Sebenarnya kita kat luar ni, bila keluar jer isu ni dari mulut Najib kita dah terhidu dah......
Namun begitu kalaulah ahli panel SPRM pun ada yang jenis hidung berbau tu........ baguslah kan?
Tapi harapkan janganlah hanya berbau sahaja
Moga-moga bila agenda jenis ini ada di dalam pengetahuan mereka........dan tindakan yang sepatutnya diteruskan
Reformasi dana politik cubaan alih isu RM2.6 bilion, kata ahli panel SPRM
Published: 16 August 2015 9:22 AM
Datuk Seri Najib Razak (tengah) mengumumkan sebuah jawatankuasa khas bagi meneliti undang-undang mengawal dana politik, Jumaat lalu. – Gambar AFP, 16 Ogos, 2015.
Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik (JKNMPP) dilihat majoriti rakyat Malaysia cubaan mengalihkan perhatian daripada dana RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya, kata panel jawatankuasa membasmi rasuah.
Ahli Panel Semakan Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Chee Wee berkata, kebiasaannya, pengumuman seperti itu amat dialu-alukan.
"Namun luar biasanya, dengan keadaan yang membuatkan Najib membuatkan pengumuman, rakyat Malaysia kebanyakannya melihat tindakan yang tidak ikhlas," katanya, kepada The Malaysian Insider.
Lim (gambar, kanan), bekas presiden Majlis Peguam berkata, langkah kritikal perlu didedahkan Najib kepada penguatkuasa undang-undang dan orang ramai, dana dan perbelanjaannya.
"Rakyat sinikal dan penjelasan diperlukan," katanya.
Najib pada Jumaat berkata, langkah penubuhan jawatankuasa itu akan membantu rancangan bagi memastikan ketelusan terhadap dana parti pemerintah.
Beliau berkata, walaupun perkara itu pernah dibangkitkannya, sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa Najib menjelaskan baki derma RM2.6 bilion.
Beliau berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.
"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.
"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu pada Jumaat.
Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.
"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.
"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib. – 16 Ogos, 2015.
Ini pon budak bahalol CINA pulak
ReplyDeleteNak main main cakap bodoh nya saja
Kalau betol , buat lah ketja betol biar berani kerana benar
Bukan dapat duit 42 Bilion pon
Kepala Otak !!!!!!