Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 16, 2015

Derma 2.6b: Ketua Umno Bahagian Kuantan kantoi!

Apa punya statements ni?
Adakah wartawan salah lapor/petik lagi?
Sekali kata derma untuk Malaysia, sekali lagi kata untuk Najib!

Korang baca tulisan yang saya birukan yang di atas. Katanya penghargaan kepada Malaysia. Ini bermakna duit itu duit kerajaan Malaysia.......
Di bawahnya pula memang betullah duit itu bukan duit UMNO tetapi kenapa pula dikatakan duit itu 'kepada Najib' (bermakna hak Najib) sedangkan diperenggan atas tu dikatakan 'kepada Malaysia'

Itulah kalau nak sorok dan divert belum sampai habis cakap dah kantoi!

Derma RM2.6 Billion : Ketua Umno Bahagian Kuantan Dedah Siapa dan Mengapa Derma
Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat mendedahkan derma RM2.6 billion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebenarnya adalah sumbangan politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut beliau, derma ini adalah sebagai tanda penghargaan negara tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.

"Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah."

Menurut beliau juga wang tersebut juga diberikan sebagai tanda menghargai usaha kerajaan Malaysia yang komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan IS.

Tambahnya lagi, bukan Malaysia sahaja yang menerima derma dari Arab Saudi.

“Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga  negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,” katanya memetik laporan dari Sinar Harian.

Datuk Seri Wan Adnan berkata perkara itu didedahkan sendiri oleh Datuk Seri Najib kepada 146 Ketua Umno Bahagian di dalam satu perjumpaan pada Rabu lalu.

Menurutnya juga, Presiden Umno itu turut menjelaskan wang itu dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau kerana ia sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Wan Adnan juga berkata semua ketua bahagian berpuas hati dengan penjelasan tersebut selain menyuarakan harap supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

“Buat masa ini, kita menghadapi cabaran sangat berat dan jika krisis kepercayaan berlarutan, ia pastinya menyukarkan jentera parti untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Selaku Ketua Umno Bahagian ini, saya akan membentangkan usul menyokong penuh kepimpinan perdana menteri dan pemimpin Umno yang lain pada Persidangan Perwakilan Umno Bahagian minggu depan yang akan dirasmikan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein,” katanya. - sumber

15 comments:

  1. Ha ha... derma ni sama dengan derma yang arab saudi beri pada penentang di mesir untuk tumbangkan morsi ke?

    Soalan saya, andai kata Najib mati semasa duit itu masih di dalam akaun tersebut... wang itu jadi wang negara, wang umno atau difaraidkan di kalangan ahli keluarganya?

    Satu lagi aku musykil, rm 2.6 billion banyak, masuk dalam 3 akaun peribadi, jadi interest (riba) atau keuntungan pelaburan (islamic) tu siapa yang sapu?

    ReplyDelete
  2. KENA LA MINTA PENGESAHAN DARI KEDUTAAN ARAB SAUDI, I NI BETUL KAU ATAU AUTA KA ATAU TEMBERANG KA. INI DERMA UNT NAJIB BUKAN UNTUK UMNO SEBAB SATU ORANG SAHAJA TAHU KATA WARTAWAN MINGGUAN MALAYSIA

    ReplyDelete
  3. And a percaya? Tepuk Dada Tanya iman, jangan Tanya selera

    ReplyDelete
  4. And a percaya? Tepuk Dada Tanya iman, jangan Tanya selera

    ReplyDelete
  5. Kan ke dia kata derma pd Najib bukan umno....??????

    ReplyDelete
  6. kebanyakan pemimpin umno penipu bukan semua tapi 99%.
    dalam umno tak boleh jujur kalau jujur kena tindas.

    sekiranya umno dari dulu kini selamanya jujur malaysia telah lama jadi
    negara maju.
    mereka khianat rasuah gadaikan negara utk RM.

    sepatutnya sumbangan yg diberi oleh wakil rakyat dan pemimpin umno
    semua peringkat tidak boleh diterima terutama utk masjid atau ibadat
    kecuali wang itu dari gaji mereka.

    pembohongan demi pembohongan untuk menghalalkan perkara yg salah dan sebagainya adalah perkara biasa.

    ReplyDelete
  7. Nabi bersabda

    Jika aku di beri hadiah saguhati kerana kedudukan aku maka itu adalah rasuah.. Jika kerana aku bukan nabi dan terima saguhati itu barulah bukan rasuah...

    Pkmak otak umno .... Yg haram jd halal... Sunni la kunun

    ReplyDelete
  8. BUDAK BAHALOL TAHAP PANGKAT DATUK SERI INI BANYAK SUDAH

    Apa DATUK SERI ini pangkat untuk Orang Orang TER BAHALOL ke ?????

    Siapa Mak Bapak budak Datuk Seri Bahalol nih??????? Mentedarah duit kotor banyak sangat sampai LUBONG JUBOR JADI MULUT pulak.

    Memalu kan BANGSA saja

    ReplyDelete
  9. melayu umno pahang lagi bangang ....takreti ghoyat, bodo, dok diam-diam ...buat malu je.... ye le umno semua bodo belake...ye weh..???

    ReplyDelete
  10. malu weh....!!!! nak mengampu tapi tahu benda itu betul....terpaksa cakap berbelit-belit..... hati kata lain, nafsu kata lain....!!!!! kalau betul-betul tak reti cakap, jangan cakap, dok diam-diam, main batu tu.....!!!!!

    ReplyDelete
  11. Ye la Najib anak yatim, itu sebab didermakan dalam akaun dia! Kalau betul, tak ku sangka arab saudi baghal sampai macam tu. Pembodek najib ni nak memperbodohkan sapa agaknya......kalau tak diri dia sendiri!

    ReplyDelete
  12. Jihad yg paling afdhal ialah berkata benar di hadapan penguasa zalim. kalau jihad dpt masuk syurga...

    kalau berkata bohong utk bela penguasa zalim, dipanggil apa? dmana pula tempat di akhirat?

    ReplyDelete
  13. Adakah Arab saudi yang berfahaman WAHABI menyokong Ahlul sunnah wal jamaah?
    Pening juga....

    ReplyDelete
  14. hahaha. kantoi. kena buat skrip lain

    ReplyDelete
  15. Yang berhutang Negara tapi beri duit derma pada Najib. Boleh tak salah tapi ambil lah hutang negara sekali.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa