Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 10, 2015

"Di sini tidak selamat": Apa maksudnya? Takkan taboonya begitu sekali?

Tak selamat di sini, kata bos SPRM
mk - 11:00PM - 9 Aug 2015

Kepulangan yang ditunggu, namun hanya dua ayat sempat dipetik daripada Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Shukri Abdull malam ini - "Terima kasih" dan "Di sini tidak selamat".Beliau 'diserbu' pemberita sejurus selepas tiba dari Amerika Syarikat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hanya mengulangi ucapan itu dan tidak menjawab sebarang pertanyaan daripada wartawan yang menantinya.  

Dikelilingi kira-kira 10 pengawal Shukri cuba dirapati untuk mendapatkan komennya mengenai tindakan kerajaan memindahkan serta-merta dua pengarah SPRM pada Jumaat lalu, Shukri hanya menjawab:  "Terima kasih. Terima kasih. Nanti I jumpa you. "

Beliau juga berkata keadaan "tidak selamat" di situ.

"Biar saya selesaikan dulu," katanya.

Turut kelihatan hadir di KLIA ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Mustafar Ali.

Tawar diri ganti dua pegawai

Shukri tiba di KLIA pada jam 9.40 malam selepas menamatkan kunjungan rasmi ke AS selama 10 hari.

Kemudian, beliau bersama Low dan Mustafar mengadakan pertemuan kira-kira 15 minit di lounge khas di lapangan terbang itu sebelum menaiki kenderaannya.
Minggu lalu SPRM menjadi tumpuan ramai apabila pegawai kanan dan penyiasatnya ditahan polis yang menyiasat kes kebocoran maklumat berhubung isu pengaliran dana ke akaun persendirian perdana menteri.

Situasi itu berlaku ketika Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed bercuti sakit, manakala Shukri yang berada pada kedudukan kedua organisasi antirasuah itu berada di luar negara.

Seorang timbalan pendakwa raya SPRM dan seorang bekas panel penasihat badan itu adalah antara individu ditahan polis untuk membantu siasatan.

Dua pengarah bahagian SPRM pula dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri.

Keadaan itu menimbulkan suasana tegang antara SPRM dan Polis Diraja Malaysia sehingga mendorong Shukri menawarkan dirinya sebagai ganti untuk pegawai yang ditukarkan kerana kedua-dua mereka bertindak atas arahan beliau.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa