Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 10, 2015

Lawak kejam namun tiada siapa yang ketawa

Keanehan terjadi: Pihak berkuasa menangkap sesama sendiri 
02:30PM Ogos 09 2015

oleh G Sukumaran
SURATRuangan “Surat kepadaPengarang” ini memberi peluang kepada para pembaca berkongsi pandangan tentang isu semasa serta tajuk-tajuk lain yang menarik perhatian. Sila hantar tulisan anda kepada editor@theantdaily.com
LAWAK KEJAM: Satu perkara yang menimbulkan tanda tanya bagi saya di dalam saga 1MDB hari ini ialah tindakan pihak polis ke atas para pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat menyiasat kes ini.

Saya menganggap tindakan satu agensi kerajaan menyasarkan satu agensi lain sebagai jenaka.

Mereka sewajarnya bekerjasama sebagai pasukan petugas khas (yang kini telah bubar) tetapi apa yang berlaku ialah, pertukaran dilakukan dan hasilnya, polis menyerang semua orang yang didakwa menyebabkan kemelut hari ini.

Kini kita saksikan SPRM mendakwa polis mengganggu siasatan dan akhirnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Paul Low membuat satu kenyataan yang masuk akal. Katanya, polis bertindak melulu.

Nampaknya ini hanya pembukaan, kerana polis seperti turut menyasarkan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia!

Timbalan Ketua Polis Noor Rashid Ibrahim memberi tanda awal bahawa polis akan menyiasat kebocoran maklumat perbankan kerana menurutnya, ia menyalahi undang-undang dan sesiapa yang membocorkan rahsia tidak dilindungi Akta Perlindungan Pendedah Maklumat, kerana tidak mendedahkan rahsia kepada pihak berkuasa.

Jadi jangan harap sesiapa akan mendedahkan kebenaran selepas ini.

Ternyata bahawa siasatan ini telah jauh menyimpang kerana polis kini hanya mencari pihak di dalam pasukan petugas khas tersebut.

Tugas polis ialah untuk menyoal pihak yang didakwa, dan bukan menyerang pihak yang membuat aduan.

Ia seperti kita melaporkan kes curi di rumah kita, tetapi polis menangkap kita kerana memiliki DVD cetak rompak.

Ini lawak kejam namun masalahnya, tiada siapa yang ketawa.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa