajaan yang ikut Perlembangaan.
    Yang Guling Kerajaan ialah melalui Tentera/

    Zahid sedap mulut cakap menuduh ahli lain sedangkan yang tanggal kan skuru Kapal ialah Najib. Dah bocor tunding jari pada ahli/

    Berapa kali skuru tercabut disebabkan oleh perangai Najib yang telah di betulkan ahli UMNO. bukan 10 kali tapi hampir 50 kali.

    ReplyDelete
  2. Ku Li ni cakap , ada Soljal pon tak guna sebab Soljal pon Bahalol gaya nya

    Dah semua nya Melayu apa lagi boleh buat

    Soljal dah tak tahu jadi Soljal duduk makan tidor ngentot sampai KIOK tu lah kerja nya

    Nak tunggu Perang Dunia Ke Tiga apa mungkin ke sampaian ????

    Melayu paling teruk lari ke pulau pulau duduk kat kampong air tangkap ikan udang saja

    Bahalol

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa