Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 17, 2015

Harapkan Melayu?: Aku memang susah nak percaya!

Melayu yang hanya sembang kencang........
Itu sebab dulu Mahathir berani
Itulah sebabnya juga sekarang Najib bertahan
Tengok berapa orang Melayu 'bingai' jadi menteri?

'Melayu bakar Umno jika Najib kekal'
mk - 12:10PM - 17 Aug 2015
Bekas menteri penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin berkata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak sepatutnya memperbesar-besarkan dakwaan mengenai usaha menggulingkan kerajaan.

Katanya dakwaan itu tidak benar kerana masalah yang lebih besar pada masa ini adalah penentangan di kalangan anggota Umno ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Buat masa ini Datuk Seri Ahmad  Zahid tidak perlu bimbang dengan gerakan untuk menggulingkan kerajaan kerana yang lebih bahaya api dalam sekam di dalam Umno.
“Orang Melayu umumnya sedang membakar dan bersedia untuk  membakar hangus Umno dalam pilihan raya akan datang jika Najib masih kekal,”  kata Zainuddin dalam tulisan di blog zamkata.blogspot.com.

Jelasnya, penentangan itu boleh dilihat dari kalangan penyokong setia Umno, golongan atas pagar dan juga dari sikap pemimpin tertinggi Umno.

“Timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin sendiri telah mengkritik usaha membendung dan menekan suara kebangkitan ini secara tidak demokratik.

“Apakah kritikannya boleh dipandang kecil sedangkan beliau dipilih ke jawatannya secara demokratik oleh ahli-ahli Umno?,” soal Zainuddin.

Poster anti-Najib

Bekas ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu itu melihat bahawa tahap penentangan warga Umno ini berada di tahap kritikal, berdasarkan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong dan pemimpin parti itu di Johor.

“Bagaimanakah poster anti-Najib boleh dinaikkan dan terbiar beberapa hari di Johor sedangkan menteri besar sendiri adalah pengerusi Majlis Keselamatan  Negeri.

“Adakah MB tidak tahu atau MB sendiri tidak berani memerintah (agar poster) diturunkan? Kenapa MB tidak kutuk perbuatan biadab ini di negerinya sendiri?,” soalnya.
Selain itu, Zainuddin mengamat sikap Istana Johor yang umum tahu tidak senang dengan tindak-tanduk Najib sebagai perdana menteri.

Zainuddin seterusnya mempersoalkan kenyataan pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Puad Zarkashi bahawa hubungan Najib dan Istana Johor dalam keadaan baik.

Kenyataan itu menggambarkan seolah-oleh Puad seorang jurucakap Istana, katanya.

“Rakyat hanya akan percaya jika datang dari jurucakap rasmi Istana Johor sendiri.

"Bilakah Puad di lantik menjadi jurucakap Istana Johor? (Adakah benar Puad jurucakap istana) atau hidung tak mancung pipi tersorong-tersorong?,” tulisnya.

Kenyataan itu menimbulkan kemurkaan pihak Istana Johor yang melihat Puad membuat kenyataan tanpa menyedari cerita sebenar berkaitan perkara itu.

“Merujuk pernyataan yang dibuat oleh seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mengatakan tidak ada masalah antara sultan Johor dan perdana menteri, ini adalah pendapat saya bahawa seseorang tidak perlu membuat kenyataan tanpa menyedari cerita yang sebenar,” katanya.

Menulis di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail juga berkata hanya ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sahaja yang tahu keseluruhan cerita tentang perkara tersebut.

“...dan oleh itu, buat masa ini, hanya kita perlu tahu dan tidak ada sebab untuk ia didedahkan kepada umum,” tulisnya.

Portal Mstar Online, Sabtu lalu melaporkan, Puad berkata tiada sebarang masalah antara Sultan Ibrahim dan Datuk Seri Najib Razak

Kenyatan itu dibuat selepas gambar Sultan Ibrahim dan Najib menghadiri sambutan Hari Kebangsaan Singapura di republik itu pada 9 Ogos lalu tersebar luas di media sosial.

1 comment:

  1. Budak Bahalol nak ber gaya konon dapat sokongan TUANKU lah

    Kepala Otak!!!!!!

    Tak habis habis ingat Rakyat tu bodoh

    Anak siapa budak bahalol nih?????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa